Setiap
manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau
masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu
berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Ujian
Allah
menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri,
sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana
keimanan kita.
Dan
kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik
kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera
dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan
kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?
Sehingga
kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita,
pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.