Kecenderungan lelaki yang lebih gemar
memilih untuk menyimpan dompet pada saku bahagian belakang seluar
sehingga menjadi kebiasaan boleh menyebabkan kerosakan pada saraf-saraf
utama bahagian belakang pinggul apabila mereka duduk bersama dompet
tersebut.
Memetik laporan BBC News, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam
kalangan masyarakat hingga diberi gelaran dengan nama hip-pocket
syndrome atau wallet-neuropathy. Dan mereka yang selalu berhadapan
dengan risiko ini adalah kaum lelaki yang sudah terbiasa meletakkan
dompet di saku belakang seluar mereka.
Malah seorang ahli fisioterapi mengatakan terdapat peningkatan jumlah
kaum lelaki yang menderita atau mengeluh sakit punggung, dan ternyata
penyebab utama keadaan ini adalah masalah posisi dompet diletakkan.
“Ketika ini semakin ramai pesakit saya yang datang ke klinik mengeluh
kerana berhadapan dengn penyakit ini. Keadaan ini disebabkan oleh posisi
dompet yang menekan saraf di bahagian belakang tubuh hingga boleh
mendatangkan rasa sakit,” ujar Julian Forth, ahli fisioterapi di
Buckhurst Hill, Essex.
Dompet akan menekan saraf-saraf tubuh ketika seseorang itu sedang duduk
di tempat kerja mahupun sedang memandu. Keadaan ini dapat mengakibatkan
rasa sakit pada pergelangan kaki, tumit dan menimbulkan rasa sakit
ketika berjalan, duduk atau baring.
Keadaan ini juga akan menyebabkan ketidakseimbangan pada otot, tulang
dan yang paling penting adalah sistem saraf. Mesti ada yang
tertanya-tanya tak rasa apa-apa kesan pun? Pada peringkat awal sakit itu
tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula
di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki.
pen patan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan