Selasa, 24 November 2015

Jambatan Ini Tanpa Keselamatan dan Hanya Muat Satu Kereta


Banyak jambatan yang kelihatan mengerikan ada di dunia ini, tapi mungkin tidak akan sengerikan jambatan Kuadinsky di Rusia. Terbentang sepanjang 570 meter merentasi sungai Vitim, jambatan mengerikan ini hanya mempunyai lebar dua meter.

Selain itu, tidak ada keselamatan apapun yang dipasang di sepanjang sisinya untuk menjaga agar kenderaan tidak terjatuh ke dalam sungai yang membeku. Meskipun dibuat menggunakan struktur besi, tapi jambatan ini hanya dilindungi oleh kayu tua yang akan menjadi sangat licin jika tertutup salji.



Isnin, 23 November 2015

Aku Selalu Ingin Menyembah Allah Secara Sembunyi-sembunyi

ABDULLAH Ibnul Mubarak berkisah. "Pada suatu hari, aku berada di kota Makkah. Pada saat itu Mekah sedang dilanda peceklik dan kemarau panjang. Maka semua orang tanpa terkecuali, baik orang besar maupun kecil, bersama-sama melakukan solat istikharah agar Allah menurunkan hujan kepada mereka, sehingga mereka dapat mengairi pokok-pokok dan memberikan minuman kepada haiwan mereka.

Ketika itu, aku tengah duduk di pintu Bani Syaibah. Lalu aku melihat seorang budak budak hitam yang berpakaian lusuh dan kotor tengah berdo'a di tempat yang tersembunyi di Masjidil Haram yang jauh dari penglihatan orang lain.

Aku mula mendekatinya perlahan dan mendengar doanya meminta pertolongan kepada Allah. Dengan penuh kekusyukan, ia terus berdoa dan memohon kepada Allah agar mau menurunkan hujan untuk manusia pada saat itu.
 

Jom Nikmati Keindahan Taman Marqueyssac di Perancis.




Sebuah taman yang terletak diantara bukit Perigord, Perancis akan memberikan pemandangan yang luar biasa. Taman Marqueyssac adalah salah satu keindahan bandar kecil Vesaz, Dordogne, Perancis. Taman ini dibina pada tahun 1861 oleh Julien De Cerval, yang memberikan hidupnya selama 30 tahun untuk membina taman Marquessac. Tanaman jenis Boxwood dipilih sebagai tanaman utama kerana tanaman ini dapat tumbuh dengan lebat, mempunyai tekstur yang kuat dan mempunyai warna hijau bercahaya.

Berjalan di taman ini dapat menjumpai bentuk-bentuk tanaman yang eksentrik. Bentuk-bentuk tanaman di taman ini dibuat oleh De Cerval dengan maksud tertentu. De Cerval ingin para pengunjung yang datang ke taman ini larut malam dalam suasana romantis di mana mereka juga akan menikmati keunikan bentuk-bentuk tanaman di tempat ini.

Persoalan Menarik - Bersyukurkah anda dengan hidup anda?

Anda nak sangat dapat straight A UPSR … anda yakin boleh dapat … anda pelajar kegemaran cikgu kat sekolah … semua macam yakin anda boleh dapat … diri anda sendiripun macam yakin … kat sekolah anda selalu jadi leader dan kebanggan guru dan kawan2 tapi bila result keluar ada satu subjek anda tak dapat A … anda rasa sangat kecewa dan malu …

Anda nak sangat masuk SBP tingkatan 1 … anda tak berapa yakin boleh masuk sbb result anda tak sebagus kawan-kawan .. anda dengar best friend anda dapat MCKK, Tun Fatimah, SDAR Seremban, … anda jadi makin tertekan … mak anda guna cable fibre optik sedara mara mintak tolong adjust … akhirnya anda dapat SM Sains Fariz Petra … anda tak berapa nak ke sana sbb SBP tu dekat dgn rumh … anda nak yg jauh dari rumah baru ada classs … anda kecewa dan tertekan …

Anda daftar masuk SBP … anda betul2 bersemengat .. anda ada ramai kawan di sana … tetapi tingkatan 3 PMR result anda tak bagus anda kena tendang keluar … anda kecewa dan tertekan …

Fakta - Subhanallah, Lebah juga Perlu Rehat


LEBAH merupakan salah satu makhluk Allah SWT yang istimewa. Keberadaannya memberikan manfaat bagi manusia. Melalui madunya, manusia bisa mendapatkan sumber makanan juga obat bagi kesehatan tubuh. Lebah-lebah itulah yang setiap hari bekerja demi kelangsungan hidup dirinya, juga dimanfaatkan demi kelagsungan hidup manusia.

Diantara penemuan ilmiah baru-baru ini adalah bahwa tidur sangat penting. Karena mereka membutuhkan ketenangan untuk alat tubuh yang beragam, tak terkecuali lebah. Marilah kita renungkan tulisan berikut.
 

Cara Nak Berdepan Suami Kedekut Tak Bertempat


 Inilah Cara Nak Berdepan Suami Kedekut Tak Bertempat
 
Sebelum kahwin sifat kedekut suami tak ketara sangat. Sekali sekala berjumpa, mana nak tahunya. Bila dah kahwin, tak lama nak ambil masa untuk tahu betapa kedekutnya suami itu. Nak minta belanja bulanan untuk makanan yang sepatutnya tidak perlu diberitahu pun, kena minta setiap bulan. Isteri minta RM1000 belanja dapur dan pelbagai belanja, dia akan bagi RM500 saja. Lepas tu jangan haraplah nak beri belanja tambahan. 
 
 
Kalau nak minta juga macam-macam kena isteri buat untuk ambil hati. Kena masak sedap-sedap, bau badan wangi-wangi, senyum lirikan “signal manja kasih” juga diberi tanda sayang suami, barulah berani nak minta belanja untuk barangan kesihatan dan kecantikan, duit PIBG atau pelbagai belanja tambahan diri dan keluarga. 
 

Cara Ini Kalau Nak Rezeki Makin 'Lebat'


Buat 6 Cara Ini Kalau Nak Rezeki Makin 'Lebat'

Rezeki sedikit atau banyak bukan persoalannya. Yang diutamakan adalah berkat. Apa guna dapat rezeki banyak tetapi tak berkat. Banyak mana pun masih tidak mencukupi. Selalu tidak puas hati. Sebaliknya kalau rezeki itu berkat, biarpun sedikit itu memadai. Apa yang ada diterima penuh redha dan kesyukuran. 
 
Cuba faham dulu konsep keberkatan, mesti kita tak cepat merungut walau kadang rezeki cukup-cukup makan saja. Malah rasa lapang dada dengan apa yang ada. 
 
Adakah rezeki yang kitadapat itu sudah dibersihkan untuk mendapatkan keberkatannya. Sama-sama dalami tip mendapat keberkatan rezeki...
 

Perjalanan

Gambar sekadar hiasan sahaja.
Apabila Allah ta'ala telah buat keputusan bahawa hayat kita semasa didunia telah sampai pada waktunya maka tiada apa lagi yang dapat mengubahnya. Oleh sebab itulah kita mesti sentiasa mengingati kedatangan tarikh tamat tempoh tersebut. Tarikh itu menjadi rahsia dalam rahsia Allah bagi memastikan setiap jinn dan manusia sentiasa dalam keadaan siap-sedia menghadapi maut. Berbeza dengan lain-lain makhluk seperti lembu atau kambing atau semut atau pokok dan lain-lain, mereka tidak mengalami penghisaban dan tiada soal jawab.

Apabila kita dimasukkan kedalam kubur dan ditinggalkan bersaorangan maka disitulah bermulanya perjalanan hidup kita yang sebenar. Kehidupan kita semasa didunia hanyalah untuk menghadapi ujian bagi memastikan siapakah diantara kita yang lebih baik amalannya bagi dihitung untuk diberi balasan diakhirat.
 

Ahad, 22 November 2015

Anda Mungkin Tak Menyangka Binaan Pelik Ini Dibina Untuk Apa

Jika anda berjalan-jalan di negara-negara bekas kesatuan Soviet, kebarangkalian untuk anda menjumpai struktur bangunan pelik seperti di bawah ini adalah amat tinggi sekali. Mereka berbentuk pelik, futuristik, berseni, namun semuanya dengan satu fungsi yang sama. Apakah ia?

Dapatkah anda meneka?

Lagi gambar-gambar untuk korang teka...
 

Menarik Untuk DiBaca - Biar tak SENTAP, asalkan MENYERAP

“BIAR TAK SENTAP ASALKAN MENYERAP”

Cuba lihat cara dan gaya ulama-ulama dahulu menulis kitab-kitab mereka. Kita akan terasa betapa cinta dan kasih sayangnya mereka kepada siapa yang membaca tulisan mereka. Ini kerana nada, gaya, ayat dan bahasa yang digunakan penuh bujukan, teguran yang seolah-olah membelai pembaca. Sehingga… apabila kita membacanya terasa mereka bagaikan ayah, ibu, sahabat atau teman yang paling akrab. Tulisan mereka menyelinap masuk ke dalam lubuk hati tanpa kita sedari. Tidak ada bentakan, cemuhan dan kata-kata yang menggores hati.

Bahasa itu jiwa bangsa. Demikian kata orang yang bijaksana. Apabila jiwa dipenuhi kasih-sayang dan kemesraan bahasa akan jadi lunak, halus serta indah. Percakapan atau tulisan yang sedemikian akan menggugah rasa dan begitu indah apabila didengar dan dibaca. Gaya yang sebegini sebenarnya lebih upaya untuk membina kebenaran dan meruntuhkan kebatilan dalam diri manusia.

Ia umpama akar, lunak dan perlahan tetapi tidak ada tanah walau sekeras mana mampu menahan tusukannya. Ia umpama air, lembut tetapi tidak ada tembok yang dapat menahan alirannya. Ditahan di atas, air akan mengalir ke bawah. Disekat di bawah, air terus mengalir lalu melimpah dari atas.

Cara Semarakkan Cinta Suami Isteri Yang Sudah Lama Berkahwin

Seorang sahabat pernah meminta pendapat saya bagaimana memulihkan hubungannya dengan suami yang semakin renggang semenjak kehadiran anak-anak.

Oleh sebab saya pun masih single, jadi dengan bantuan Internet, kami mula mencari jawapan yang boleh membantu. Banyak rujukan dan cadangan yang kami jumpa namun sahabat saya segan untuk melakukannya atas alasan hanya sesuai untuk pasangan muda dan pasangan yang hangat bercinta sahaja bukannya pasangan yang sudah ada anak.

Siapa kata, meskipun sudah lama berkahwin dan ada anak, anda dan pasangan sudah tidak boleh lakukan pelbagai aktiviti bersama?

Belum cuba, belum tahu.


Tips Menari - Rahsia Orang Lama Jaga Soal Kecantikan


Inilah 7 Rahsia Orang Lama Jaga Soal Kecantikan

Kadang kulit wajah lebih serasi kalau guna bahan alami. Walau kesannya kagak ambil masa yang lama tapi jika kosisten, anda boleh dapat keputusan yang lebih luar biasa. Untuk awal penggunaan, anda perlu amalkan setiap minggu. Ok, sekarang pilih dulu mana satu bahan yang mudah untuk anda buat...
 

Resipi - Udang Nestum

udangnestum
Hidangan yang cukup memikat selera. Kerangupan nestum digabungkan dengan kelembutan udang, sedap tak terkata. Dan rasa pedas daripada cili padi, memang tak toleh kiri kanan lagi. Cubalah resipi ringkas ini.


Kenali Robot Astronot Pertama yang Akan Pergi ke Mars

The National Aeronautics and Space Administration (NASA) diketahui tengah mempersiapkan `perangkat` terbarunya untuk dihantar ke Planet Marikh.
Peranti tersebut bukan komponen pesawat yang akan menyusul ke Planet Merah, bukan pula mesin canggih yang boleh mengesan kadar permukaan di Marikh. Peranti itu tak lain dan tak bukan adalah robot angkasawan.

Ya, rancangan NASA mencipta sebuah robot angkasawan memang sudah dicanangkan sejak lama. Hanya saja, NASA baru merealisasikan hal tersebut pada masa ini. Robot yang didakwa menjadi robot `superhero` itu dinamakan` Valkyrie`.


Harta

Gambar sekadar hiasan sahaja.
Ada orang berpendapat bahawa harta menjamin kejayaan hidup. Anggapan itu salah sebenarnya. Hakikat yang ada ialah Allah ta'ala meletakkan kejayaan dalam agama ikut cara Rasulullah s.a.w. Ini yang betul.

Hidup yang berjaya seperti berjaya mencapai cita-cita hendak jadi Jurutera atau Doktor atau Peguam memang cita-cita semua orang semasa kecil sebab ibubapa kita menggalakkan sedemikian, walhal kejayaan tersebut hanya sementara asbab dunia ini pun semantara.

Namun dengan kecapaian cita-cita tersebut menjadikan seseorang itu hidup dalam keadaan mewah, apa saja yang dikehendaki dapat semua dan tidak ada apa-apa halangan bagi dia mendapat segala apa yang dihajatinya. Bahkan hidup yang sedemikian jika disertai dengan kefahaman agama yang luas menjadikannya manusia yang untung didunia dan untung diakhirat.
 

Khamis, 19 November 2015

Penemuan Kapal Selam JEPUN Tercanggih Pada Perang Dunia Ke-II

Dua kapal selam Angkatan Laut Jepun yang membawa pasukan Jepun  untuk menyerang Pearl Harbor, Amerika Syarikat (AS), pada 1945 ditemui di dasar laut Hawaii.

Pasukan penelusur kapal yang berasal dari National Atmospheric Administration berjaya menemui kedua-dua kapal tersebut, The Imperial Japanese Navy’s I-401 dan I-201. Kapal selam ini diguna untuk membawa pasukan tentera Jepun yang bertolak ke kawasan pesisir AS melalui laluan bawah laut.



Rumah Tidak Berpenghuni Sejak 1956 Yang Amat Memeranjatkan


gambar rumah berhantu.jpg 
Rumah Tidak Berpenghuni Sejak 1956 Yang Amat Memeranjatkan

Rumah ini tidak berpenghuni sejak 1956, namun selepas pemilik baru pindah masuk, apa yang ditemuinya amat memeranjatkan!

Cuba anda bayangkan rumah yang ditinggalkan selama 54 tahun dan tiada penghuni di dalamnya. Sudah pasti perkara pertama yang dibayangkan adalah rumah itu berhabuk, buruk, busuk dan dipenuhi dengan sarang labah-labah. Anda mungkin silap jika beranggapan sebegitu!


Info -Sebab Wanita Kerap Lapar Waktu Malam


5 Sebab Wanita Kerap Lapar Waktu Malam
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Terlebih berjaga pada waktu malam, selalu membuatkan wanita suka makan lewat malam. Kadang nak paksa tidur pun tak selesa bila perut kosong, akhirnya pilihan yang ada anda terpaksa sumbat makanan walau lewat malam. Tapi mungkin juga beberapa faktor ini berkait...


Rabu, 18 November 2015

Coober Pedy, bandar bawah tanah di Australia


Bandar Coober Pedy di selatan Australia ini didirikan pada tahun 1915 oleh seorang pelombong emas.

Uniknya, semua penduduk di sini membina kediaman mereka di bawah tanah atau gua lumpur malah bandar ini turut dilengkapi dengan gereja, muzium, galeri seni dan juga bar bawah tanah. Kini seramai 3,500 orang tinggal di sini.

Bandar ini adalah antara pengeluar batu opal dunia dan menjadi sumber utama pendapatan mereka. 
 

Hindenburg Zeppelin - Legenda Pesawat Terbesar Di Dunia Menyamai Titanic

LZ 129 Hindunberg merupakan pesawat udara zeppelin terbesar di dunia yang telah dihasilkan Jerman. Zeppelin Hindenburg dinamakan bersempena nama Presiden Jerman ketika itu iaiatu Paul Von Hindenburg.
 

Tanda Anda Terkena Santau, Jenis Santau & Cara Ubat Santau


1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.


Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 Tips Jimat Selamatkan RM3,000 Anda!

460
Gaya Hidup
3 Tips Jika Kereta Ditenggelami Air Ini Akan Menyelamatkan RM3,000 Duit Poket Anda
Semalam, hujan lebat telah menyebabkan banjir di kawasan Shah Alam dan Bandaraya Johor Bahru. Kalau kita lihat gamabr di mana-mana keratan akhbar dan media sosial, banyak kereta ditenggelami air
Kalau nak betulkan semula mesti memakan kos yang banyak kan? Sebab bukan semua insurans akibat bencana alam boleh dituntut. Oleh itu, kami nak kongsikan tips bagaimana nak selamatkan duit anda daripada melayang sehingga RM3,0000 dengan kereta anda sekali.

3 Tips Jika Kereta Ditenggelami Air Ini Akan Menyelamatkan RM3,000 Duit Poket Anda

Resepi -Jemput-jemput Sotong & Kentang


hiasan

BAHAN-BAHAN:
420gm tepung gandum
250ml air
125ml susu
8 ekor sotong | dihiris halus
2 biji ubi kentang | disagat
5gm garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng


INFO -Kenapa Bayi Menghidap Penyakit Demam Kuning Selepas Dilahirkan?

jaundis 
Masalah penyakit kuning di kalangan bayi baru lahir adalah fenomena yang kerap berlaku. Jika ditanya, ramai ibu menyatakan anak mereka kuning ketika minggu pertama selepas kelahiran.

Tidak kurang pula rawatan tradisional atau alternatif yang digunakan seperti susu kambing, menjemur di pagi hari serta mandi menggunakan ubat tabib Cina.
 

Tip Elak Pergaduhan Dalam Rumah tangga


rumah tangga

Rumah tangga mana yang tidak bergolak. Setiap pasangan yang berumah tangga pasti ada perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Namun, kawallah pertelingkahan dan ketidaksefahaman yang berlaku agar ia tidak membawa kemudaratan kepada rumah tangga yang dibina. Mungkin ada antara tips berikut yang boleh dipraktiskan bagi mendapatkan rumah tangga harmoni dan bahagia.


Gadis cantik ini peluk Islam setelah mencari kesalahan dalam Al-Quran


Ya ,itulah tajuk yang akan aku kongsikan kepada anda mengenai seorang Aktres Inggeris yang cuba mencari kesalahan ayat suci Al Quran.

Namun setelah itu, dia akhirnya gagal untuk mencari kesalahan ayat suci al quran dan menyebabkan nya memeluk islam.

Myriam Francois Cerrah ,itulah namanya yang memang sudah popular ketika waktu masih kanak-kanak lagi.



Fakta Menarik Tentang Neraka


Jarang kita dengar orang berbicara tentang Neraka. Biasa kita dengar semuanya indah-indah sahaja tentang syurga. Semoga berkekalan hingga ke syurga lah, mencintaimu sampai syurga lah, wajahmu indah bak bidadari syurgalah dan macam-macam lagi. Ialah tak siapa mahu ke neraka jadi mari kita tambah pengetahuan tentang keluasan Neraka itu sendiri agar kita lebih beringat.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail dating kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
 

Selasa, 17 November 2015

Kenapa Wanita yang Sering Beribadah Ini Masuk Neraka?


Dia wanita yang cukup sempurna dalam beribadah kepada Allah, namun Nabi Muhammad telah menegaskan bahawa dia adalah penghuni neraka. Kenapa?

Tonton dan hayati video ini. Sama-samalah kita ambil pengajaran dan jauhilah sifat yang tidak baik tersebut.
 
ohmedia

Cara Hadapi Anak Suka Buat Perangai


buat perangai

Semua yang sudah bergelar ibu bapa tentu biasa menghadapi situasi anak menangis. Menangis dan anak kecil adalah perkara yang sinonim. Bagi bayi baharu lahir, menangis adalah salah satu cara mereka berkomunikasi. Tetapi bagi anak yang sudah berusia lebih daripada tiga tahun dan ke atas, menangis merupakan salah satu cara mereka meluahkan perasaan. Antaranya seperti sakit, sedih, dimarahi, permintaan tidak dipenuhi. Teapi ada juga keadaan di mana si kecil menangis tanpa alasan yang munasabah.
Tentu sahaja anda bingung apa sebenarnya keinginan si anak. Secara umumnya anak kecil mempunyai sifat ingani tahu dan berminat kepada persekitaran yang menarik perhatiannya iaitu melalui cara pendengaran, rasa dan sentuhan.


Menarik - Gaya Pemanduan Ini Dedah Identiti Anda


gaya pemanduan dedah identiti anda.jpg 
Gaya Pemanduan Ini Dedah Identiti Anda

Personaliti seseorang selalunya dapat dilihat dari pelbagai aspek termasuk perbualan, mimik muka, gaya berjalan dan perbuatan. Satu fakta yang menarik yang kami ingin kongsikan kepada anda hari ini adalah gaya pemanduan yang dapat mendedahkan identiti anda.

Tahukah anda dengan gaya pemanduan ini kita dapat melihat identiti seseorang? Walaupun ianya 100% tidak tepat tetapi selalunya gaya pemanduan ini sedikit dapat “mendedahkan” identiti seseorang.

Menurut Tom Vanderbilt, pengarang buku Traffic: Why We Drive The Way We Do and What It Says About Us, berkata, “Memandangkan ramai di antara kita boleh menghabiskan lebih banyak masa di jalan raya daripada kita makan bersama keluarga kita … Ada baiknya kita menelusuri lebih mendalam lagi mengenai pengalaman tersebut.”

Mari kita lihat gaya pemanduan ini dan bagaimana kaitannya dengan personaliti anda.


INFO - Tanda Tubuh Tak Cukup Air Yang Korang Sendiri Tak Perasan

Benda dengar mudah, tetapi ramai yang tak buat khususnya golongan lelaki iaitu minum air kosong dengan mencukupi untuk kesihatan. Cuba tengok kesan tak cukup minum air seperti di bawah. Mesti korang pernah kena kan? 




Kalimat-kalimat Penuh Hikmah Ketika Diucapkan

TERKADANG kalimat yang diucapkan seseorang dapat mempengaruhi tindakannya. Dalam Islam, Rasulullah mengajarkan beberapa kalimat utama yang mengandung hikmah ketika diucapkan. Kalimat ini diucapkan ketika seseorang menghadapi berbagai situasi dalam kehidupannya. Di samping itu kalimat ini dapat mendatangkan kebaikan, membuat jiwa lebih tenang dan menigkatkan percaya diri.

Kalimat-kalimat itu jenisnya cukup banyak, tergantung keadaan yang tengah dihadapi. Misalnya, mengucapkan basmallah setiap kali memulai sesuatu yang baik, entah itu amal ibadah atau muamalah. Kalimat hamdallah digunakan setiap kali menyelesaikan sesuatu atau pendapat suatu nikmat yang tidak disangka-sangka.

Untuk lebih jelasnya, berikut ini beberapa kalimat hikmah yang dianjurkan Rasulullah SAW:
 

Rabu, 4 November 2015

INF0 - Ketahui 6 Rahsia Kebaikan Si Kecil Main 'Kotor


main kotor

Selalunya ibu akan menegah si kecil daripada bermain pasir yang kotor. Memang logik kerana di pasir tersebut terdapat banyak kotoran najis, sisa sampah dan bermacam bakteria yang pasti boleh membawa jangkitan penyakit kepada anak anda. Tetapi tahukah anda sebenarnya kotoran itu bagus kepada si kecil. Mengapa?


Khazanah Yang Hilang Dan Menjadi Misteri Sepanjang Zaman

Merujuk kepada asal perkataan Harta Karun adalah nama seorang hartawan yang kaya pada zaman Nabi Musa a.s. Harta Qarun (Harta Karun) juga termasuk dalam 10 khazanah yang hilang. 


Qarun memiliki gudang-gudang emas dan dikatakan dia membawa kunci-kunci gudang dgn menggunakan 40 ekor unta.Tetapi Qarun dilaknati Allah SWT kerana tamak dan keangkuhanya serta tidak menggunakan harta kekayaannya untuk jalan yg benar. Allah SWT menenggelam Qarun di dalam tanah bersama harta-hartanya.
Ikuti 10 khazanah yang hilang dan menjadi misteri sepanjang zaman.
1-Flor do Mar
Pada tahun 1502, sebuah kapal Portugis dipanggil Flor do Mar, atau Flower of the Sea, telah dibina. Kapal itu diperintah oleh Estavao Vasco de Gamma bersaudara, kapal ini adalah sebahagian pelayaran Portugis ke India pada thn 1505. Kapal ini juga telah terlibat dalam beberapa pertempuran laut dalam tempoh enam tahun sehingga, pada tahun 1511, ia telah karam akibat pukulan ribut di perairan Melaka.
 

Senarai Perkara Haram Dalam Amalan Perubatan Tradisional

Senarai Perkara Haram Dalam Amalan Perubatan Tradisional. Dipetik dari FB JAKIM dan Darussyifa' Bandar Sierra, berikut adalah senarai Perkara Haram Dalam Amalan Perubatan Tradisional. Harap dapat disebarkan untuk manfaat bersama dalam menyedarkan masyarakat yang masih bergantung kepada perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa syirik.

Perkara HARAM dalam Amalan Perubatan Tradisional

Amalan perbomohan dalam perubatan tradisional sering kali digunakan oleh masyarakat Islam di Malaysia. Tetapi adakah amalan itu dibenarkan oleh Syarak dan menepati al-Qur'an dan as-Sunnah tidak pernah dipersoalkan. Berikut adalah aktiviti perbomohan atau perubatan tradisional yang tidak mengikut syariat Islam :-


Selasa, 3 November 2015

Kisah Seram LPT2: Disangka Isteri Yang Masuk Dalam Kereta


LPT2 SERAM
Kisah Seram LPT2: Disangka Isteri Yang Masuk Dalam Kereta|

 Mendengar lebuh raya LPT2 sudah tentu kita boleh menebak tempat paling banyak memakan mangsa akibat kemalangan jalan raya

Disitu.Sebelum ini pernah di bongkar oleh beberapa penulis tentang kisah kisah seram yang berlaku di lebuh raya tersebut.begitu juga dengan kami juga sudah tentu tidak akan ketinggalan untuk menguak berbagai misteri kemalangan dan penampakan  dan kejadian kejadian aneh yang berlaku di kawasan tersebut.
Cerita ini adalah benar dan bukan rekaan semata mata.

Menurut salah seorang yang mahu dikenali sebagai Goneng tukang masak beliau dan keluarganya telah pulang dari kuantan melalui LPT 2 untuk menuju ke kuala terengganu.


Lelaki Ini Boleh Pecahkan Gelas Dengan Suaranya.

Jika korang pernah menonton filem Kung Fu Hustle, mungkin korang akan ingat dengan  perempuan yang mempunyai jurus auman singa. Rupanya kekuatan suara seperti itu ada di dunia nyata.

Lelaki berambut kerinting dalam video di atas mampu memecahkan gelas dengan suaranya. Dia juga menjelaskan berapa desibel (dB) suara yang diperlukan untuk boleh memecahkan gelas.

Tapi,
korang jangan cuba-cuba menirunya . Kerana, tanpa kepakaran khusus, tindakan ini sangat berbahaya terutama bagi pita suara korang.Jom saksikan video berikut ini:
 gaban comel

8 Jam Tangan Paling Mewah Dan Termahal Di Dunia

1. Louis Moinet Magistralis - USD860,000

Selain memberikan nilai eksklusif kepada pemakai, apa yang lebih unik lagi adalah Louis Magistralis diperbuat daripada sebahagian batu meteorit.
Dan disebabkan material yang terdapat pada jam inilah ia dijual dengan harga USD860,000.
Louis Moinet adalah pencipta jam yang berasal dari Bourges, Perancis dan telah mengasaskan jam ini sekitar tahun 1806.
 

Harga sebuah hidayah

Harga sebuah hidayah

Suatu malam,berada di Masjid Jamek Sri Petaling. Sejurus solat Maghrib, seperti biasa di adakan majlis Bayan iaitu Majlis fikir atas iman dan amal.. Ustaz Abdullah Hizly menceritakan sebuah kisah benar.
Kisah ini sangat menarik untuk di kongsikan bersama orang semua. Izinkan ku mengadaptasikan kisah tersebut dalam bentuk fiksyen agar nampak lebih memahami.

*********
Lapangan Terbang Buenos Aires menyaksikan ketibaan sekumpulan pendakwah dari Malaysia seramai sepuluh orang. Di situ, tidak ada sesiapa yang menyambut mereka. Tidak kelihatan lelaki mahu pun wanita Muslim yang boleh dijadikan tempat bertanya.

Sifat Lelaki Sebenar Yang Membuatkan Wanita ‘Cair’

Dalam dunia yang dipenuhi perhubungan sementara, kecurangan, dan mentaliti “Touch n Go”, adalah mudah untuk menjadi keras hati terhadap kaedah dan suasana percintaan kini.

Sebagai wanita, kita kena bersedia untuk menghadapi yang terburuk, meneruskan dengan sifat berjaga-jaga yang tinggi dalam beberapa bulan pertama, kerana gusar menjadi mangsa keadaan dan tipu muslihat yang sering dilaksanakan lelaki. Semestinya, lelaki memang ada banyak rahsia. Kena pandai korek, baru boleh dapat tahu!


Info - Khasiat Belimbing Buluh Yang Anda Perlu Tahu

 khasiat-belimbing-buluh
Khasiat Belimbing Buluh Yang Anda Perlu Tahu

Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.
 

Isnin, 2 November 2015

Tanda-Tanda Akil Baligh Bagi Lelaki Dan Wanita

Tanda-Tanda Akil Baligh Bagi Lelaki Dan Wanita

Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual
.

akil baligh

Definisi

Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.


Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Dan Kebahagiaan Hati?


“Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.. diturunkan ke lubuk hati orang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”
– Syed Qutb
Kita semua adalah makhluk Tuhan yang indah didalam dunia ini, yang sedang melalui jalan masing-masing.
Setiap hari, pasti kita akan menemui erti dan makna kehidupan kita satu persatu.

Ramai orang berharap untuk dapat menemui kebahagiaan hati dan ketenangan disepanjang perjalanan kehidupannya.

Bagi sesetengah orang, kunci kepada keinginan ini sudah berdering kuat dan jelas, dapat memandu apa yang harus mereka buat dan bagaimana mereka perlu lakukan.

Tapi sesetengah orang yang lain, benih keinginan ini terkubur sangat dalam....dan mereka jarangkali sedar.
Disinilah pentingnya muhasabah.


Ahad, 1 November 2015

Perjalanan

Gambar sekadar hiasan sahaja.
Apabila Allah ta'ala telah buat keputusan bahawa hayat kita semasa didunia telah sampai pada waktunya maka tiada apa lagi yang dapat mengubahnya. Oleh sebab itulah kita mesti sentiasa mengingati kedatangan tarikh tamat tempoh tersebut. Tarikh itu menjadi rahsia dalam rahsia Allah bagi memastikan setiap jinn dan manusia sentiasa dalam keadaan siap-sedia menghadapi maut. Berbeza dengan lain-lain makhluk seperti lembu atau kambing atau semut atau pokok dan lain-lain, mereka tidak mengalami penghisaban dan tiada soal jawab.

Apabila kita dimasukkan kedalam kubur dan ditinggalkan bersaorangan maka disitulah bermulanya perjalanan hidup kita yang sebenar. Kehidupan kita semasa didunia hanyalah untuk menghadapi ujian bagi memastikan siapakah diantara kita yang lebih baik amalannya bagi dihitung untuk diberi balasan diakhirat.
 

“Aku Pulangkan Mak Kat Tuhan”- Situasi Meruntun Hati Di Hari Pengebumian Ibu Tersayang

kubur 2
Kalau boleh, kita memang nak ibu kita bersama selamanya dengan kita kan? Ibulah sahabat, ibulah penasihat, ibu jugalah tempat mengadu nasib.

Namun, setiap orang pasti akan menemui penciptaNya. Sebagai anak, kita perlu redha dan berikanlah penghormatan sebaik-baiknya kepada ibunda sperti yang diperkatakan oleh Tun Azah Aziz ini. Meleleh air mata…


Asteroid ‘Spooky’ Lintasi Bumi Malam Sabtu

spooky 
Sebuah asteroid ‘Spooky’ bersaiz lebar antara 290 hingga 650 meter dijangka melintasi berhampiran Bumi pada jarak 1.3 kali jarak Bumi ke Bulan pada malam Sabtu.

Asteroid Spooky dengan nama rasmi 2015 TB145, yang ditemukan ahli astronomi NASA daripada Program Objek Terdekat Bumi pada 10 Okt lepas, bergerak pada kelajuan 35km sesaat iaitu 29 kali lebih laju dari sebutir peluru.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata, ia dijangka tidak akan berlanggar dengan Bumi sebaliknya hanya akan melintasi orbir Bulan pada jarak 48,000km dari Bumi.


info -Makanan yang tinggi antioksida penting untuk kekalkan tahap kesihatan - Pakar pemakanan

Makanan yang tinggi antioksida penting untuk kekalkan tahap kesihatan - Pakar pemakanan
Buah-buahan dan sayur-sayuran antara pemakanan sihat yang dapat membantu mengekalkan kesihatan. - Gambar Fail
 
Pengambilan makanan yang tinggi dengan antioksida seperti vitamin C memainkan peranan penting mengekalkan tahap kesihatan.

Selain penting untuk pertumbuhan dan pembaikan sel tisu, ia merupakan elemen penting bagi merawat selesema serta pada masa sama mampu mengurangkan risiko beberapa penyakit kanser.

Menurut pakar pemakanan, Nurul Aziah Musa masalah tekanan (stress) yang biasa dihadapi golongan urban merupakan punca kekurangan nutrien, khususnya vitamin C.
 

Allah bagi apa yang kita perlu, bukannya apa yang kita mahu!

Allah bagi apa yang kita perlu, bukannya apa yang kita mahu.

Ramai kawan saya yang kata, kalau nak murah rezeki ;
  • selalu la bersedekah
  • amal la solat sunat dhuha
  • hafal dan selalu la baca surah al-Waqiah.
Lepas tu, tak berapa lama, muka mereka ni muram.
Katanya rezeki tak masuk, susah la, dah buat semua tu tapi takde pun rezeki bertambah…?
rezeki 

Resepi Kerabu Tomato Ikan Bilis

Kalau rasa kebuntuan bolehlah cuba resepi Kerabu tomato ikan bilis ni sebagai lauk sampingan.Ratah pun sodap, makan ngan nasi putih lauk ikan goreng pun sodap.Saya sekeluarga makan ngan Nasi Tomato...hurmm.enak tak terkata...Resepi pernah meletop seantero maya suatu ketika dulu..saya sndri pun dah banyak kali mencubanya..rupa2 tiada resepi dalam simpanan TMK sebab buat jaman dolu lagi time baru celik IT br kenal perkataan sign in kat myR nun...bila semak laporan..adoyai tahun 2009 lagi ngupernyer...Lama bebenor tuh...Okey jom kite semak resepi...sapa lagi tuan punya resepi ni kalau bukan cikgi Hana nunnn di Kuantan..dolu2 dok Nihon hihihii..

Rasa masam manis yg membuatkan kerabu ni sedap..Masam dari jus limau kasturi dan juga tomato, manis dari gula,pedas dari cili padi...bila makan ada lak unsur crunchy dari ikan bilis goreng dan juga gajus...hurmmm sedapnya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...