Home Klik Di Bawah

Selasa, 3 November 2015

Kisah Seram LPT2: Disangka Isteri Yang Masuk Dalam Kereta


LPT2 SERAM
Kisah Seram LPT2: Disangka Isteri Yang Masuk Dalam Kereta|

 Mendengar lebuh raya LPT2 sudah tentu kita boleh menebak tempat paling banyak memakan mangsa akibat kemalangan jalan raya

Disitu.Sebelum ini pernah di bongkar oleh beberapa penulis tentang kisah kisah seram yang berlaku di lebuh raya tersebut.begitu juga dengan kami juga sudah tentu tidak akan ketinggalan untuk menguak berbagai misteri kemalangan dan penampakan  dan kejadian kejadian aneh yang berlaku di kawasan tersebut.
Cerita ini adalah benar dan bukan rekaan semata mata.

Menurut salah seorang yang mahu dikenali sebagai Goneng tukang masak beliau dan keluarganya telah pulang dari kuantan melalui LPT 2 untuk menuju ke kuala terengganu.




Pada dalam perjalanan di sekitar LPT 2 dan berhampiran dengan sebuah perhentian rehat di lebuh raya itu anak serta isterinya ingin membuang air kecil.

Lantas beliau pun memberhentikan keretanya disebuah hentian rehat dan beliau serta isteri dan anaknya pun turun untuk membuang air kecil.

Suasana di sekeliling agak sunyi sejuk dan berangin sepoi sepoi serta suasana lampu yang di pasang pun hanya terang samar samar Sehingga membuat kawasan di sekeliling tidak nampak jelas.

Dalam 3 minit kemudian beliau melihat anak perempuannya masuk Kedalam kereta di susuli dengan isterinya,beliau pun terus masuk kedalam tanpa sembarang banyak bicara.kira kira pada masa itu dalam pukul 10.30 malam.

Selepas kereta berjalan beliaupun bertanya kepada isterinya kenapa tak panggil abang tadi? air dalam tandas tu laju x? tanya beliau berulang kali,namun isterinya tidak mejawab sepatah kata pun.

Isterinya duduk membisu yang berada di sebelahnya macam tunggul kayu tidak sedikit pun berpaling padanya,setelah 5 minit mendiamkan diri dalam perjalanan tiba tiba telepon beliau berbunyi dengan no yang amat di kenali.

Lantas beliau menoleh penumpang yang disangka isterinya tadi dan melihat penumpang itu sudah hilang,dalam telpon isteri beliau berkata"bang kenapa tinggalkan kami di sini"

Beliau mengejutkan anaknya yang lain takut dengan apa yang terjadi,sambil mengucap panjang dan mebaca ayat -ayat suci Al-quran kemudian beliau berpatah balik untuk mengambil isteri dan anaknya di perhentian tadi.
 http://eberita.org

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.....Suka dengar cerita seram...tapi hakikatnya penakut juga saya ni...

    BalasPadam