Nota Editor: Artikel Gangguan Syaitan Semasa Solat ini asalnya telah dikongsikan oleh Abu Basyer di Facebook.
1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram.
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus teru-lang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.
2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)
3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan
Abu Hurairah r.a berkata,“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim).
4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu
Abu Hurairah r.a berkata,“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)

5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat.
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.”

Tentu saja
bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal
boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada
ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat
dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk
mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah
SAW bersabda kepadanya,“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul
ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah
sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu
tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan
lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan
Muslim).
Sumber : Islam itu indah/ terbakor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan