Assalamualaikum wbt...
Hahaha tergelak2 sengsorang bila baca tulisan madah dari Ustaz Love ni,
adoiii laa, biarpun agak jenaka tapi mesej yang di sampaikan tu memang
ada benarnya, ada yang baca tu makan dalam tu hahahaha
Ustaz Love ni memang suka berjenaka, buat madah pun bunyi kelakar hahaha..
memang suka baca tulisan dia..dan kal ni copy paste untuk kongsi di blog ..
Kowang bacalah, mesti kowang gelak sendiri hahahaha..
Tq ustaz love
1. “Jika anda melihat wajah pontianak di dalam cermin, ketahuilah itu
adalah wajah anda sendiri”.. maksudnya : gambaran orang sekeliling
terhadap kita biasanya lebih tepat berbanding penilaian kita terhadap
diri sendiri.
2. “Sehebat2 ibu jari, ia tak mampu digunakan untuk mengorek hidung
sedalamnya”.. maksudnya : orang yg hebat juga tak mampu melakukan semua
perkara bersendirian.
3. “Masalah tidak menyebabkan keguguran rambut, tetapi keguguran rambut
itu sendiri merupakan satu masalah”.. maksudnya : kenalpasti masalah dan
punca masalah sebelum menyelesaikan masalah.
4. “Hingus itu perlu dihembus, sekalipun selsema itu belum terhapus”..
maksudnya : selesaikan dulu masalah2 kecil walaupun ia belum tentu dapat
menghapuskan masalah besar.. sekurang2nya masalah kecil itu tidak
menambahkan bebanan.
5. “Walaupun bulu hidung itu merimaskan, tetapi ia berfungsi sebagai
penghalang habuk daripada terus masuk ke dalam lobang hidung”.. –
maksudnya : ada kalanya, benda2 yg merimaskan kita itu adalah penyelamat
diri kita sewaktu kita terleka.
6. “Ayat selepas TAPI itu menafikan ayat sebelumnya”.. maksudnya : ayat
selepas TAPI itu memberi maksud yg lebih tepat bagi sesuatu kenyataan.
7. “Orang buncit tak semestinya mengandung, tapi orang mengandung mesti
berperut buncit”.. maksudnya : hanya wanita saja yang mengalami proses
kehamilan.
8. “Dalam kerajinan, ada kemalasan.. dalam kemalasan, jarang ada
kerajinan”.. maksudnya : belum tentu kita rajin untuk melakukan semua
perkara, tapi kalau kita dah malas, semua benda kita tak nak buat.
9. “Mandi sehari sekali tiap2 hari itu lebih baik daripada mandi 7 kali
sehari tetapi bukan tiap2 hari”.. maksudnya – kualiti itu lebih baik
berbanding kuantiti, dan amalan yg istiqamah (walaupun sikit) itu lebih
baik daripada amalan yg banyak, tapi dilakukan jarang2.
10. “Ketahuilah, sekuat mana pun bunyi dan bau sesebuah kentut,
sesungguhnya ia telah melalui perjalanan yang berliku”.. maksudnya – di
sebalik kejayaan seseorang itu, tersembunyi seribu satu kesusahan dan
kepayahan serta pengorbanan.
11. “Walaupun lobang hidung besar, jika diserang selsema tetap akan
menyumbat salurannya”.. maksudnya – walaupun longkang di luar rumah itu
besar, tetapi jika penuh dengan sampah ia akan menyebabkan longkang
tersumbat.. longkang tersumbat akan menyebabkan air berbau busuk dan
dipenuhi nyamuk dan jentik2.. maksudnya untuk memudahkan urusan, segala
halangan perlu dibuang dahulu.
12. “Kain berlipat boleh disimpan, perut
berlipat jalan ke depan”.. maksudnya – kain yang sudah selesai dilipat
boleh disimpan dalam almari, tapi perut berlipat memang susah nak cover.
13. “Gigi yang kuning mampu diputihkan menggunakan arang, tapi hati yang
hitam tak mampu disucikan dengan susu lembu”.. Maksudnya – ada kalanya
benda yang zahir itu tidak mampu untuk difahami secara zahir juga.
14. “Makan nasik tanpa lauk, ibarat makan nasik kosong”.. maksudnya –
kalau nak makan nasik, kena ada lauk.. baru laju nak menyuapnya.
15. “Daki hanyalah sel kulit yang mati.. mendengar namanya terasa
geli”.. maksudnya – Nama panggilan juga memainkan peranan penting,
walaupun sebenarnya sama je bendanya.. french fries lebih menyelerakan
berbanding kentang goreng
.
16. “Walaupun berak itu menyakitkan, ketahuilah, nikmat selepasnya lebih
besar daripada rasa sakitnya”.. maksudnya – Nikmat itu lebih dirasai
bila sebelumnya diuji dan diduga dengan kesusahan dan kesakitan.
17. “Sehelai bulu hidung yang terkeluar, bisa menghancurkan kejelitaan
sang wanita”.. maksudnya – hanya dengan sedikit keburukan walaupun yang
tak disengajakan, akan menghalang pandangan orang daripada melihat
kebaikan dan kecantikan yang lain pada seseorang.
18. “Kopi jenama yang sama, air sukatan yang sama, gula yang sama, cawan
yang sama.. tapi lain tempat, lain harga dan rasanya”.. maksudnya –
setiap penjual ada justifikasi sendiri berkenaan harga dan setiap
pelanggan mempunyai pandangan sendiri berkenaan rasa.
19. “Batu marmar yang dibuat lantai masjid menjadi tempat sujud bagi
manusia, tidak seperti batu marmar yang dibuat lantai tandas”.. –
maksudnya – seseorang itu boleh dipandang mulia sekiranya berada di
tempat yg mulia, tetapi orang yg sama, jika berada di tempat yang hina,
maka dia juga akan dihina.
20. “Mangga yang masam mampu ditelan, ketiak yang masam tak mampu
ditahan”.. maksudnya – Suatu perasaan yang sama, tak semestinya
dihasilkan daripada bahan yang serupa.. dan natijah penerimaan juga akan
berbeza.
21. “Bila kentut sudah berbunyi, kemut tidak berguna lagi, yang ada
hanyalah i’m sorry”.. maksudnya – bila terlepas cakap atau terlajak
melakukan sesuatu perbuatan, tiada apa lagi yang mampu membersihkannya
kecuali dengan permohonan maaf.
22. “Asal tahi daripada makanan, tetapi tahi tak boleh dimakan”..
maksudnya – kebaikan itu bisa saja berubah sifatnya menjadi keburukan,
namun perkara yg sememangnya buruk tak mungkin boleh menjadi baik.
C&P dr Ustaz Love
Tiada ulasan:
Catat Ulasan