Rabu, 21 Oktober 2015

10 Selebriti Youtube Terkaya Diperlihatkan Oleh Forbes

Apabila dilancarkan pada tahun 2015, YouTube ialah laman yang mahu memudahkan pengguna internet memuat naik dan berkongsi video mereka. Video pertama yang dimuat naik ialah video lawatan ke zoo. Lama kelamaan wujud individu yang menggunakan laman ini sebagai platform untuk menghasilkan “rancangan TV” mereka sendiri tanpa kekangan studio biasa. Ini menjurus kepada wujudnya selebriti YouTube ataupun Youtubers yang sepopular bintang TV konvensional. Ramai yang merasakan ini tidak akan bertahan lama kerana masakan penerbit persendirian dapat bersaing dengan syarikat TV dengan belanjawan produksi yang lebih besar.

YouTube
Kita kini sudah di tahun 2015 dan harus kami akui kami lebih banyak menonton YouTube dari televisyen. Saluran Youtube tidak perlu ditonton pada slot, hari dan waktu tertentu. Kita menonton mengikut masa kita sendiri dan ini adalah antara sebab mengapa laman seperti Netflix kini wujud. Jadi tidak hairan jugalah ada selebriti YouTube yang mendapat rezeki lumayan hanya dengan menghasilkan video untuk tontonan atas talian.Majalah Forbes baru sahaja mengeluarkan senarai 10 selebriti Youtube terkaya di dunia. Tidak mengejutkan PewDiePie masih mengungguli carta dengan pendapatan mencecah 8 angka. Searai lengkap adalah seperti di bawah




1.PewDiePie – $12 Juta 2.Smosh – $8.5 Juta
2.Fine Brothers – $8.5 Juta
4.Lindsey Stirlling – $6 Juta
5.Rhett & Link – $4.5 Juta
5.KSI – $4.5 Juta
7.Michell Phan – $3 Juta
8.Lilly Singh – $2.5 Juta
8.Roman Atwood – $2.5 Juta
8.Rosannna Pansino – $2.5 Juta
Selebriti-selebriti YouTube ini mendapat pendapatan yang tinggi menerusi penajaan dan video berbayar. 

Pengiklanan YouTube sahaja tidak memandai untuk anda mencapai tahap mereka ini. Apa yang kami rasakan menarik ialah jenis rancangan yang dihasilkan oleh sepuluh Youtubers terkaya ini. Hampir kesemuanya adalah rancangan yang tidak boleh ditonton menerusi rancangan TV biasa. PewDiePie dan KSI menghasilkan video mereka bermain permainan video. KSI lebih terkenal kerana video membuka pek FUT permainan FIFA yang ditonton berjuta kali. Michell Phan pula hanya menghasilkan video tutorial solekan wajah. Semuanya bermula dari masalah beliau untuk mencari kerja menjadi penjual alat solek. Siapa sangka video yang dihasilkan kerana ingin menunjukkan bakat solekan kini menjadikan beliau seorang jutawan.

Jadi apakah yang boleh kita pelajari dari senarai 10 selebriti YouTube terkaya ini? Bagi kami ialah kandungan asli dan lain dari yang lain akan membuahkan hasil. Jangan mudah putus asal dengan pendapat orang lain yang tidak percaya dengan bakat anda. Akhir sekali jangan lupa menonoton video Youtube dari saluran Amanz Network supaya kami turut akan akan memasuki senarai Forbes tahun hadapan. Insya Allah.
 http://i-infonetworks.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...