Khamis, 30 April 2015

Tanda kita sedang ditipu syaitan

Sepatutnya semakin kita belajar ;
  • kita semakin tawadhu’
  • kita terasa makin jahil
  • kita nampak macam-macam kekurangan diri yang perlu diperbaiki
  • kita rasa cinta pada para ulama
  • kita rasa semangat untuk tambah ibadah
  • hati akan menangis mengenang keadaan ummat
  • kita rasa kasih dan sayang pada saudara-saudara kita yang lain
TAPI, kalau makin kita belajar ;
  • kita makin nampak kesalahan orang lain
  • kita rasa diri kita lebih baik
  • kita rasa kita saja yang betul
  • kita sukar sekali nak sangka baik pada orang lain
  • dalam hati kita timbul perasaan benci, menyampah dengan orang lain
Awas! Hati-hati lah…


Lihat Gambar Kota Mekah Dari Dulu Hingga Sekarang

Bagaimanakah saiz dan rupa masjidil haram berubah dari tahun 1840 sehingga sekarang. Banyak sebenarnya dan perbezaan saiz kompleks ibadah ini memang menakjubkan. Cuba lihat rekaan sekarang dengan rekaan akhir yang bakal siap pada tahun 2020.
 

MENYERAMKAN LEMBAGA RAKSASA MUNCUL DALAM LETUSAN GUNUNG DI CHILI

11137162_10152734560327102_1770884943442230217_n
MENYERAMKAN LEMBAGA RAKSASA MUNCUL DALAM LETUSAN GUNUNG DI CHILI | Mengerikan ,apabila satu lembaga seperti raksasa muncul dalam salah satu letusan gunung di chili,Letusan gunung berapi Calbuco di Chili menyisakan sebuah misteri. Sebuah gambar berbentuk manusia raksasa beredar luas di dunia maya.

‘Manusia awan’ raksasa ini di langit ini muncul dari asap dan debu yang menyertai letusan gunung Calbuco.
Beberapa orang meyakini, penampakan awan mirip muka ini merupakan pertanda mistis dari Tuhan. Terutama setelah gunung itu meletus pada Rabu pekan lalu, atau pertama kalinya sejak 4 dekade terakhir.
Mengutip laman mirror.co.uk, awan dan debu tersebut terhempas 12 mil ke udara dan mengundang perhatian masyarakat setempat.
 

Peraturan Cermin Gelap JPJ (Tinted Kereta), Nombor Plat JPJ, Lampu HID Bermula 1 Mei 2015. Berjaga-jaga!

Peraturan Cermin Gelap JPJ (Tinted Kereta), Nombor Plat JPJ, Lampu HID Bermula 1 Mei 2015 terbaru. Berjaga-jaga! Pejam celik pejam celik, akhirnya Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) bakal mengotakan janjinya untuk mula menguatkuasakan peraturan cermin gelap JPJ (tinted kereta) selepas 6 bulan ditangguhkan sebelum ini kepada pemilik kereta di Malaysia bagi memberikan masa yang secukupnya kepada pemilik kenderaan, terutamanya kepada kenderaan import untuk mendapatkan gantian cermin kenderaan masing-masing.
cermin gelap

Sepatutnya peraturan cermin gelap JPJ (tinted kereta) bermula pada November 2014 tetapi dikritik hebat oleh rakyat malaysia.

Petinju yang Pernah Mengalahkan Tyson Masuk Islam Ketika Dengar Azan

danny-williams
MUNGKIN tidak banyak yang mengenal Williams diatas arena tinju. Namun, lelaki kelahiran Kota London tarikh 13 Julai 1973 ini pernah mengalahkan Mike Tyson pada 31 Julai 2004. Ketika itu, Williams yang tidak lah kuat untuk memukul KO Mike Tyson, sang legenda tinju dunia pada pusingan keempat.

Padahal, dalam pertandingan yang diadakan di Freedom Hall State Fairground, Louisville, Kentucky, Williams tidak lah kuat. Sementara itu, banyak pihak yang mengunggulkan si 'Leher Beton'. Namun, kenyataan yang terjadi sebaliknya. Tyson, yang sempat mendominasi pembukaan dua pusingan dalam pertandingan comeback-nya ke dunia tinju, secara mengejutkan berjaya dikalahkan di pusingan ke-4.
 

Selasa, 28 April 2015

Perbezaan Makanan Hospital Mengikut Negara


Setiap negara mempunyai ciri-ciri dan kelainan tersendiri walau dari segi apapun. Tak kiralah dari segi budaya, cara hidup, pemakanan dan sebagainya.

Semakin jauh kita merantau semakin banyak pengalaman yang ditimba. Salah satu yang paling menarik untuk diterokai adalah tentang makan.

Ramai orang mampu menikmati makanan dan masakan terbaik dari restoran terkemuka di dunia namun tidak ramai yang dapat merasai makanan yang dihidangkan di hospital kecuali untuk pesakit.

Jadi, cuba kita lihat perbezaan makanan-makanan hospital dari seluruh dunia. Agak-agak sedap ke tak ye?

Bagaimana Boleh Hilangnya Ketenangan Hati


Mencari Ketenangan Hati

Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari hatilah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia.

ubat-hati
Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Perkara Yang Di Sukai Wanita Tapi Di Benci Lelaki

ll 
Kadang-kadang banyak wanita di luar sana tak tahu, perkara yang lelaki benci tentang wanita. Hal ini boleh menyebabkan hubungan anda tidak kekal lama dan berpanjangngan, oleh itu setiap wanita yang bercinta hendaklah mengetahui perkara yang pasangannya tidak suka. Ini adalah antara lima perkara yang boleh dikongsikan.

Isnin, 27 April 2015

Mengapa Kita Sering Gagal?

mengapa sering gagal
Kita semua pernah mengalami kegagalan. Tidak kiralah dalam apa jua situasi. Kita semua juga banyak kekurangan dan kelemahan.

Sekiranya kita sedang gagal, jangan lah berasa terlalu kecewa dan bersedih terlalu lama. Sebaliknya bangkitlah. Kegagalan itu adalah ujian buat kita semua.

Jom kami kongsikan bagaimana untuk kita menjadi orang yang berjaya.

Tolong jangan perasan bagus yer

Tolong jangan perasan bagus yer
Kita masuk syurga bukan sebab amal ibadah dan kebaikan kita. Tapi sebab RAHMAT dan kasih sayang Allah semata-mata.

Jadi, usah sesekali kita rasa diri kita BAGUS!

Baik macammanapun kita, bagus macammana pun kita, pemurah macammanapun kita, alim (banyak ilmu) macammanapun kita, ibadah banyak manapun kita, ia bukan jaminan kita jadi ahli syurga.

Tanpa kasihan belas dan rahmat Allah, semua itu tak ada apa-apa makna.

Justeru, jangan perasan diri kita baik. Jangan perasan diri kita bagus, ‘alim, pemurah, banyak ibadah.
Apatah lagi jangan sesekali pandang orang lain lebih rendah dan kurang daripada kita.

perasan bagus
Mungkin orang lain nampak bodoh, orang lain nampak selekeh, selebet… orang lain nampak tak banyak manapun amal ibadahnya. Orang lain nampak serba serbi kurang… Tapi hati mereka tulus, suci, bersih dari sifat-sifat yang tak baik. Barangkali Allah suka dengan hati dan sikap yang lebih bersifat HAMBA itu.
 

Ahad, 26 April 2015

Renungan

Foto Apple Merah.


Mari sama-sama kita amalkannya.. surah at Taubah ayat 128 & 129

Foto Maziah Sidek.

Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x yang diulang sesudah solat fardhu, maka:


Trend Perkahwinan Melayu 'Moden' Yang Menjengkelkan

Gua nak habaq mai sebagai seorang bujang terang tang tang ni yang majlis kahwin orang Melayu laa ni sikit punya trendy. Dia macam satu jenis hipster ar ngan hashtag #tilljannah semua bagai ar kalo nak kahwin ni nak habaq mai. Transformasi majlis perkahwinan budaya Melayu ni dapat lar kita tengok dengan perkembangan pesat medium-medium media sosial ni.
Pokoknya, memang nak kahwin ni, kena ikut trend tekini. Mesti mau INSTAGRAM, PINTEREST, TUMBLR, ETSY, ONCE WED semua bagai ar.  Jom kita tengok apa dia  benda-benda yang trendy dalam “transformasi” Majlis Perkahwinan Melayu yang ala-ala hipster zaman sekarang ni bak kata hipster-hipster kaki kahwin ni, “to f*** halal way”:
 

Gambar Mangsa Gempa Bumi Nepal Terus Meningkat Kepada Lebih 1,800 Kematian

Kerajaan Nepal telah mengisytiharkan darurat setelah gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter melanda negara tersebut.

Kementerian Dalam Negeri Nepal meletakkan angka kematian pada 1,805, dengan kira-kira 4,700 mangsa cedera.

Sekurang-kurangnya 300 terbunuh di ibu negara, sebuah bandar kira-kira 1 juta orang penduduk di mana rumah mereka sudah usang dan terletak dalam keadaan berhimpit.

Menurut pihak polis, seramai hampir 1,800 orang yang dikenal pasti terkorban dalam gempa bumi yang menggegarkan kawasan di 80 km arah timur Pokhara, kira-kira pertengahan jalan antara bandar tersebut dengan bandar Kathmandu.

 

Gempa bumi turut memusnahkan bangunan bersejarah, Kuil Warisan Dunia UNESCO di Basantapur Durbar Square. -foto AFP


Info- Bahaya Minuman Tenaga

 minuman tenaga
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, penjualan minuman tenaga yang mengandungi gula dan kafein wajar dihentikan kerana produk tersebut boleh mengundang bahaya kepada kesihatan kanak-kanak dan golongan belia. 

Menurut laporan portal Mail Online, berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Pejabat WHO di Eropah, peraturan itu perlu dilaksanakan segera memandangkan dua pertiga daripada individu berusia 10 hingga 18 tahun sering mengambil minuman tenaga seperti Redbull dan Monster.

Ketua kajian, Dr. Joao Breda dalam penulisannya berkata, kanak-kanak dan remaja yang mengambil minuman tenaga mengandungi kafein, tinggi berisiko mengalami kesan buruk terhadap kesihatan dan perkembangan tubuh.

Khamis, 23 April 2015

Ujian Daripada Allah

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Ujian
Ujian
Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?

Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Punca Kulit Muka Berminyak Berlebihan


BERMINYAK 
Kulit muka adalah bahagian yang paling sensitif yang ada pada tubuh badan kita. Kalau tak kena dengan gaya, kulit muka akan menjadi tidak sihat, berminyak dan berjerawat. Oleh itu, kita hendaklah jaga kulit muka kita dengan rapa dan teratur. Apapun, kita hendaklah ketahui punca-punca kenapa benda itu semua terjadi pada kulit muka kita.
 
Untuk kali ini, EM ingin kongsikan punca kulit muka berminyak berlebihan. Kadar minyak itu perlu untuk memberi kelembapan pada kulit, tapi kalau berlebihan, ianya sudah tidak normal dan mengundang jerawat untuk tumbuh pada muka. Sebelum kita merawat, mari kita ketahu puncanya terlebih dahulu.
 
PUNCA KULIT MUKA BERMINYAK BERLEBIHAN
 

Kisah di sebalik Doa-doa di dalam Al-Qur'an

across the split ocean wallpaper
1 - Doa Nabi Adam a.s dan Hawa setelah menyesal dan bertaubat dari kesilapan memakan buah dari pohon yang telah dilarang oleh Allah S.w.t.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Di dalam al-Qur'an menyebutkannya;

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi." [Surah Al-A'raf : 23]

Resepi Ayam Masak Kari Hijau

Bahan-bahannya:
1/4 ekor ayam - yang sederhana besar
1 cawan santan pekat
2 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula halus
1.5 liter air
1 biji tomato dibelah 4
sedikit minyak untuk menumis
 

Rabu, 22 April 2015

Info -Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta:

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pemilihan warna sesebuah kereta kini amat penting. Maka tidak hairanlah terdapatnya pelbagai warna ditawarkan oleh pihak pengeluar untuk menarik perhatian pembeli.

Bukan sekadar warna, jenis cat yang digunakan juga memainkan peranan yang penting dalam menepati kehendak dan citarasa.

Ini adalah kerana perbezaan jenis-jenis cat ini mampu menukar penampilan dan menyerlahkan sesebuah kereta. Ianya juga menjadi perbandingan ketara bagi kenderaan biasa dengan yang mewah. Oleh itu setiap jenis cat yang digunakan juga mempengaruhi status dan harga sesebuah kereta.

Kini terdapat empat jenis cat untuk kenderaaan yang paling biasa digunakan. Jom kita kenalinya satu persatu:
 

Tip Elak Mudah Jatuh Cinta Buat Wanita

Wanita secara lahiriah adalah manusia yang suka dilindungi dan tidak boleh dibiar sunyi. Jika ada lelaki yang melayan mereka penuh tertib dan hormat, peratus untuk mereka jatuh hati adalah tinggi. Ketahui cara untuk mengawal rasa diri agar tidak terlalu mudah jatuh kasih dan menghargai cinta sejati.

Tips Cinta
Ambil masa
Wanita yang baru putus cinta lebih mudah untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidup mereka seterusnya, dan ini dipanggil hubungan rebound. Apa kata anda ambil masa untuk merawat luka yang ada. Jangan terlalu cepat menganggap lelaki yang baik kepada anda itu adalah ‘The One’. Anda bisa buat keputusan yang salah dek terlalu cepat ingin menggantikan kekasih yang hilang tanpa berfikir panjang.
 

Selasa, 21 April 2015

Lelaki Ini Mencipta Sandal yang Boleh Membesar untuk Membantu Jutaan Kanak-kanak Miskin

Kita mungkin mempunyai lebih daripada 1 kasut. Ada yang digunakan khas untuk bersukan, kasut formal untuk ke tempat kerja, kasut riadah dan lain-lain lagi. Tapi tahukah anda, terdapat lebih 300 Juta kanak-kanak miskin di dunia yang tidak mempunyai sepasang kasut pon. Sedar dengan masalah itu, Kenton Lee telah mancipta sejenis kasut yang unik dapat membesar hingga 5 saiz supaya ia boleh digunakan dengan lebih lama lagi.

adjustable-sandal-poor-children-the-shoe-that-grows-kenton-lee-1 
 

Tips Sederhana Tingkatkan Kepercayaan Diri

Pernahkah Anda merasakan kehilangan kepercayaan diri? Kadang tanpa disadari kita cenderung tidak percaya diri jika menghadapi masalah. Tidak percaya diri bertemu dengan seseorang yang kaya, cantik atau bagi wanita tidak percaya diri dengan penampilannya dan akibatnya ketidakpercayaan pada diri sendiri dapat memberi kesan kepada hal-hal lainnya seperti dalam bekerja atau bersoialisasi dengan masyarakat.

Banyak faktor yang menyebabkan hilangnya kepercayaan diri dimana faktor masa lalu yang biasanya menjadi penyebab. Kebiasaan tidak mendapat pujian pada masa lalu atau ketika kita masih anak-anak dapat menimbulkan kurangnya kepercayaan diri yang akan terus terbawa hingga dewasa. Kurangnya sokongan orang tua dalam mendukung keinginan positif anak dan yang lebih krusial adalah faktor ekonomi.


Mereka yang biasa hidup sederhana atau jika tidak disebut miskin paling rentan terhadap masalah keprcayaan diri ini. Tak dipungkiri faktor ini paling menyebabkan semakin hilangnya kepercayaan diri seseorang. Contoh saja jika kita sedang memegang atau mempunyai uang banyak rasa percaya diri muncul begitu besarnya. Mau apapun seolah oke saja. Bertemu cewek oke juga, atau apapun kegiatanya jika ada uang kita sangat siap dan percaya diri menghadapi apapun. Uang telah membuat kita begitu percaya akan diri sendiri.

Kisah wanita hebat di zaman Rasulullah

Pernah tak anda dengar kisah seorang sahabiah, bernama ZINNIRAH radhiallahu’anha?

Saya suka sangat nama Zinnirah. Kalau dapat anak perempuan, boleh la letak nama anak dengan nama ni…
Kepada yang tak pernah dengar atau terbaca kisah Zinnirah, jemput baca tulisan dibawah :

Zinnirah – muslimah sejati
zinnirah
gambar sekadar hiasan
Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya.

Resipi Talam Pisang Sedap

5 bintang utk resepi ni....mmg tip top..kwn2 yg rasa pon makan sambil pejam mata cakap mmmm sedapnya!
 


Kuih Talam Pisang.(sy  guna loyang 4 segi  10x10 inci)




Isnin, 20 April 2015

Alasan Kurma Bagus Untuk Berbuka Puasa

 
Kurma identik sebagai makanan manis untuk berbuka puasa. Tak hanya manis rasanya, tapi memiliki gizi yang baik dibanding manisan buah kering lainnya. Kebiasaan mengonsumsi makanan manis saat berbuka puasa juga merupakan salah satu kebiasaan yang dilakukan para nabi. Bahkan kebiasan itu telah menjadi sunnah rasul.

Seperti dikutip dari laman Glamour.com, rasa manis buah kurma tidak seperti buah kering lainnya. Rasa manis dan masyirnya yang mudah meleleh di lidah memiliki banyak manfaat bagi kesehatan, terutama saat dikonsumsi untuk berbuka puasa. Mengapa? Sifatnya yang mudah meleleh membuat kurma mudah dicerna. Hal ini tepat dikonsumsi saat buka puasa karena organ pencernaan, khususnya lambung membutuhkan makanan lembut setelah sehari tak tersentuh makanan. 

Resepi - Sambal Ikan Masin


Sambal Ikan Masin

Penambah selera nasi putih, Sambal Ikan Masin. Tidak kira orang dewasa mahu pun kanak-kanak, sambal yang dihidangkan pasti membuka selera lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama keluarga. Lebih enak jika dimasak sendiri di rumah. Selamat menjamu selera.


Tabiat Biasa Yang Boleh Cemar Makanan, Silap Silap Bawa Maut!

ahun ini Food Safety atau “Keselamatan Makanan” dipilih oleh Pertubuhan Makanan Sedunia (WHO) untuk dijadikan tema Hari Kesihatan Sedunia.

Setiap tema yang diangkat oleh WHO merupakan isu kesihatan sejagat yang perlu diberi perhatian, sekaligus menandakan masyarakat dunia semakin perlu hati-hati dalam memilih makanan yang bakal masuk ke perut mereka dan keluarga.

Adakah ini petanda semakin banyak makanan ‘tidak selamat’ terhidang di rak kedai menanti masa menemui pengguna?


Benar terdapat banyak kes melibatkan makanan luar seperti makanan dalam tin atau dimasak penjaja yang mempunyai isu melibatkan kes keracunan namun perkara asas yang perlu diketahui adalah memastikan keselamatan makanan bermula dari diri anda sendiri.

Hal ini kerana kesilapan kecil boleh membawa kepada tragedi melibatkan makanan.

salmonella_food_blog 

Ahad, 19 April 2015

Jom Audit Solat Kita

 solat-di-mana-mana

Tanyakan pada diri kita, bagaimana fikiran, perasaan dan rasa hati semasa mengerjakan solat?

Adakah fokus kita tertumpu sepenuhnya kepada Allah? Atau hati masih liar, fikiran masih merawang dan perasaan masih kacau semasa mendirikan solat?

Bagaimana pula soal penghayatannya?

Adakah kita dapat merasai apa yang telah kita fahami itu? Semasa mengucapkan bacaan-bacaan dalam solat itu adakah kita lakukan dengan sedar?

Atau hanya sekadar ucapan biasa yang tidak membawa apa-apa makna dan rasa?
“Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah al-Mu’minun 23: 1-2]
.

Kelebihan Puasa Bulan Rejab 2015

Alhamdulillah jika kita dipanjangkan usia......maka  20 April  Mei merupakan bermulanya 1 rejab dalam kalendar islam. Berikut adalah panduan doa di bulan rejab dan kelebihan bulan Rejab.

Kelebihan Berpuasa di Bulan Rejab

Riwayat Al-Thbrani dr Said b Rsyid
“Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rejab, ia seperti melaksana puasa setahun,bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, apabila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, apabila berpuasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya.”

Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.

Wanita Single Anda Perlu Lakukan Ini

qa

8 perkara yang membuatkan zaman bujang anda penuh indah dan bermakna.

 “Aku bosan!!” jerit Ifti Liyana tiba-tiba, apabila mengenangkan nasibnya yang sudah lama membujang. – petikan dari Filem Manisnya Cinta di Cappadocia.

TIdak dinafikan, hidup bujang ni memang kadang kala membosankan, terutama buat si gadis yang bertahun-tahun setia menunggu putera pujaan datang masuk meminang. Sunyi. Lagi-lagi disaat kawan-kawan yang lain semua sudah berkahwin, kita tinggal seorang diri. Tambah ‘stress’ lagi bila di ‘wall’ Facebook kita penuh dengan gambar-gambar kawan yang teruja berkongsi kebahagiaan hidup berumah tangga. Yang sudah ada anak, teruja mengemaskini perkembangan anak-anak pula. Kita? Akan jadi orang pertama yang ‘like’ gambar atau post itu walaupun pedih dan perit dihati #dramasangat.

Saat itulah emosi negatif datang. Rasa seperti diri tiada siapa yang mahu, diri terasa terasing, dunia terasa kelam, sunyi, gelap, kosong. (Kalau anda terkena symptom-symptom seperti ini, cepat-cepat tutup laptop atau hp, ambil al-Quran dan BACA. Anda di ZON BAHAYA).


Iblis akan berjaya Menyesatkan seluruh manusia kecuali Satu Golongan

Jalan Sesat
"(Iblis) berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka." [Surah al-Hijr : 39 - 40]
Allah menceritakan perihal iblis dan pembangkangan serta keangkuhannya, bahawa dia berkata kepada Tuhannya;
بِمَا أَغْوَيْتَنِي
"...... oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat......." [Al-Hijr : 39]
 

Tips - Cara Bersihkan Perabot Antik


Cara Bersihkan Perabot Antik

Sebagaimana perabot atau kemasan lain di dalam rumah, perabot kayu dan antik juga sentiasa terdedah kepada kotoran seperti debu, habuk dan sawang. Justeru, jika anda ingin atau mempunyai perabot kayu dan antik, anda perlu mengetahui langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan ia sentiasa bersih dan dijaga dengan baik.
 

Jumaat, 17 April 2015

Resepi Mudah - Puding Roti Pandan [Tanpa Telur]

Resepi :

3 keping roti gardenia * (x perlu buang kulit)
1/2 cawan santan kara *
1 cawan air *
1/2 sudu kecil pandan paste *

Caranya : Blend semua bahan ini sehingga hancur dan ketepikan.

1 sudu kecil serbuk agar-agar
1 1/2 cawan air
Gula secukup rasa.

Dalam periuk, masukkan air dan serbuk agar--agar.Sebatikan. Apabila sudah mendidih, masukkan semua bahan yang diblend tadi, kacau, dan masukkan gula. Sebatikan. Apabila sudah mendidih,tutup api dan tuangkan ke dalam loyang yang bersesuaian. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.


                                            Selamat Mencuba !!! 
 

Info- Jenis Makanan Elak Kanser Payudara

Penyakit kanser payudara kini semakin meningkat di kalangan wanita. Ia dihidapi tanpa mengenal usia. Penyakit kanser payudara biasanya dikesan denan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil Cyst atau Fibroid.

Bagi mengelakkan risiko penyakit kanser payudara ini menjaga pemakanan yang betul adalah salah satu caranya.

Berikut adalah 5 jenis makanan yang boleh membantu mengelakkan risiko kanser payudara :

1. Sayur-sayuran berjenis cruciferous
Brokoli, kobis bunga, kobis cina, dan kobis merupakan sayuran cruciferous yang kaya dengan bahan-bahan anti-kanser. Sayuran jenis cruciferous mengandungi fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel kanser serta menahan sepenuhnya dari ia terjadi. Makan sayuran jenis cruciferous dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia juga dapat membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.

Perlukah Pakai Stokin Ketika Berpantang? Ketahui Jawapan Dari Sudut Saintifik.


 Pakai Stokin Ketika Berpantang
Tahniah kerana anda telah selamat melahirkan anak. Setelah bertungkus-lumus bersabung nyawa di bilik pembedahan, akhirnya impian anda untuk melahirkan anak tertunai jua. Tetapi di dalam kegembiraan ini, masuklah pula fasa berpantang; dan salah satu daripada keutamaan ketika berpantang adalah dengan memakai stokin. Perlu ke sebenarnya pakai stokin ketika berpantang ni? Kenapa mesti pakai stokin semasa berpantang? Apa faedahnya?

Khamis, 16 April 2015

Amalan Untuk Menjaga Diri Dari Kejahatan Syaitan ~


Baca 10 kali doa atau lafaz ini.... Hadirkan dalam hati maksudnya . Baca dengan penuh penghayatan , mohon sungguh sungguh kepada Allah perlindungannya, dari gangguan syaitan.Lafaznya ialah :-
 
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم   


Auzubillah Minashaiton Nirajeem
"Aku berlindung kepada Allah dari syaithan yg terkutuk".

Baca lafaznya yang dalam bahasa arab , kemudian hadirkan maksudnya kedalam hati , satu per satu . 


Tips ini saya dapat dari pemanggil bertuah yang dapat menghubungi Ustaz Fathuri,penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki. 
 myworknowledge.blogspot.c

Cara untuk meraih ketenangan jiwa yang hakiki

Semasa kuliah di Cyberjaya baru-baru ni, ada seorang hamba Allah datang bertemu saya, dia salam, cium tangan dan minta maaf banyak-banyak.

Kemudian dia beritahu saya kenapa dia minta maaf. Katanya dia pernah bertanya soalan pada saya (tak pasti samada di inbox facebook atau di whatsapp), tapi tiada respon dari saya menyebabkan dia “bersangka buruk” pada saya.

Dia rasa bersalah atas “dosa” tu dan hadir pada kuliah saya untuk meminta maaf.

Saya katakan padanya bahawa saya tiada dendam pada sesiapa pun dan saya maafkan semua orang sebelum saya tidur. Saya mohon Allah ampun dan maafkan semua orang Islam sebelum saya tidur.
ketenangan jiwa 

DANDANAN YANG DIHARAMKAN UNTUK MUSLIMAH ISLAM

J
6 DANDANAN YANG DIHARAMKAN UNTUK MUSLIMAH ISLAM | Tidak semua dandanan dan hiasan bagi suami itu halal, ada cara dandan yang haram dan bertentangan dengan Islam. Misalnya mengikuti cara berpakaian wanita kafir yang tidak pernas solat, wudhu, dan tidak menjalankan hukum syariat.

Wanita muslimah yang menghormati dirinya sendiri pasti takkan sudi menyerupai wanita-wanita kafir dan fasik. Dia akan konsisten menjaga agama dan dirinya yang telah dimuliakan oleh Islam. Wanita muslimah wajahnya akan kelihatan bersinar dengan air wuduk yang digunakannya untuk beribadah.

Oleh kerana itu, dia akan memilih dandanan dengan hiasan yang dibolehkan dan sesuai dengan sosoknya sebagai seorang muslimah.

Cara Paling Cool Untuk Balas Dendam Pada Teman Lelaki Yang Curang

curang 1
Kita ni punyalah setia macam nak mati dekat dia. Siang malam pun hanya fikir dan menyulam impian nak jadi isteri solehah dan ibu mithali kepada anak-anak dia.

Tapi… Rupa-rupanya dia main kayu tiga belakang korang. Erm.kadang-kadang bukan kayu tiga je, malah berkayu-kayan.
Eh..Melampau kan? Girls, tak perlu nangis-nangis buat video lagu Ombak Rindu bagai! Nah, cuba praktikkan 8 cara cool untuk kenakan teman lelaki korang yang curang tu. Confirm lepasni insaf!


Fakta Menarik Tentang Tidur


1.Perkara yang berlaku ketika tidur: Otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
2. Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:
 bayi: 16 jam
3-18 tahun: 10 jam
19-55: 8 jam
lebih 55: 6 jam
 

Tips perkahwinan UAI - Cara Melamar Perempuan Paling Terbaik


Rabu, 15 April 2015

Resepi Ayam Barbeque Madu Mudah dan Sedap

Resepi Ayam Barbeque Madu Mudah dan Sedap

Bahan-bahan 

1 kilo ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar serbuk jintan kasar (jintan manis)
1 sudu besar serbuk jintan halus (jintan putih)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar madu (kalau takde boleh ganti gula tapi tak sesedap madu)
1 sudu besar kicap pekat (kalau takde kicap biasa pun ok!)
secukup rasa garam


Korang nak kejar apa?

Rasullullah sollallahu’alaihi wasallam bersabda (yang bermaksud) :

“Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah SOLAT nya. Jika amalan solatnya baik, maka dia akan bahagia dan beruntung. Jika amalan solatnya buruk, maka dia termasuk orang-orang yang rugi.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

nak kejar apa
Kenapa kita berkira masa sangat dengan Allah?


Selasa, 14 April 2015

Diari Kehidupan Kekayaan Yang Sebenar dari Ebit Lew

http://profhariz.com/wp-content/uploads/2015/04/Ebit-Lew.jpg
Ebit Lew
Ada seorang kawan letak gambar kereta Ferrari di meja kerjanya dan di dekstop komputernya. Dia letak sebuah gambar Banglo di depan meja kerjanya. Dia tampal gambar duit RM10 juta di depannya.

Dia bagi semangat pada saya supaya berniaga sepertinya dan tampal semua itu juga.

Dia desak dan pujuk saya. Taknak ke semua ini. Saya kata baik semua ni. Bagus kau. Cuma tambah satu jadual ni di meja kau. Ini rahsia yang buat segalanya nikmat dan berkat.

Saya tunjukkan jadual hidup saya padanya yang diberi oleh seorang guru pada saya masa umur saya 12 tahun. Ini jadual lama hidup saya. Guru itu tuliskan untuk saya dulu. Saya simpan sampai hari ni. 

Allah ubah hidup saya asbab amalan masjid. Amalan yang dibuat oleh para sahabah rhum.

Kapten Nilofar Rahmani : Juruterbang Wanita Pertama Afganistan Dalam Masa Tiga Dekad

Respect

Sebelum ini kami paparkan Bripda Nina Oktoviana (22), anggota pasukan komando anti keganasan di Acheh dan Ayesha Farooq (26), juruterbang pesawat tempur di Pakistan. Mereka membuktikan berhijab bukan halangan untuk berbakti di kepada negara. Hari ini mari lihat Kapten Nilofar Rahmani (23) yang merupakan wanita pertama menjadi juruterbang untuk Tentera Udara Afganistan dalam masa 30 tahun. Ketika era pemerintahan kerajaan boneka Soviet dahulu ada wanita dibenarkan bertugas di dalam tentera udara. Tetapi selepas perang meletus golongan wanita terpinggir dan kemudian dihalang bersekolah. 

Nilofar Rahmani ternampak iklan pengambilan juruterbang wanita 5 tahun yang lalu. Bapa beliau mahu menjadi pilot semasa muda tetapi kini sudah tua dan menggalakkan anak perempuan beliau untuk mencuba. Pada tahun 2012 beliau menerima sayap penerbangan dan mencipta sejarah. Sungguhpun begitu keluarga beliau seriang diugut oleh anggota Taliban kerana berani menentang stereotaip wanita tidak boleh menyertai pasukan tentera. Good job!



Tip Kecantikan Dari Rumah Yang Boleh Menjimatkan Wang

Pada masa kini, produk kecantikan boleh dikatakan sebagai keperluan untuk individu-individu yang mementingkan imej dan ketrampilan dari hujung rambut ke hujung kaki, lalu setiap bulan golongan ini berlumba-lumba membeli serum wajah A, krim anti penuaan B atau mungkin tonik rambut C, tidak termasuk rawatan spa terkini; terapi oksigen, rawatan Ultrasonic untuk mata dan wajah serta terapi rawatan laser.

Sesuai dengan fitrah wanita yang sentiasa ingin kelihatan cantik, muda dan tiada cela, ramai yang sanggup berhabis sehingga ribuan ringgit setiap bulan untuk memastikan kemahuan yang satu ini tercapai.

Tetapi, kami disini adalah pejuang Jimat Cermat tegar, ingin berkongsi dengan anda tentang panduan-panduan kecantikan dari bahan yang lebih semulajadi serta murah untuk amalan kecantikan anda.  Teruskan membaca!

Kisah Pak Cik Yahya.. Meskipun Susah Tidak Meminta-Minta

TERSENTUH hati kami membaca kisah dari seorang lelaki bernama Amer Irham tentang pengalamannya bertemu dengan seorang pak cik bernama Yahya.

Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang begitula nasib pak cik Yahya.

Meskipun usianya sudah menjangkau usia 56 tahun, namun dia tidak meminta-minta malah dengan kudrat yang ada pak cik Yahya mengagahkan diri untuk menjaja di sekitar kawasan stesen minyak.
11133866_991834854172869_4026938284188903410_n (1) 

Resepi AYAM kukus -SIMPLE & SEDAP


! Ermmm lamanya tak buat ayam kukus ni…. sampai terlupa saya ada menu yang best ni!!! Layan resepi dulu…..


Kekuatan Syukur Kepada Allah Yang Sering Kita Lupakan


http://profhariz.com/wp-content/uploads/2015/04/Bersyukur.jpg
Berapa ramai orang yang membuka mata pada setiap pagi dengan keluh kesah? Kerja, tanggungjawab, hutang, sakit, ini, itu dan semua yang membuatkan ia merasakan “AHHHH” tak kena ! daripada membuka mata, bangun katil sampai baring semula di katil dan pejam mata semula.
Kata seorang bijak, mengeluh itu tanda orang tidak besyukur.
Mungkin kita lupa bahwa dalam Al Quran telah ditulis:
“Jika kamu bersyukur pasti akan aku tambah (nikmat-Ku) untukmu dan jika kamu kufur maka sesungguhnya siksa-Ku amat pedih”
Mengucap syukur. Alhamadulillah itu perkara yang sangat mudah yang selalu kita lupa, hingga nikmat Allah yang banyak sering tertutup dengan keluh kesah kita.


Wanita “CANTIK”, Berapa Harganya?

Wanita CANTIK, Berapa Harganya
Amat disayangkan, beberapa wanita yang katanya:

“CANTIK” Oleh itu menunjukkan auratnya. Bangga boleh dikatakan keseksian, senang dianggap cantik. Merasa gembira jika disukai oleh lelaki.

Isnin, 13 April 2015

Tanda hati sakit, hati sihat dan ubat bagi hati

2 tanda hati yang sihat :
  • giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan.
  • setiap amal ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi.
Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman.
3 tanda hati tengah sakit
  • tidak dapat merasakan manisnya ibadat.
  • tidak tahan berlama-lama dalam melakukan ibadah.
  • sangat seronok melakukan maksiat.
Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaru gatalnya hingga melukai diri sendiri.


"Sendiri"

A user's photo.
 
Pa&Ma
Mama dan papa jangan buat macam ni ya;-)

Kelebihan Surah at-Taubah ayat 128 dan 129.


Buat yg beragama islam, ini sedikit perkongsian. Semoga bermanafaat.
A user's photo.
Anugerah
Amalkan membaca Surah at-Taubah ayat 128 dan 129. Baca sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah,
1) Segala kelemahan anda bertukar kepada kekuatan.
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan.
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan.
4) Terhindar dari dukacita.
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya.


Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...