1. Kebersihan
Firman Allah bermaksud:
“...Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang
membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Kebersihan adalah separuh daripada iman”. Riwayat Muslim).
Justeru adalah amat wajar kita
menjaga kebersihan diri, termasuk dikenakan wangi-wangian supaya tidak
berbau busuk. Begitu juga menjaga kebersihan dalam rumah, dalam bilik
air, luar dan di pekarangan rumah. Kebersihan sebenarnya adalah lambang
peribadi seseorang.
2. Mandi Hadas
Melewatkan mandi hadas juga tandanya tidak bersolat.
Dalam suatu riwayat lain
disebutkan juga bahawa malaikat lari daripada orang yang tidak mandi
hadas besar. Daripada Ibnu Abbas, katanya: “Sesungguhnya malaikat tidak
menghampiri orang yang tidak mandi hadas besar... sehingga dia mandi”.
(Riwayat At Tabrani).
3. Pakaian Bersih
Berpakaian bersih menjadi
tuntutan Islam. Orang Islam perlu kelihatan indah dan menarik pada
pandangan orang lain, sama ada zahir (pakaiannya) dan akhlaknya. Ketika
hendak berhadapan sesama sahabat atau bertemu masyarakat, tidaklah
wajar seseorang Muslim itu berpakaian dalam keadaan comot, tidak kemas
dan berbau busuk.
4. Sampah
Perkara ini disebutkan dalam
hadis. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “...bersihkanlah halaman
dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap.
Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi.” (Riwayat At Tirmizi).
Hadis di atas menjelaskan
bahawa sifat rumah orang Yahudi kotor dengan sampah-sarap dan najis
binatang di hadapan tangga dan di pekarangan rumah mereka.
Oleh itu, apabila kita menyapu
dan membuang sampah- sarap jangan dilonggok di hadapan rumah atau
dibuang ke luar rumah, tetapi dimasukkan ke dalam tong sampah. Selepas
itu dibuang di tempat pembuangan sampah khas. Bukan di merata-rata
sehingga mengganggu orang lain.
5. Rumah Besar
Dalam membina rumah, janganlah
terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah
dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman.
Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka. Terutama
dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.
"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu"* [Al Quran At Takaatsur:1]
Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: *"Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya"* [HR Muslim]
6. Tandas
Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)
Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.:
"Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah
menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang
air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim
No. 388)
7. Kencing Berdiri
Kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W
Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)

8. Mencarut
Sabda Rasulullah saw
bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka
hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim).
Sebab itu apabila ingin
bercakap elok berhati-hati agar tidak terlajak kata sehingga sukar
untuk ditarik balik. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan
binasa.
Untuk mengelak diri
terperangkap dengan fitnah mulut, dalam banyak keadaan adalah lebih
baik berdiam diri. Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa suka
selamat, maka hendaklah dia membiasakan diam.” – (Hadis riwayat
al-Baihaqi).
Dari Abi Darda' ra,
bahawasanya telah bersabda Nabi saw Tidak ada sesuatu pun yang lebih
berat di dalam timbangan orang mukmin di hari kiamat kelak melebihi
timbangan budi pekerti yang baik. Sesungguhnya Allah sangat benci
kepada orang yang keji dan suka bercakap dengan percakapan yang kotor.
Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al- Din menyebut: "Antara dosa lidah ialah: Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)".

9. Membazir
Dewasa ini, terdapat banyak
bentuk pembaziran dari kenduri perkahwinan, majlis makan malam beradab
(kononnya), hi-tea, valentine day, hari raya sakan, dan lain-lain. Tak
kurang pula dengan membazir waktu dengan melepak, menonton wayang,
berjudi, menonton bola sepak, akademi fantasia, jangan lupa lirik,
astro, kartun, HBO dan lain-lain.
Allah s.w.t. menegah perbuatan
boros (al-Isra’ 26) seperti yang dijelaskan dalam al-Quran yang
bermaksud: Dan janganlah kamu membazir dengan boros.
Boros atau membazir menurut imam as- Syafii ialah mengeluarkan atau membelanjakan harta tidak kena pada tempatnya. Imam Malik pula berpendapat bahawa membazir ialah mendapatkan harta daripada sumber yang benar, yang diharuskan oleh Allah tetapi membelanjakannya tidak pada jalan yang diredai oleh Allah.

Dari Abu Hurairah R.A berkata
bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Salah satu kesempurnaan islam pada
seseorang itu ialah dia meninggalkan perkara2 yang tidak perlu
baginya.” (Hadith hassan riwayat At-Tirmizi)
10. Memaki masa
Dari Abu Hurairah r.a katanya,
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t
berfirman: Anak Adam selalu mencaci-maki masa, padahal Akulah masa.
Siang dan malam berada di tanganKu" (Hadith Sahih Muslim)
Inilah hakikatnya, antara ayat yang sering kita mengeluh ialah:
sial punya hari, hari paling sial. hari yang malang, tahun yang malang, tahun malapetaka, hari yang celaka, tak guna punya hari dan lain-lain.

Kesimpulan
Semoga apa yang dihuraikan ini sudah cukup menjadi benteng keimanan melawan jin dan sihir tuan puan sekalian “Insya Allah”. Ameen
Semoga apa yang dihuraikan ini sudah cukup menjadi benteng keimanan melawan jin dan sihir tuan puan sekalian “Insya Allah”. Ameen
http://bjue.blogspot.my/
Assalamualaikum....singgah sebentar....Terima kasih di atas perkongsian....
BalasPadam