Mulai 1
April 2014, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasa peraturan
baru untuk urusan tukar hakmilik kenderaan. Semua pemilik kenderaan
(penjual kenderaan) dan pemilik baru (pembeli kenderaan) wajib hadir
sendiri ke pejabat JPJ untuk membuat pengesahan biometrik (cap jari).
Tidak boleh menghantar wakil. Ini adalah kerana:
- untuk mengurangkan kes-kes penipuan dalam urusan penukaran hakmilik yang telah meningkat
- JPJ sudah menambahbaik sistem mereka dengan aplikasi biometrik
- untuk mengurangkan urusan tidak perlu seperti mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah.
Proses Tukar Hakmilik Kenderaan
Sila baca dan ikuti panduan ini dengan teliti kerana proses tukar hakmilik kenderaan sudah tidak boleh menggunakan ejen atau wakil.
- Pastikan kenderaan adalah mengikuti standard asal seperti dalam geran kenderaan. Kesemua modifikasi sudah dibuang atau telahpun mendapat kelulusan JPJ. Warna kenderaan juga mesti ikut seperti yang dinyatakan dalam geran kenderaan.
- Pastikan tiada gangguan pada nombor casis dan enjin kenderaan.
- Pastikan anda tidak menggunakan bahagian “kereta potong” atau potong sambung bahagian kenderaan.
- Pastikan cermin kenderaan mengikuti garis panduan cermin gelap JPJ.
- Bawa salinan mykad untuk urusan dengan JPJ untuk penjual dan pembeli.
- Bawa geran kereta / perakuan pendaftaran kenderaan (JPJK2)
- Mula-mula sekali, pergi ke PUSPAKOM dan buat pemeriksaan untuk tukar hakmilik kenderaan (Caj RM30).
- Anda akan diberi satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (VR1) yang sah untuk tempoh 1 bulan sahaja.
- Pergi ke syarikat insuran untuk membeli atau menukar insuran kereta baru atas nama pembeli baru berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.
- Pergi ke JPJ untuk urusan tukar hakmilik kenderaan secara sukarela. Kedua-dua penjual dan pembeli kena hadir.
- Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.
- Apabila ke Pejabat JPJ, ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3). Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.
- Proses menampal salinan mykad di atas borang TM-AB sudah tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik.
- Ambil nombor giliran dan tunggu, sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.
- Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran-pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan