Khamis, 8 Oktober 2015

'Kak, Ambillah Satu Roti Ini. Saya Sedekah'

Hebat lelaki ini. Nama dia Syakirin. Dia adalah seorang OKU. Aku kenal dia sebab dia tinggal berhampiran dengan kawasan kediaman aku.
Masuk saja dalam LRT, dia duduk di hadapan aku dan dengan selamba dia menyapa.
"Kak, saya jual roti kak. Sedap. Jiran saya yang buat, tengoklah kak," katanya.
Aku tersipu-sipu malu sambil mengambil satu dan membayarnya.
"Akak, ni ada duit lebih ni," katanya. 
"Simpan, jangan hilangkan," kataku pada dia. 
Gembiranya aku sebab dapat roti dan dalam masa yang sama dapat menggembirakan dia.Lalu aku bertanya, "Nak jual ke mana semua roti ini?". Dia kata, nak dijual di KL Sentral.
Masuk seorang kakak, ditegurnya. Tetapi dengan muka yang masam mencuka, kakak itu melayan dan memilih-milih roti yang dijual dan bayar RM10 tanpa berkata apa-apa. Dia hanya membuat isyarat tangan sahaja untuk membeli kesemua roti yang dijual oleh Syakirin. Aku kagum, dia bersedekah tanpa senyuman tetapi dengan gembiranya Syakirin menunjukkan kepada aku.
"Kakak ni kasi saya duit," katanya.
Aku sokong dia sebab dia berjaya menjual dua roti dengan jayanya. Datang pula dua orang pelajar perempuan yang lengkap berpakaian purdah. Tanpa membeli, mereka terus bersedekah sedikit duit seperti RM2 kepada Syakirin. 
Syakirin dengan selamba tersenyum. "Kak, ambillah satu, saya sedekah," katanya.
Sambil menolak dan tersipu-sipu malu, kakak terpaksa ambil juga sebab Syakirin mengatakan dia ikhlas bersedekah. Hebat lelaki ini. Aku melihat kehebatan dia sambil malu pada diri sendiri. Dia pandai berkata, penuh dengan sedekah dan tidak berputus asa dalam mencari rezeki.
Aku bangga dengan Syakirin.
Jadi, aku percaya selagi aku ada mulut, lengkap anggota badan, aku boleh buat lagi hebat dari Syakirin. Tiada alasan untuk kita mengeluh dengan kemiskinan. Syukur Allah berikan kekuatan kepada anak OKU ini menghabiskan jualannya.
Tiga perkara yang aku nak kongsikan:
  1. Rezeki datang dari Allah.
  2. Pandai guna peluang, kita akan berjaya.
  3. Jangan letak kekurangan diri sebagai halangan di hadapan alasan.
Teruskan berjuang Syakirin.
  di THEHYPEMEDIA.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...