Sembunyikan perasaan amarah, emosi, kata-kata kesat dan perbuatan adalah satu tindakan yang cukup matang dalam rumah tangga. Tetapi bagaimanakah cara terbaik untuk menyembunyikan pertelingkahan ini di depan anak-anak dan orang sekeliling?

Cuba tip suami isteri yang diberikan kali ini. Mana tahu lebih berhasil, jom semak...






1. Berdiam Diri
Mendiamkan diri dan elakkan daripada mengeluarkan jumlah perkataan yang banyak adalah jalan paling selamat. Kata-kata yang dikeluarkan ketika berada dalam keadaan marah banyak dipengaruhi oleh syaitan yang datang menggoda.


2. Sibukkan Diri
Jika bertelingkah di rumah, elakkan anak-anak berada dekat dengan anda. Berusahalah menjadikan situasi itu seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sibukkan dengan pelbagai kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian atau aktiviti yang buat anda lebih tenang. Selalunya mengemas rumah menjadi terapi diri paling hebat untuk anda.


3. Cuba Senyum
Lemparkan senyuman manis untuknya sekali pun hati bagai nak meletup. Anda boleh membalas dengan perlahan dan mengikut sahaja kemahuannya. Kawal kemarahan anda dengan sedekahkan sekuntum senyuman dapat mencairkan jiwa yang sedang ‘panas’. Cubalah.


4. Panggilan Manja
Jangan ajar mulut keluar perkataan kesat dan berubah panggilan biarpun hati cukup panas. Panggilan sayang, b atau abang sudah cukup sempurna dan menyejukkan hati yang panas. Anak-anak dan orang sekeliling juga pastinya tidak perasaan akan perasaan marah ini. Mungkin mereka beranggapan anda hanya bergurau manja.


5. Buat Kelakar
Kalau bertengkar di rumah atau juga di luar, sesekali balaslah dengan usikan atau perkataan yang berbentuk humor. Cara ini bukan sahaja mendamaikan malah mampu mengubah mood menjadi lebih stabil. Orang di sekeliling juga pasti tidak perasaan saat anda bermasam muka dengan suami. Ini psikologi paling matang lagi berkesan.


6. Protes Tidak Puas Hati
Protes melalui 'silent mood' ini lebih sesuai untuk pasangan suami isteri. Anak-anak juga pastinya tidak perasan akan perbalahan anda. Pilihlah mesej ringkas, talian whatsApp atau apa jua yang lebih disukai anda untuk memulihkan keadaan.


7. Pelukan Erat
Jika suami atau isteri berada dalam keadaan tidak stabil, paut lengan suami mesra dan peluknya seketika untuk meredakan jiwa. Orang sekeliling bukan halangan untuk anda memaut mesra suami yang sudah sememangnya halal untuk disentuh.



Nampak susah jika anda ikut kata hati untuk terus marah. Tetapi kalau anda pentingkan anak-anak dan hubungan kekeluargaan, ini adalah satu jalan paling bernilai. Ya, marah macam mana pun esok-esok bila fikir balik, segala perlakuan waktu marah jadi kelakar. Lebih baik anda positifkan diri dengan menjaga perkataan ketika menegur pasangan. Hati yang panas pastinya cair kala mendengar ayat yang baik dituturkan lembut.
mingguan wanita