Mesti ramai yang gemar minum kopi terutama ketika sarapan pagi, minum
petang atau pun sebelum masuk tidur. Penulis ingin kongsikan sedikit
fakta berkaitan dengan kopi. Tahu atau tidak 1 Oktober telah dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia? Tarikh 1 Oktober tahun ini telah dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa. Ia dianjurkan sebagai meraikan kopi sebagai antara minuman paling digemari masyarakat.
Selain daripada kopi yang asli, sekarang turut dihasilkan kopi segera. Siapakah sebenarnya yang mencipta dan pengasas untuk kopi segera atau pun instant coffee? Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906. Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk.
George Constant Louis Washington merupakan pengasas kepada G. Washington Coffee Company.
SUMBER : ASTRO AWANI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan