Rabu, 4 November 2015

Senarai Perkara Haram Dalam Amalan Perubatan Tradisional

Senarai Perkara Haram Dalam Amalan Perubatan Tradisional. Dipetik dari FB JAKIM dan Darussyifa' Bandar Sierra, berikut adalah senarai Perkara Haram Dalam Amalan Perubatan Tradisional. Harap dapat disebarkan untuk manfaat bersama dalam menyedarkan masyarakat yang masih bergantung kepada perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa syirik.

Perkara HARAM dalam Amalan Perubatan Tradisional

Amalan perbomohan dalam perubatan tradisional sering kali digunakan oleh masyarakat Islam di Malaysia. Tetapi adakah amalan itu dibenarkan oleh Syarak dan menepati al-Qur'an dan as-Sunnah tidak pernah dipersoalkan. Berikut adalah aktiviti perbomohan atau perubatan tradisional yang tidak mengikut syariat Islam :-




  1. Pengamal menggunakan pertolongan jinn (termasuk jinn Islam) dalam rawatan perubatan.
  2. Pengamal menggunakan amalan sihir, ilmu hitam, silap mata, tukang nujum dan ramalan tapak tangan.
  3. Pengamal mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat.
  4. Pengamal melakukan perkara syirik seperti menyembelih binatang, sembah pantai, buang ancak dan lain-lain.
  5. Pengamal menggunakan bacaan jampi yang tidak difahami.
  6. Pengamal menggunakan tangkal dan azimat yang berupa rajah-rajah atau bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an.
  7. Pengamal membaca al-Qur'an secara terbalik.
  8. Pengamal memberikan syarat kepada pesakit yang bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam seperti pesakit wanita perlu bersendirian dengan pengamal tanpa ditemani oleh sesiapa.
  9. Pengamal mengaitkan amalan perubatannya bersumberkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. dan al-Qur'an tanpa bukti kukuh.
  10. Pengamal menggunakan sihir atau silap mata dalam melakukan pembedahan tanpa rasa sakit walaupun tidak menggunakan ubatan bius (contoh: bedah batin)
Perubatan Tradisional

Bedah batin ( Apa perlu anda tahu ? )

  1. Pengamal mendakwa boleh merawat pelbagai jenis penyakit (seperti masalah jantung, barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit serius) dengan pembedahan yang tidak menyakitkan tanpa menggunakan ubat bius (ubat pelali).
  2. Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakan ilmu hitam, silap mata, perantaraan jinn atau syaitan atau sihir semasa melaksanakan pembedahan.
  3. Pesakit juga ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan disamping bayaran yang mahal.
  4. Tiada bukti kukuh yang mendakwa amalan bedah batin ini berlandaskan al-Qur'an dan Hadith.
 http://www.panduanmalaysia.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...