Selepas
kanser, penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia adalah
penyakit jantung. Bertentangan dengan kepercayaan ramai, plak lembut
atau baru di dalam arteri adalah lebih cenderung untuk pecah daripada
yang telah stabil. Ini seolah-olah benar walaupun plak yang stabil
menyempitkan arteri lebih daripada plak lembut baru.
Sementara rawatan konvesional tertumpu kepada menurunkan paras
kolesterol dan/atau mengurangkan ketebalan darah, kardiologi
komplementari menangani aterosklerosis dengan cara yang berbeza.
Keadaan ini dianggap sebagai satu gangguan metabolik kronik berbalik
berserta dengan keadaan lain seperti darah tinggi, kencing manis,
alahan, dan juga beberapa jenis kanser.
Kenaikan dalam jumlah kolesterol bukan teroksida boleh dianggap sebagai tanda aterosklerosis, tetapi ia mungkin bukan puncanya.
Sepuluh penanda darah yang memandu terapi komplimentari untuk menterbalikkan perkembangan penyakit jantung termasuk:
Protein C-Reaktif
Seperti kebanyakan masalah kesihatan kronik yang lain, aterosklerosis
mungkin akan dikaitkan dengan keradangan kronik, yang diukur oleh
penanda ini.
Selain memulakan plak daripada kecederaan (lesi) akibat keradangan,
secara meluas diketahui bahawa untuk plak pecah, perlu juga ada
keradangan. Mereka yang mempunyai penyakit gusi atau imuniti yang lemah
dan mengalami jangkitan yang kerap juga cenderung mempunyai skor protein
C-reaktif yang tinggi.
Makan makanan yang rendah omega-6 dan tinggi dalam omega-3 atau lemak
mono-tak tepu. Ingat bahawa daging dan produk sampingan daripada
ternakan yang diberi makan jagung dan malah ikan (salmon oren) boleh
menyebabkan keradangan kerana ia tinggi dalam omega-6.
Homosistein
Selain memendekkan telomere pada akhir kromosom, produk sampingan
metabolisme protein ini secara meluas diakui sebagai lebih berbahaya
daripada jumlah kolesterol sebagai penanda untuk penyakit jantung sejak
ia dikenal pasti pada tahun 1969 oleh Kilmer McCully daripada Universiti
Harvard.
Ianya sedang ditangani dalam perubatan anti-penuaan kerana
hiperhomosistinemia juga mengaitkan strok dan penyakit Alzheimer.
Keadaan ini semakin meningkat disebabkan oleh pengambilan tinggi makanan
terproses dan bijirin tanpa vitamin B.
Pengambilan terselia suplemen vitamin B12, B6, folat, dan magnesium sitrat dapat membantu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai gen varian ApoE-4.
Ferritin
Zat besi adalah mineral penting. Berlebihan, zat besi yang disimpan
(ferritin), yang merupakan agen pengoksidaan yang kuat, dikaitkan dengan
pelbagai penyakit kronik. Penanda ini dilihat sebagai lebih merbahaya
daripada jumlah kolesterol. Pengoksidaan menyebabkan kolesterol melekat
pada arteri. Jangan ambil suplemen zat besi kecuali serum ferritin anda
diuji.
Daging, organ dalaman, belut, kerang, kuning telor, dan cashew nut
adalah kaya dengan zat besi. Pengkelat nutraseutikal untuk ferritin
termasuk dedak padi IP-6 dan kuersetin.
Kortisol
Bagi mereka yang adrenal sihat, skor kortisol yang tinggi menandakan
stres tinggi. Walau bagaimanapun, mereka dengan sindrom keletihan kronik
(kekurangan adrenal), skor kortisol luar biasa rendah mungkin
akibatnya.
Stres yang berpanjangan bukan sahaja menjejaskan keadaan mental
seseorang, tetapi juga jantung. Tahap kebimbangan yang tinggi mungkin
meningkatkan risiko sebanyak 700%. Stres yang tidak ditangani akan
menyebabkan kemurungan, yang akan meningkatkan risiko sakit jantung
sehingga 400%.
Kajian menunjukkan kerunsingan kronik adalah petunjuk bagi penyakit
jantung maut. Kajian lain menunjukkan marah boleh meningkatkan risiko
berlaku sakit jantung kedua sebanyak 700%.
Tidur yang cukup dan adatogen digunakan untuk menurunkan tahap kortisol seseorang.
Fibrinogen
Darah yang pekat kemungkinan menunjukkan keradangan kronik. Keadaan
ini menggalakan darah beku, gangren bagi pengidap diabetes, keletihan,
dan stres mekanikal pada organ seperti jantung dan buah pinggang.
Pengurangan pengambilan kanji atau gula terproses dan minuman
mengandungi kafein, dan meningkatkan pengambilan cecair dan
sayur-sayuran segar boleh membantu mencairkan darah.
HbA1c
Pengidap diabetes mempunyai risiko tinggi mendapat sakit jantung
kerana arteri cenderung tersumbat lebih cepat daripada bukan pengidap
diabetes. Diabetes boleh diterbalikkan melalui pengubahsuaian gaya hidup
atau pemakanan dengan atau tanpa nutraseutikal.
Tekanan Darah
Manusia yang paling panjang umur mempunyai tekanan darah sekitar
115/75. Secara umum, darah tinggi boleh diterbalikkan melalui
pengubahsuaian gaya hidup atau pemakanan dengan nutrien seperti
L-arginin, magnesium sitrat, potasium sitrat, CoQ10, dan EPA/DHA.
Hormon Rangsangan Tiroid
Jika anda mengidap hipotiroidisme (metabolisme rendah), anda boleh
meningkatkannya dengan pengubahsuaian gaya hidup atau pemakanan dan
nutrien.
Secara umum, pengambilan kanji atau gula terproses yang berlebihan
merendahkan metabolisme seseorang manakala pengambilan protein yang
tinggi akan meningkatkannya. Senaman yang kerap juga membantu
melanjutkan peningkatan metabolisme.
Lipoprotein [a]
Kolesterol yang sangat kecil dan melekit ini sangat mudah melekatkan
dirinya ke arteri. Dikeluarkan oleh hati sebagai tindak balas kepada
penuaan sistem vascular kita, peningkatannya dianggap sebagai faktor
risiko bebas untuk sakit jantung. Dapatkan nasihat pakar pemakanan untuk
menangani keadaan ini.
Lipoprotein Berketumpatan Tinggi (HDL)
Kolesterol HDL yang tinggi menggalakkan arteri yang bersih dan kita
adalah sama tua dengan arteri kita. Kebanyakan rempah ratus dan
nutraseutikal dapat membantu meningkatkan paras HDL.
Nota: Dato’ Steve Yap adalah Presiden Persekutuan Persatuan Perubatan Komplimentari dan Semula Jadi
Artikel asal: http://www.thesundaily.my/news/627541/ menerusi http://kesihatan.biz/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan