Jumaat, 30 Oktober 2015
Resepi - Gulai Pucuk Ubi dengan Ikan Bilis
ku pinjam gambar...kalau ada koleksi mama..nanti tukar..
Bahan
Pucuk Ubi Muda                 secekak      (kalau punggut sendiri boleh diusahakan)
(kalau beli celor dulu daun yang keras hingga empuk.)
Cili Api               5 biji
Kunyit Hidup      3 cm
Santan                1 biji kelapa
Serai                   1 batang
Ikan Bilis            segenggam
Asam Keping     1 keping
Perkara yang Wanita Tidak Sempat Memberitahu Lelaki
 1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
Khamis, 29 Oktober 2015
Sungai Paling Bersih Dan Cukup Indah Di Switzerland
Sungai Verzasca, di Switzerland, yang terkenal di seluruh dunia dengan kejernihan yang sangat jelas dan airnya yang biru.
Sungai sepanjang 30-km, sungai Verzasca berasal di Pizzo Barone dan mengalir ke Tasik Maggiore, di Itali. Lembah sungai terletak di rantau  Itali dan Switzerland merupakan destinasi pelancongan yang popular. yang berkunjung, datang dari seluruh dunia untuk melihat perairan biru Verzasca, melakukan penyelaman skuba.
Info - Awas tabiat kunyah ais
Dalam dunia yang bergerak pantas ini, kita sering berasa letih kerana sibuk memenuhi tuntutan kehidupan bandar yang semakin mencabar.
Justeru, kita sentiasa lesu atau mudah letih kerana berdepan tekanan fizikal dan mental, terutamanya selepas bekerja sehari suntuk atau senaman berat di gim.
Namun bagi sesetengah orang, keletihan mungkin menandakan ada masalah lebih membimbangkan iaitu anemia. Anemia adalah gangguan kesihatan iaitu bilangan sel merah yang kurang daripada paras normal.
Darah mengangkut oksigen, nutrien, hormon serta bahan lain ke organ dan tisu. Apabila jantung berdenyut, darah akan dipam menerusi pembuluh darah ke semua bahagian badan.
Benarkah Kasih Sayang Yang Kuat dan kukuh Mampu Membuat Seseorang Akan Berubah Selepas Berkahwin?
akan berubah kerana cinta
Sejauh manakah anda yajin dia akan berubah selepas berkahwin? Sila fikir sekali lagi..
Before you say yes, get him angry.
See him scared. See him wanting, see him sick. Stress change a person. Discover his addictions. See if he puts you in front of them.
You can’t change people, baby girl.
If the are made one way, it doesn’t just wear off. If you hate how he acts when he’s out of it now, you’re going to hate it much worse eight years down the road.
You might love him to bits but it doesn’t change that some people just don’t fit.”
Cinta, kasih sayang yang kuat dan kukuh mampu mengubah si dia untuk jadi seseorang yang lebih baik.
Sejauh mana kebenarannya?
Kerepek Kerepek Lobak Merah
Kerepek Lobak Merah 
makanan ringan sesuai untuk kanak-kanak tak suka makan sayur
Peranan Wanita Dalam Perang Dunia Ke-2 Yang Anda Tidak Tahu
Google+
Penglibatan wanita dalam Perang Dunia II sekitar tahun 1939 hingga 1945 di negara-negara yang terlibat dengan perang sememamngnya tidak dapat disangkal.
Peranan mereka di sektor perkilangan senjata, oragnisasi awam seperti kerajaan dan menjadi tulang belakang di sektor ketenteraan adalah sebahagian sumbangan besar kepada negara-negara yang terlibat dengan Perang Dunia II.
Wanita sebagai Penembak Tepat Elit
Mereka turut terlibat dalam bidang Sains & Teknologi Ketenteraan
Pada penghujung berakhirnya Perang Dunia II, berdasarkan sumber yang telah direkodkan, kira-kira 2 juta golongan wanita telah terlibat dalam sesebuah negara yang terlibat dengan perang.
Dan tidak hairanlah ada dakwaan yang mengatakan golongan wanita seringkali ditempatkan di barisan hadapan dan dijadikan mangsa taktikal.
Sekitar tahun 1945 ketika perang hampir sampai ke kemuncaknya, dicatatkan beratus ribu wanita mneawarkan diri untuk berkhidmat di sektor ketenteraan samada sebagai jururawat dan penjaga unit pertahanan.
Manakala semasa perang di Soviet, kira-kira 800,000 orang wanita telah melibatkan diri sepenuhnya sebagai tentera dan turut bersama tentera lelaki di medan pertempuran.
Di Russia, selain melibatkan diri di medan pertempuran, mereka (wanita) banyak terlibat dengan sektor industri yang menyumbang kepada teknologi ketenteraan.
Kebanyakan wanita di sana banyak mengikuti program R&D dalam teknologi baru ketenteraan.
Mereka secara tidak langsung banyak bekerja di kilang-kilang yang menghasilkan kereta kebal, teknologi senjata dan pesawat tempur. Dan ada sebilangan mereka memegang jawatan tertinggi dalam ketenteraan.
Penglibatan wanita sememangnya tidak asing lagi bukan sahaja sebagai jururawat dan operator perhubungan tetapi secara sukarela menawarkan diri untuk terlibat sama ketika pertempuran dengan pihak musuh.
Di Amerika dan Britain, peranana wanita dalam ketenteraan tidak kurang hebatnya, kerana mereka kebanyakannya banyak terlibat dengan sektor perhubungan & komunikasi, serta penerbangan.
Tetapi ia tidak setanding dengan semangat ketenteraan yang dipamerkan oleh kaum wanita di sekitar negara Eropah lain. -HarianBlogger.Com
Rabu, 28 Oktober 2015
CERPEN : TERIMA SEADANYA (BAH- 2)
LIMA
DAFFA membawa Fina ke taman di KLCC. Mereka duduk di tempat yang tidak ramai orang.
“Fina..mana Fina pergi selama ni.”tegas suara Daffa.
Fina masih berdiam diri. “Fina..along tanya ni tak tahu jawab ke. Susah sangat nak jawab pertanyaan along”marah Daffa.
“Fina..cuba cakap dengan along. Mana Fina pergi selama ini. Dan sekarang macam mana Fina boleh jadi macam ni. Cerita dengan along Fina. Bagi tahu along semuanya apa yang jadi kat Fina”lembut Daffa memujuk.
“Alonggg”Fina menyembamkan mukanya ke dada Daffa. Dia sangat rindukan Daffa. Rindukan keluarganya. Air mata diseka lembut oleh Daffa.
“Jangan nangis. Cepat bagi tahu along apa yang jadi selama ni”Daffa mengusap kepala adiknya yang ditutupi oleh tudung.
Hormat Itu Wajib Walau Kena Pukul?
Isteri Kena Tahan Walau Suami Naik Tangan Demi Hormat
Ada wanita sanggup bertahan walau selalu dipukul. Kadang anak jadi mangsa. Kenapa masih bertahan jika suami makin ego, tambah mendera mental dan fizikal?
Nak kata sayang, macam itu ke cara tunjuk sayang? Ya, seorang isteri wajib hormati suami dan Islam tentukan seorang suami juga wajib menghormati isterinya.
Mesti suami tertanya-tanya macam mana cara nak hormat isteri. Bukan memuja atau nak kena ikut jari telunjuknya. Cukup hormat sebagai manusia, sama seperti yang anda inginkan dalam kehidupan harian. Tolonglah jangan main maki suka hati, salahnya ditegur secara baik dan diperbetulkan, belai dirinya sepanjang masa bukan hanya untuk ‘bersama’, curi masa untuk berbual dengannya, bergurau senda malah jangan dipukul sesuka hati.
Resepi - Jenis Sup Yang Dicari, Jom Buat!
Inilah 4 Jenis Sup Yang Dicari, Jom Buat!
Khusus yang suka menu ringkas tanpa santan, anda boleh cuba hidangkan pasangan dan anak-anak dengan pelbagai juadah sup yang boleh dimakan dengan nasi putih, bihun atau mungkin nasi himpit. Yang mana sajian jadi idaman, sila cari bahan dulu...
Tahukah Anda Topi Kecil Yang Sering Dipakai Orang Yahudi?
Sudah menjadi rahsia umum apabila melihat foto dan video untuk mengepung Masjid Al Aqsa dan Palestin, kita akan mendapati warga Yahudi memakai sebuah topi kecil yang hanya menutupi bahagian atas kepala.
Tahukah anda mengapa sebahagian warga lelaki Yahudi memakai topi yang dikenal dengan nama Al kibah atau Kippa ini? Berikut sedikit ulasannya untuk anda;
Selasa, 27 Oktober 2015
Gambar Yang Pernah 'Mengejutkan' Dunia
Di bawah adalah himpunan gambar yang pernah mengejutkan dunia pada suatu masa dahulu.
Gambar yang telah menaikkan nama-nama jurugambar diseluruh dunia. jelas sekali kebanyakan gambar yang diambil lebih kepada kehidupan manusia.
CERPEN : TERIMA SEADANYA ( BAH- 1)
 SATU
Dafina Qaisara. Fina menjadi cacat penglihatan disebabkan kemalangan yang menimpanya sebulan sebelum tarikh perkahwinannya dengan Adam Syafiq.  Ketika kemalangan itu terjadi Fina yang sedang bercuti bersama teman baiknya Damia berada di Moscow. Mereka ingin mengimbau kembali saat mereka belajar di sana. Fina keseorangan tanpa ditemani oleh Damia,.Semasa pulang dari membeli makanan Fina telah dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pemandu mabuk.
Fina mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinannya. Fina terpaksa walapupun hakikatnya dia sangat mencintai Adam. Dia mahu Adam mencari orang yang lagi sempurna dari dirinya. Dia tidak mahu Adam mengahwininya kerana simpati kerana dia tahu mungkin Adam akan membatalkan perkahwinan mereka juga apabila dia mendapat tahu bahawa Fina telah buta. Fina memberitahu keluarganya di saat-saat akhir untuk membatalkan majlis  perkahwinan mereka. Kepada keluarganya dan Adam  tidak diberitahu tentang keadaannya dan sebab kenapa dia membatalkan majlis perkahwinan mereka.
INFO - Beza Kad Memori SD: Kelajuan, Saiz dan Kapasiti
 Kad Memori SD
Kad memori SD digunakan pada pelbagai peranti seperti kamera digital, telefon pintar, pemain muzik, tablet dan juga sesetengah komputer riba. Namun begitu, tidak semua kad memori SD dijadikan serupa dan pelbagai faktor yang membezakannya iaitu kelas kelajuan, saiz fizikal dan kapasti perlu diambil kira.
Lain peranti, lain keperluan kad memori SD yang diperlukannya. Berikut adalah perbezaan yang perlu diketahui anda ketika ingin melakukan pembelian kad memori SD untuk peranti anda.
Resepi - . Kari Kambing dengan Rebung
Bahan
Daging Kambing                   1/2 kg
Kari Daging                           1 senduk nasi
Cili Kisar                                1 senduk nasi
Bawang Besar                         1 biji kisar
Bawang Putih                         3 ulas kisar
Halia                                       2 cm
Daun Kari                               2 tangkai
Penumis                                  50 sen....jangan habiskan
Rebung                                   1 cawan direbus hingga hilang masam. Lagi bagus guna rebung segar
Kelapa                                   1/2 biji ..ambil santan dalam sekali perah jer.  kalau mama tak pakai pun
Asam Keping                         1 keping
Kisah Benar Penembak Tepat HAMAS di Gaza
Ini kisah nyata. Dituturkan seorang sahabat yang pernah diberitakan hilang di Jalur Gaza selama hampir setahun lamanya. Dia orang Indonesia asli. Jika dia ingin hidup selesa, kaya raya. maka itu sangat mudah kerana dengan kepakaran yang dimilikinya, dia boleh dengan mudah mendapatkan pekerjaan yang sangat layak, kemudahan banyak, dan tentu saja gaji yang besar. Apalagi lelaki ini sangat bijak. Tapi semua itu ditinggalkannya.
"Saya sudah menetapkan hidup saya berkhidmat kepada Islam, memberikan semua yang saya punya untuk membantu perjuangan rakyat Palestin hingga akhir usia saya," ujarnya dengan suara pelan dan penuh ketawadhuan.
Info Penting Anda Perlu Tahu Tentang Roti
roti
Roti sememangnya menjadi makanan kegemaran semua lapisan usia. Kanak-kanak antara golongan yang paling gemar makan roti. Roti adalah salah atu sumber karbohidrat kompleks yang baik kerana berdasarkan piramid makanan, roti termasuk dalam kumpulan karbohidrat iaitu pada paras satu dasar piramid tersebut.
Berdasarkan piramid pemakanan, kanak-kanak yang berusia di antara dua hingga enam tahun perlu mengambil 6 hidangan daripada kumpulan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi setiap hari. Manakala kanak-kanak lebih besar pula perlu mengambil sebanyak enam hingga 11 hidangan sehari.
Roti sememangnya sesuai diambil oleh kanak-kanak. Kandungan karbohidrat, protein dan lemak yang ada di dalamnya memenuhi keperluan untuk tumbesaran mereka.  Sebenarnya ada banyak jenis roti di sekeliling kita. Ada roti putih, roti gandum, roti berperisa dan banyak lagi. Namun, mana satukah roti yang bagus untuk anak?
Isnin, 26 Oktober 2015
Resepi Cara Buat CHEDDAR CHEESE MUFFIN Lembut & Sedap
Bahan A :-)
175 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
50 g parutan keju cheddar
Mencari Energi Positif Dalam Kehidupan
Pondre_la_mort__sous_haute_ten_by_BenoitPaille
Setiap orang pernah merasakan suatu kekecewaan, kegagalan, dan kekecewaan. Kadangkala semuanya datang sekaligus, dan kita merasa dunia seperti runtuh.
Selepas itu pula kita melihat segala-galanya  dari sudut negatif. Segala sesuatunya kelihatan hancur berderai.
Sekarang cuba kita melihat dari sudut lain untuk bangkit kembali. Bertindaklah. Lakukan sesuatu yang positif. Walau itu mungkin hanya menyapu halaman, atau mengemaskini file-file lama dari komputer kita
Lakukan tindakan, di mana kita adalah penguasa hidup kita, dan anda akan merasa fokus secara positif.
Ahad, 25 Oktober 2015
Lukisan Berusia 100 Tahun Dulu Yang Membayangkan Dunia Sekarang..!!!
Lukisan berusia 100 tahun dahulu yang menggambarkan bagaimana orang dulu dulu membayangkan situasi sekarang. Ada yang menggambarkan pegawai bomba bersayap dan boleh terbang dalam memadamkan kebakaran, Ada sapu sampah automatik yang membersihkan rumah...Apa lagi? jom kita selongkar...
Setelah Murtad Dari Islam Asmirandah dan Suami Jatuh Miskin
foto asmirandah bertudung.jpg 
Astagfirrullahhalazim!!! Setelah Murtad Dari Islam Asmirandah dan Suami Jatuh Miskin
Jika anda adalah antara peminat Sinetron dari negara seberang iaitu Indonesia, anda mungkin mengenali pelakon ini. Pelakon yang dimaksudkan adalah Asmirandah atau nama penuhnya Asmirandah Zantman.
Asmirandah dikatakan menghadapi kesukaran hidup setelah murtad dari agama Islam. Khabar angin mengatakan setelah murtad dari Islam, Asmirandah dan suami menghadapi kesempitan hidup dan boleh dikatakan “jatuh miskin”.
CUTE - Gambar Budak Kecil Sama Seperti Dengan Anak Patung Jadi Perhatian
anak patung
PERNAHKAH anda terbayang perasaan ibu bapa sekiranya terjumpa anak patung yang menyerupai anak mereka, comel atau menakutkan?
Itulah yang menjadi perhatian netizen kini, apabila gambar anak kecil yang menyerupai figura anak patung kegemaran mereka semakin popular.
Tidak pasti sama ada anak mereka yang menyerupai anak patung tersebut atau sebaliknya namun apa yang pasti mereka kelihatan sangat comel dan kelakar.
Dari segi rupa paras, cara berpakaian, gaya rambut dan sebagainya, semua nampak begitu seiras seperti anak kembar!
Tengok sajalah gambar-gambar mereka di bawah…
Resepi Puff Manis Gebu Sedap Sukatan Cawan
Apa menu minum petang untuk hari ni? Ke korang jalan-jalan. Sejak jerebu ni dah lama dah BW tak jalan-jalan sebab ada anak kecil kan, macam tak sesuai nak keluar time jerebu. Kalau korang pun tak keluar juga, bolehlah buat puff manis yang gebu, wangi, lembut dan sedap ni untuk minum petang bersama keluarga ;)
cara buat cream puff gebu sedap
Resepi Mudah Puff Manis Gebu Sedap Sukatan Cawan. Cara Buat Cream Puff Senang.
Puff manis yang gebu, wangi, lembut dan sedap :)
cara buat cream puff gebu sedap
Hari ni share resepi puff manis pula. Semua yang manis-manis ajer kan :p Resepi puff manis ni untuk 80 biji puff bersaiz mini.
6 Dandanan Haram untuk Muslimah
TIDAK semua dandanan dan solekan bagi suami itu halal, ada cara dandan yang haram dan bertentangan dengan Islam. Misalnya mengikuti cara berpakaian wanita kafir yang tidak pernas solat, wudhu, dan tidak menjalankan hukum syariat.
Wanita muslimah yang menghormati dirinya sendiri pasti takkan sudi menyerupai wanita-wanita kafir dan fasik. Dia akan konsisten menjaga agama dan dirinya yang telah dimuliakan oleh Islam. Wanita muslimah wajahnya akan kelihatan bersinar dengan air wuduk yang digunakannya untuk beribadah.
Oleh kerana itu, dia akan memilih dandanan dengan hiasan yang dibolehkan dan sesuai dengan sosoknya sebagai seorang muslimah.
Berikut beberapa dandanan dan hiasan yang haram:
Jumaat, 23 Oktober 2015
TIPS - Petua Bendi Supaya Tidak Berlendir
Bendi mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan seperti sayur-sayuran yang lain. Tetapi ada sesetengah orang kurang menggemari bendi kerana bendi ini berlendir. Bendi sedap dimakan sama ada dimasak atau pun dijadikan ulam-ulaman.
Sayur Bendi
Sebenarnya ada cara yang mudah untuk mengelakkan bendi ini berlendir. Dalam masa yang sama bendi ini akan tahan lama. Tetapi bagaimana caranya?
Resepi: Shepherd's Pie sedap hingga menjilat jari
Assalamualaikum
Sempena hari yang indah dan sejuk dek kerana suhu kat ofis yang ala-ala winter sonata ni, tetiba terasa nak makan shepherd's pie la pulak. Erm.. macam tak da kaitan je shepherd's pie dengan kesejukan. Abaikan saje, yang penting chef hari ni nak kongsikan resepi yang sonang dan sodap. Bak kata pepatah orang zaman batu 'kacang je' nak buat nye. Orang malas pun bole jadi rajin nak buat akibat daripada kesenangan yang amat sangat.
Kredit: inspirasi resepi dari blog Cik Epal Gojes
Ni bahan-bahan untuk buat lapis-lapis dia atau dalam bahasa omputihnya untuk layer bawah dan atas.. erk..betul ke tu.. bole la bole la..
Kentang dalam 10 biji atau lebih (ikut saiz | saya guna dalam 12 biji
3 sudu besar butter / planta / margerin | ikut suka
Lada sulah + garam sesedap rasa
Susu segar 1/4 cawan
Sebab Kenapa Anda Perlu Elakkan Menyimpan Dompet Di Poket Belakang Seluar
Kecenderungan lelaki yang lebih gemar memilih untuk menyimpan dompet pada saku bahagian belakang seluar sehingga menjadi kebiasaan boleh menyebabkan kerosakan pada saraf-saraf utama bahagian belakang pinggul apabila mereka duduk bersama dompet tersebut.
Memetik laporan BBC News, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hingga diberi gelaran dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy. Dan mereka yang selalu berhadapan dengan risiko ini adalah kaum lelaki yang sudah terbiasa meletakkan dompet di saku belakang seluar mereka.
Erti Persahabatan
SAHABAT SEJATI
Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
Kisah Sedekah
Gambar sekadar hiasan sahaja.
Sedekah mempunyai banyak kelebihan yang tidak dapat kita lihat dengan mata, namun ada ketika apabila perlaksanaan sedekah itu telah kita lakukan ada perkara yang menjadi munafaat yang dapat kita lihat dengan mata.
Sedekah dikatakan dapat menjauhkan bencana, sedekah dapat menyembuhkan penyakit, sedekah dapat menghilangkan kerisauan dihati. Jadi jikalau hati rasa berdebar dan tak tahu apakah puncanya eloklah bersedekah dengan segera. Mudah-mudahan rasa hati yang berdbar itu dapat segera hilang dan digantikan dengan ketenangan.
Sedekah juga dapat menjamin kehadiran rezeki dan rezeki juga bukan cuma hadir dalam bentuk wang sahaja atau makanan semata-mata atau benda-benda bahkan rezeki boleh datang berupa kesihatan untuk tubuh badan, ketenangan jiwa yang dengan ketenangan jiwa itu kemudiannya membentuk keberadaan akal fikiran yang dapat pula berfikir dengan betul. Apabila fikiran telah betul maka barulah hakikat iman dapat terlaksana atau dilaksanakan. Dalam ringkas kata yang mudah difahami otak sudah dapat berfungsi dengan betul.
Khamis, 22 Oktober 2015
Kelebihan Berzikir Di Dalam Kehidupan Seharian
Berzikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah. Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala. Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah Zikir Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim.
Kelebihan Berzikir
“Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah ,”Sukakah engkau(Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? “(Muhammad menjawab) SubahanAllahi Wabihamdi (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).”
Langkah Pencegahan Demam Kepialu (Typhoid)
Demam Kepialu boleh membawa maut sekiranya langkah awal dalam rawatan tidak di lakukan. Ia akan menjadi kronik seandainya kuman yang berada di dalam badan terlalu banyak sehingga menghasilkan terlalu banyak toksin dalam badan. Kuman ini boleh menyerap dan masuk ke dalam darah manusia yang akan menyebabkan berlakunya sepsis dan akhirnya tekanan darah terlalu rendah dan kematian berlaku.
Pendarahan dalam usus juga boleh berlaku kerana Demam Kepialu, dan ia juga merupakan antara punca kematian. Ia juga boleh merebak ke bahagian paru-paru, jantung dan buah pinggang.
10 Langkah Mencegah Demam Kepialu (Typhoid)
Demam Kepialu (Typhoid) telah lenyap lebih daripada sedekad yang lalu. Seperti di laporkan di dalam akhbar tempatan, kali terakhir Demam Kepialu melanda negara adalah pada 2006. Di percayai, wabak Demam Kepialu kembali di sebabkan oleh kemasukan warga asing secara haram tanpa melalui saringan kesihatan.
Hasil Seni Origami Mengagumkan Yang DiBuat Dari Wang Kertas
Seni itu sangat subjektif. Untuk menghasilkan karya seni yang unik dan mengagumkan, seseorang itu perlu mempunyai bakat semulajadi. Bukan hanya itu saja, karya seni yang unik dan kreatif juga boleh dibuat dengan memanfaatkan pelbagai barang di sekeliling kehidupan kita. Salah satunya adalah wang kertas.
Kali ini kami tampilkan pula beberapa karya seni unik dan kreatif berbentuk origami yang dihasilkan dari wang kertas.
Kupu-kupu
Info- Ketahui Sebab Mengapa Perut Anda Buncit
peru 
Tubuh badan yang kurus dan ramping sentiasa menjadi idaman orang. Namun ada setengah darinya memiliki perut buncit. Terutamanya buat golongan wanita pastinya perut buncit membuatkan mereka merasa malu.
Berikut sebab kenapa perut anda buncit. :
1.Selalu Makan berlebihan
Mereka yang makan secara berlebihan dapat membuatkan lemak meningkat. Jadi untuk menghindari kalori berlebihan, perhatikan jumlah makanan anda. Gula dan alkohol juga yang terdapat dalam minuman keras boleh menyebabkan otot menjadi kendur.
Bagi masyarakat Islam, minuman keras diharamkan kerana ia mempunyai kalori yang banyak dan boleh menyebabkan seseorang makan lebih banyak
Resepi - Ayam Masak Merah Berempah
Menu semalam ni ya.. Tak sempat nak update smlm tu yg pg ni baru post. Masakan sepontan aje smlm ni tapi hasilnya Alhamdulillah... sedap. Anak2 pun kata sedap, mungkin perut lapar sgt kut :) Luqman berpuasa dgn baik sekali tak sikit pun mengadu lapar atau dahaga atau letih. Keempat2 anak dah diajar berpuasa start umur 6 tahun. Alhamdulillah.. semua dpt berpuasa dgn baik.
Jerebu dan kesihatan: 5 fakta anda perlu tahu
Jerebu dan kesihatan: 5 fakta anda perlu tahu
Dengan keadaan jerebu yang mencatat bacaan IPU tahap tidak sihat, kesihatan perlu diberi keutamaan.
 Malaysia dilanda fenomena jerebu sekali lagi. Buat masa ini, beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap ‘tidak sihat’.
Pada September,  Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan sekolah di beberapa kawasan yang terjejas di seluruh negara ditutup.
Pada Rabu, Dewan Rakyat telah meluluskan usul untuk membincangkan masalah jerebu yang melanda negara ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengeluarkan garis panduan mengenai cara penjagaan kesihatan semasa jerebu.
Namun, masyarakt sering terlepas pandang maklumat berkaitan jerebu atau tidak mematuhinya, terutamanya bagi mereka yang perlu berada di luar rumah sepanjang hari.
Rabu, 21 Oktober 2015
Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram ( Khamis & Jumaat )
puasa-muharram 
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?".
Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)
A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Kumpulan Geng Mafia Yang Paling Kejam Dan Menakutkan
1.Geng Mara Salvarucha
Geng Mara Salvatrucha merupakan geng paling berbahaya dan menakutkan di dunia. Rata-rata ahli-ahlinya mempunyai tato di sekujur tubuh mereka. Pada awalnya terbentuk di Negara Bahagian California, Amerika Syarikat. Hingga kini mereka mempunyai kira-kira 70 ribu ahli.
Mereka mengerjakan perkara-perkara dilarang undang-undang seperti berdagang narkotik, menjual senjata api, menjadi pembunuh bayaran, terlibat dalam perdagangan manusia, dan membunuh . Mereka tidak kisah mengorbankan lelaki, perempuan, sampai anak-anak. Bahkan mereka sudah tidak lagi mengenali persaudaraan. Banyak ahli geng membunuh keluarga mereka yang tidak sehaluan.
10 Selebriti Youtube Terkaya Diperlihatkan Oleh Forbes
Apabila dilancarkan pada tahun 2015, YouTube ialah laman yang mahu memudahkan pengguna internet memuat naik dan berkongsi video mereka. Video pertama yang dimuat naik ialah video lawatan ke zoo. Lama kelamaan wujud individu yang menggunakan laman ini sebagai platform untuk menghasilkan “rancangan TV” mereka sendiri tanpa kekangan studio biasa. Ini menjurus kepada wujudnya selebriti YouTube ataupun Youtubers yang sepopular bintang TV konvensional. Ramai yang merasakan ini tidak akan bertahan lama kerana masakan penerbit persendirian dapat bersaing dengan syarikat TV dengan belanjawan produksi yang lebih besar.
YouTube
Kita kini sudah di tahun 2015 dan harus kami akui kami lebih banyak menonton YouTube dari televisyen. Saluran Youtube tidak perlu ditonton pada slot, hari dan waktu tertentu. Kita menonton mengikut masa kita sendiri dan ini adalah antara sebab mengapa laman seperti Netflix kini wujud. Jadi tidak hairan jugalah ada selebriti YouTube yang mendapat rezeki lumayan hanya dengan menghasilkan video untuk tontonan atas talian.Majalah Forbes baru sahaja mengeluarkan senarai 10 selebriti Youtube terkaya di dunia. Tidak mengejutkan PewDiePie masih mengungguli carta dengan pendapatan mencecah 8 angka. Searai lengkap adalah seperti di bawah
Tips Mengajar Anak supaya IKHLAS::
AssaLamualaikum
Ikhlas juga bermakna kita bersikap jujur dan tidak berpura-pura. Telus dengan diri sendiri dan orang lain serta mengakui kelemahan diri sendiri. Bayangkan jika diri tidak ikhlas. Ia hanya membuatkan anda pincang. Bagaimana mungkin anda boleh menjadi orang yang lebih baik jika tidak telus dengan diri sendiri? Bagaimana mungkin mengharapkan untuk mendidik anak menjadi ikhlas jika kita sendiri tidak ikhlas?
Ada Lagi 10 Harta Karun Yang Masih Belum Dijumpai?
Tahukah anda, 10 harta karun belum dijumpai lagi. Semuanya berharga dan ada nilainya. Semestinya harta karun ini sangat dikehendaki semua orang. Terutama, penyimpan barangan antik di luar negara. Hakikatnya, terdapat banyak harta karun yang sebenarnya tersembunyi di sekeliling kita dan hanya menunggu masa untuk dijumpai.
Pungguk Emas
1. Pungguk Emas Di Perancis
Pada tahun 1993, seorang pereka pencarian harta karun terkenal Regis Hauser telah menyembunyikan patung emas berbentuk burung hantu di sekitar kawasan sebuah rumah agam yang terletak di desa Perancis.
Menarik - Bagaimana Facebook Meracuni Hati & Membaja Ego Kita? (Tanpa Sedar)
keburukan facebook
Kadangkala, tanpa sedar, kita tertipu dengan perasaan sendiri bila melayari halaman facebook..
Facebook seperti sebilah pisau yang tajam.
Pisau yang tajam memudahkan kita menyediakan makanan dan pada masa yang sama boleh digunakan untuk mencederakan dan membunuh orang lain.
Begitu juga dengan Facebook.
Sedar tidak sedar, facebook telah membuka ruang untuk menternak dan membaja ‘ego’ manusia.
Dan pada masa yang sama, aplikasi ini juga boleh berfungsi dengan baik sebagai medium untuk menyebarkan kebaikan.
Jadi apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan?
Kesilapan Yang Tidak Boleh Dilakukan Dalam Hubungan Suami Isteri
 Dalam bahtera rumah tangga, pasangan suami isteri hendaklah sentiasa berat dan peka apakah kesilapan dan juga pantang larang yang tidak boleh dilakukan dalam hubungan suami isteri demi menjaga kesejahteraan dan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga.
Oleh itu, pasangan suami isteri hendaklah mengambil peranan masing-masing dan tidak mengharapkan hanya sebelah pihak sahaja. Antara kesilapan dan juga pantang larang yang tidak boleh dilakukan dalam hubungan suami isteri ialah seperti senarai di bawah. Perkongsian ini telah dikongsikan oleh Ustas Kazim Elias.
Kesilapan Yang Tidak Boleh Dilakukan Dalam Hubungan Suami Isteri 
Kelebihan Bersugi Apabila Bangun Dari Tidur
Siapa yang pernah bersugi? Atau ada yang kali pertama mendengar perkataan bersugi? Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.
Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.
Kayu Sugi
Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim
Hadith:
Daripada Huzaifah RA katanya Nabi SAW apabila Baginda bangun daripada tidur maka Baginda menggosok-gosok mulutnya dengan kayu sugi.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Selasa, 20 Oktober 2015
Kisah Benar Ustaz Melihat Jin Jilat Air Mayat
Sebagai seorang manusia, juga sebagai hamba Allah, kita amat ditegah sama sekali untuk menyekutukan Allah SWT. Ingatlah dosa syirik adalah doa yang tidak akan diampunkan oleh Allah.admin ingin berkongsi dengan anda semua, tentang satu kisah di mana seorang ustaz menyaksikan dengan mata kepala dirinya sendiri, satu lembaga sedang asyik menjilat air mandian mayat di sebuah sudut dalam sebuah rumah yang baru sahaja tuannya meninggal dunia. Apakah sebenarnya yang terjadi?
Hutan Kuno Berusia 5000 Tahun Timbul Dipermukaan Laut.
 Fenomena alam baru - baru ini terjadi di perkampungan di Borth , Mid Wales , United Kingdom . Sisa - sisa hutan kuno muncul lagi di permukaan daratan setelah sebelumnya tertimbun tanah gambut di pinggir pantai . Hutan kuno yang didakwa telah berusia 5 ribu tahun ini dijumpai kembali setelah sebuah ribut menyapu bersih tanah gambut yang menutupnya .  
Ribut tersebut membuka kembali sisa - sisa pokok pain yang kini hanya tinggal akar dan batang bawahnya saja . Menariknya meskipun berumur cukup lama , namun akar - akar tersebut masih kukuh seperti pokok yang baru tumbuh . Hutan ini pertama kali ditemui oleh Deanna Groom dan Ross Masak dari Royal Commission on the Ancient and Historical Monuments of Wales .
Hati Kita Akan Sentiasa Kecewa Jika Kita Berharap Perkara-Perkara Ini Daripada Orang Lain
Berharap cinta yang sempurna
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.
Kekecewaan terbesar yang selalunya berlaku dalam hidup kita adalah meletakkan harapan dan jangkaan pada tempat yang salah.
Perkara ini selalunya berlaku apabila ia melibatkan hubungan kita dengan orang lain.
Berapa banyak orang yang mengalami tekanan jiwa akibat kecewa kerana tidak mendapat kesetiaan yang diharapkan?
Berapa ramai yang menderita dihantui bayangan masa lalu yang mengguris hati?
Korang ada buat 7 Sifat Riak Ibu Bapa Ni Tak? Confirm Ada Kan!
7perkaraibubapabongkak
Sekarang ni sosial media memang dah makin meluas, semua peringkat umur sekarang dah mula ada akaun sosial media tersebut. Tak kira yang muda mahupun yang tua, termasuklah ibu bapa
Macam-macam perkara yang kita kongsikan disitu, tapi mungkin kita tak sedar ada beberapa perkara yang telah membuatkan kita jadi riak sebenarnya. Oleh itu, kami nak kongsikan beberapa perkara dan contoh yang membuatkan ibu bapa sekarang menjadi riak dengan anak mereka.
Kurma Mudahkan Proses Bersalin. Ibu Mengandung Mesti Amalkan!
kurma
Kurma adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Sudah tentu ia mempunyai banyak kebaikan kepada semua lapisan manusia yang gemar memakannya. Tidak terkecuali kepada ibu hamil yang sangat disarankan memakan kurma. Ia turut diakui oleh perubatan
Nasi Impit Sambal Hitam - Makanan Tradisi Terengganu
Makanan Tradisi Terengganu
Simple dan mudah....jom ubah selera ...
Isnin, 19 Oktober 2015
Barang Kreatif Dari Surat Khabar Lama
14 Barang Kreatif Dari Surat Khabar Lama
Apa yang anda lakukan dengan surat khabar lama anda? Gunakannya untuk lapik almari pakaian anda atau balut sayur dalam peti? Mungkin juga ada yang lepas baca kumpul dan jual balik dengan harga yang murah. Jangan membazir kalau ada simpanan surat khabar lama yang banyak, anda boleh buat 14 barang kreatif yang mungkin anda sendiri pun tak jangka! Macam ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...