Google+ |
Penglibatan wanita dalam Perang Dunia II
sekitar tahun 1939 hingga 1945 di negara-negara yang terlibat dengan
perang sememamngnya tidak dapat disangkal.
Peranan mereka di sektor perkilangan senjata, oragnisasi awam seperti
kerajaan dan menjadi tulang belakang di sektor ketenteraan adalah
sebahagian sumbangan besar kepada negara-negara yang terlibat dengan
Perang Dunia II.
Wanita sebagai Penembak Tepat Elit
Mereka turut terlibat dalam bidang Sains & Teknologi Ketenteraan
Pada penghujung berakhirnya Perang Dunia II, berdasarkan sumber yang
telah direkodkan, kira-kira 2 juta golongan wanita telah terlibat dalam
sesebuah negara yang terlibat dengan perang.
Dan tidak hairanlah ada dakwaan yang mengatakan golongan wanita
seringkali ditempatkan di barisan hadapan dan dijadikan mangsa taktikal.
Sekitar tahun 1945 ketika perang hampir sampai ke kemuncaknya,
dicatatkan beratus ribu wanita mneawarkan diri untuk berkhidmat di
sektor ketenteraan samada sebagai jururawat dan penjaga unit pertahanan.
Manakala semasa perang di Soviet, kira-kira 800,000 orang wanita telah
melibatkan diri sepenuhnya sebagai tentera dan turut bersama tentera
lelaki di medan pertempuran.
Di Russia, selain melibatkan diri di medan pertempuran, mereka (wanita)
banyak terlibat dengan sektor industri yang menyumbang kepada teknologi
ketenteraan.
Kebanyakan wanita di sana banyak mengikuti program R&D dalam teknologi baru ketenteraan.
Mereka secara tidak langsung banyak bekerja di kilang-kilang yang
menghasilkan kereta kebal, teknologi senjata dan pesawat tempur. Dan ada
sebilangan mereka memegang jawatan tertinggi dalam ketenteraan.
Penglibatan wanita sememangnya tidak asing lagi bukan sahaja sebagai
jururawat dan operator perhubungan tetapi secara sukarela menawarkan
diri untuk terlibat sama ketika pertempuran dengan pihak musuh.
Di Amerika dan Britain, peranana wanita dalam ketenteraan tidak kurang
hebatnya, kerana mereka kebanyakannya banyak terlibat dengan sektor
perhubungan & komunikasi, serta penerbangan.
Tetapi ia tidak setanding dengan semangat ketenteraan yang dipamerkan
oleh kaum wanita di sekitar negara Eropah lain. -HarianBlogger.Com
Di Sektor Perkilangan Dalam Menghasilkan Senjata
Adolf Hitler Sebagai Pemimpin Empayar Nazi 1933-1945 Turut Mengiktiraf Wanita Dalam Bidang Ketenteraan
Sebilangan Wanita Ditempatkan Di Pos Kawalan Dan Unit Pertahanan
Wanita Berperanan Besar Dalam Menghasilkan Poster dan Slogan Propaganda
Ketika Menjalani Latihan Peperangan
Berperanan Besar Dalam Mengendalikan Alat Telekomunikasi Dan Perhubungan
pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan