1. Ujian Aqidah - umat akhir zaman boleh mengambil iktibar dari
tindakan pemuda-pemuda yang apabila diasak oleh pemerintah, telah
melarikan diri bersembunyi di dalam gua semata-mata kerana berusaha
menyelamatkan aqidah mereka. Jika terkepit, demi mempertahankan aqidah,
kalau perlu, pergi ke hutan dan gigit kayu sampai mati.
2. Ujian harta benda - umat akhir zaman boleh mengambil
pengajaran dari kisah pemilik dua kebun yang kedekut dan terlampau
sayangkan harta sampai tidak mahu bersedekah/ mengeluarkan zakat. Dajjal
nanti diberi kemampuan oleh Allah untuk menghentikan hujan atau
menurunkan hujan dan menggoda manusia dengan ujian harta benda. Mereka
yang mengikutinya akan hidup senang lenang, mana kala mereka yang tidak
mahu mengikutinya akan hidup susah dan merana. Orang yang hatinya
berpaut kepada akhirat tidak akan mudah tertipu dengan ujian harta
dunia. Pesan nabi saw, apa yang nampak api sebenarnya air sebab
segalanya akan kelihatan berlawanan sewaktu kita teruji dengan tipu daya
Dajjal.
3. Ujian ilmu pengetahuan - umat akhir zaman boleh belajar dari
kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir yang telah dikurniakan ilmu laduni
(ilmu yang didapati tanpa belajar). Akhir zaman akan diuji dengan
kepesatan ilmu pengetahuan/kemajuan teknologi. Mereka yang mudah terpana
dengan kemajuan teknologi boleh jadi akan mudah tersesat jika tidak
beringat dan menghubungkan segalanya dengan Allah Taala.
4. Ujian kekuasaan - umat akhir zaman boleh mengambil tauladan
dari kisah Zulqarnain. Dajjal nanti akan menguasai sebahagian besar
dunia. Zulqarnian menguasai sebahagian besar dunia tetapi itu tidak
menjadi alasan baginya untuk tidak mentaati Allah.
Umat Islam perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri-ciri untuk
menghadapi Dajjal sebagaimana yang disarankan dalam ayat-ayat di dalam
surah Al Kahfi:
1. Dekatkan diri dengan orang-orang yang soleh (Al Kahfi ayat 28).
2. Lengkapkan diri dengan menuntut ilmu yang benar (Al Kahfi ayat 45).
3. Sentiasa merendah diri (Al Kahfi ayat 69).
4. Mengikhlaskan diri (Al Kahfi ayat 110).
5. Menjalankan dakwah (Al Kahfi ayat 27).
6. Banyak mengingati hari akhirat (Al Kahfi ayat 47 - 49)
Akhir sekali, perbanyakkan doa yang pernah dibacakan oleh pemuda-pemuda Al Kahfi:
"Rabbana aatinaa milladunka rahmatan wa haiyi'lanaa min amrinaa rasyadaa"
("Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan
sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami") al
Kahfi ayat 10
tao tau ajer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan