Home Klik Di Bawah

Jumaat, 16 Oktober 2015

10 perintah tetap amalan pesakit sihir dan saka

Laporan ringkas 10 perintah tetap pesakit sihir dan saka kali ini menerangkan benda yang harus diambil berat oleh pesakit yang terkena sihir sama ada santau, saka, sihir pengasih, buatan orang, gangguan toyol, pelesit, anak kerak, hantu raya, langsuir, pontianak dan apa sahaja jenis bentuk gangguan makhluk halus. Semoga bermanfaat dan boleh menjadi seorang islam yang baik hingga menjadi seorang islam(muslim) yang beriman (mukminin). 
 
1. Kebersihan
Firman Allah bermaksud: “...Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Kebersihan adalah separuh daripada iman”. Riwayat Muslim).
Justeru adalah amat wajar kita menjaga kebersihan diri, termasuk dikenakan wangi-wangian supaya tidak berbau busuk. Begitu juga menjaga kebersihan dalam rumah, dalam bilik air, luar dan di pekarangan rumah. Kebersihan sebenarnya adalah lambang peribadi seseorang.
2. Mandi Hadas
Melewatkan mandi hadas juga tandanya tidak bersolat.
Dalam suatu riwayat lain disebutkan juga bahawa malaikat lari daripada orang yang tidak mandi hadas besar. Daripada Ibnu Abbas, katanya: “Sesungguhnya malaikat tidak menghampiri orang yang tidak mandi hadas besar... sehingga dia mandi”. (Riwayat At Tabrani).
3. Pakaian Bersih
Berpakaian bersih menjadi tuntutan Islam. Orang Islam perlu kelihatan indah dan menarik pada pandangan orang lain, sama ada zahir (pakaiannya) dan akhlaknya. Ketika hendak berhadapan sesama sahabat atau bertemu masyarakat, tidaklah wajar seseorang Muslim itu berpakaian dalam keadaan comot, tidak kemas dan berbau busuk.
4. Sampah
Perkara ini disebutkan dalam hadis. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “...bersihkanlah halaman dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi.” (Riwayat At Tirmizi).
Hadis di atas menjelaskan bahawa sifat rumah orang Yahudi kotor dengan sampah-sarap dan najis binatang di hadapan tangga dan di pekarangan rumah mereka.
Oleh itu, apabila kita menyapu dan membuang sampah- sarap jangan dilonggok di hadapan rumah atau dibuang ke luar rumah, tetapi dimasukkan ke dalam tong sampah. Selepas itu dibuang di tempat pembuangan sampah khas. Bukan di merata-rata sehingga mengganggu orang lain.
5. Rumah Besar
Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman. Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka. Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.
"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu"* [Al Quran At Takaatsur:1]
Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: *"Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya"* [HR Muslim]
6. Tandas
Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)
Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim No. 388)
7. Kencing Berdiri
Kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W
Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)
8. Mencarut
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Sebab itu apabila ingin bercakap elok berhati-hati agar tidak terlajak kata sehingga sukar untuk ditarik balik. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Untuk mengelak diri terperangkap dengan fitnah mulut, dalam banyak keadaan adalah lebih baik berdiam diri. Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa suka selamat, maka hendaklah dia membiasakan diam.” – (Hadis riwayat al-Baihaqi).
Dari Abi Darda' ra, bahawasanya telah bersabda Nabi saw Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat di dalam timbangan orang mukmin di hari kiamat kelak melebihi timbangan budi pekerti yang baik. Sesungguhnya Allah sangat benci kepada orang yang keji dan suka bercakap dengan percakapan yang kotor.

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al- Din menyebut: "Antara dosa lidah ialah: Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)".
9. Membazir
Dewasa ini, terdapat banyak bentuk pembaziran dari kenduri perkahwinan, majlis makan malam beradab (kononnya), hi-tea, valentine day, hari raya sakan, dan lain-lain. Tak kurang pula dengan membazir waktu dengan melepak, menonton wayang, berjudi, menonton bola sepak, akademi fantasia, jangan lupa lirik, astro, kartun, HBO dan lain-lain.
Allah s.w.t. menegah perbuatan boros (al-Isra’ 26) seperti yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah kamu membazir dengan boros.

Boros atau membazir menurut imam as- Syafii ialah mengeluarkan atau membelanjakan harta tidak kena pada tempatnya. Imam Malik pula berpendapat bahawa membazir ialah mendapatkan harta daripada sumber yang benar, yang diharuskan oleh Allah tetapi membelanjakannya tidak pada jalan yang diredai oleh Allah.
Dari Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Salah satu kesempurnaan islam pada seseorang itu ialah dia meninggalkan perkara2 yang tidak perlu baginya.” (Hadith hassan riwayat At-Tirmizi)
10. Memaki masa
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t berfirman: Anak Adam selalu mencaci-maki masa, padahal Akulah masa. Siang dan malam berada di tanganKu" (Hadith Sahih Muslim)

Inilah hakikatnya, antara ayat yang sering kita mengeluh ialah:
sial punya hari, hari paling sial. hari yang malang, tahun yang malang, tahun malapetaka, hari yang celaka, tak guna punya hari dan lain-lain.
Kesimpulan
Semoga apa yang dihuraikan ini sudah cukup menjadi benteng keimanan melawan jin dan sihir tuan puan sekalian “Insya Allah”. Ameen
 http://bjue.blogspot.my/

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum....singgah sebentar....Terima kasih di atas perkongsian....

    BalasPadam