Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Rabu, 4 November 2015
Senarai Perkara Haram Dalam Amalan Perubatan Tradisional
Senarai Perkara Haram Dalam Amalan Perubatan Tradisional. Dipetik dari FB JAKIM dan Darussyifa' Bandar Sierra, berikut adalah senarai Perkara Haram Dalam Amalan Perubatan Tradisional. Harap dapat disebarkan untuk manfaat bersama dalam menyedarkan masyarakat yang masih
bergantung kepada perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa
syirik.
Perkara HARAM dalam Amalan Perubatan Tradisional
Amalan
perbomohan dalam perubatan tradisional sering kali digunakan oleh
masyarakat Islam di Malaysia. Tetapi adakah amalan itu dibenarkan oleh
Syarak dan menepati al-Qur'an dan as-Sunnah tidak pernah dipersoalkan.
Berikut adalah aktiviti perbomohan atau perubatan tradisional yang tidak
mengikut syariat Islam :-
Pengamal menggunakan pertolongan jinn (termasuk jinn Islam) dalam rawatan perubatan.
Pengamal menggunakan amalan sihir, ilmu hitam, silap mata, tukang nujum dan ramalan tapak tangan.
Pengamal mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat.
Pengamal melakukan perkara syirik seperti menyembelih binatang, sembah pantai, buang ancak dan lain-lain.
Pengamal menggunakan bacaan jampi yang tidak difahami.
Pengamal menggunakan tangkal dan azimat yang berupa rajah-rajah atau bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an.
Pengamal membaca al-Qur'an secara terbalik.
Pengamal
memberikan syarat kepada pesakit yang bercanggah dengan aqidah, syariah
dan akhlak Islam seperti pesakit wanita perlu bersendirian dengan
pengamal tanpa ditemani oleh sesiapa.
Pengamal mengaitkan amalan perubatannya bersumberkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. dan al-Qur'an tanpa bukti kukuh.
Pengamal
menggunakan sihir atau silap mata dalam melakukan pembedahan tanpa rasa
sakit walaupun tidak menggunakan ubatan bius (contoh: bedah batin)
Bedah batin ( Apa perlu anda tahu ? )
Pengamal
mendakwa boleh merawat pelbagai jenis penyakit (seperti masalah
jantung, barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit serius) dengan
pembedahan yang tidak menyakitkan tanpa menggunakan ubat bius (ubat
pelali).
Amalan ini HARAM dilakukan kerana
pengamal mungkin menggunakan ilmu hitam, silap mata, perantaraan jinn
atau syaitan atau sihir semasa melaksanakan pembedahan.
Pesakit juga ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan disamping bayaran yang mahal.
Tiada bukti kukuh yang mendakwa amalan bedah batin ini berlandaskan al-Qur'an dan Hadith.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan