Rezeki sedikit atau banyak bukan persoalannya. Yang diutamakan adalah
berkat. Apa guna dapat rezeki banyak tetapi tak berkat. Banyak mana pun
masih tidak mencukupi. Selalu tidak puas hati. Sebaliknya kalau rezeki
itu berkat, biarpun sedikit itu memadai. Apa yang ada diterima penuh
redha dan kesyukuran.
Cuba faham dulu konsep keberkatan, mesti kita tak cepat merungut walau
kadang rezeki cukup-cukup makan saja. Malah rasa lapang dada dengan apa
yang ada.
Adakah rezeki yang kitadapat itu sudah dibersihkan untuk mendapatkan
keberkatannya. Sama-sama dalami tip mendapat keberkatan rezeki...
1. Sedekah
Ini salah satu cara membersihkan rezeki yang diperoleh setiap bulan.
Ringankan tangan menghulurkan sedekah kerana melalui cara itu kita akan
mendapat keberkatan dalam rezeki. Jangan takut berkongsi sebab cara ini
buat rezeki anda lebih cukup, malahan dapat menyimpan walaupun habuan
yang diterima pada setiap bulan itu tidaklah lumayan. Ya, itulah berkat.
2. Ibu dan ayah
Ramai terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Jangan berkira
untuk hulurkan wang saku pada ibu dan ayah setiap bulan. Ingat dan
percayalah, kalau selalu gembirakan kedua orang tuan kita mendapat redha
daripada Allah SWT. Tak payah nak berkira dengan ibu dan ayah,
anggaplah itu pemberian tetap pada setiap bulan yang perlu dilunaskan.
3. Mudahkan urusan orang
Ketika kita senangkan urusan orang lain Allah juga akan membantu
memudahkan segala urusan kita pula. Jangan berat tulang menolong dan
meringankan bebanan orang lain kerana di situ juga akan mendatangkan
keberkatan dalam rezeki yang kita nak dapat.
4. Jangan langgar apa yang haram
Taat perintah Allah dan cuba tinggalkan segala larangan Nya juga. Tak
kiralah dalam punca rezeki atau sebaliknya. Mentaati perintah Allah
adalah kata kunci untuk berjaya di dunia dan juga di akhirat. Kita jaga
solat, rezeki lagi makin mudah. Jangan jadikan sibuk sebagai alasan
untuk buat ibadat.
5. Muliakan anak yatim
Dalam setiap rezeki yang kita peroleh, adanya hak orang lain. Jadi
berikan pada yang benar-benar memerlukan. Muliakan anak yatim dan bantu
mereka akan menjadikan rezeki yang diperoleh walaupun sedikit
insya-Allah akan mencukupi. Jangan beranggapan dengan banyak memberi
akan menjadikan kita kehabisan. Sebenarnya lagi banyak kita memberikan
selagi itu Allah SWT akan lipat gandakan rezeki untuk kita.
6. Ada rezeki lebih, dahulukan haji dan umrah
Kalau sudah berkemampuan dan sihat tubuh badan lakukanlah haji dan
umrah. Ziarah tempat-tempat suci di Makkah dan Madinah pastinya akan
membuatkan hati bertambah tenang dan mampu beribadat kepada Allah SWT.
Dengan rezeki yang halal pastinya ia akan memberikan ketenangan yang
hakiki kepada diri.
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan