“Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau
bertanya kepada Muhammad Rasullallah ,”Sukakah engkau(Muhammad)
memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? “(Muhammad
menjawab) SubahanAllahi Wabihamdi (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).”
Terdapat banyak kelebihan sekiranya kita
berzikir. Tidak susah dan sangat mudah untuk kita berzikir. Sekiranya
kita dapat perjalanan ke tempat kerja pun boleh. Pasang CD zikir. Dengar
dan ikuti alunan zikir itu bersama-sama. Ketika kita hendak buat kerja
pun boleh. Sambil buat kerja sambil dengar. Mudah kan.
Kelebihan Berzikir Di Dalam Kehidupan Seharian
1. Mereka yang suka berzikir akan berada dibawah naungan Allah dihari kiamat.
2. Zikir adalah obat yang dapat melembutkan hati.
3. Zikir mendekatkan seseorang kepada ahirat dan menjauhkan mereka dari amalan dunia yang sia-sia.
4. Zikir dapat menghilangkan rasa takut dan menimbulkan ketenangan jiwa.
5. Orang yang suka berzikir akan dilimpahi keredaan Allah.
6. Orang yang suka berzikir akan dimurahkan ruang rezekinya.
7. Zikir dapat mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji.
8. Zikir dapat menghapuskan sifat munafiq.
9. Zikir akan melindungi diri dari bisikan dan ganguan syaitan.
10. Zikir dapat membentuk peribadi yang mulia.
SUMBER : SYAH ZUFAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan