Rabu, 28 Oktober 2015

CERPEN : TERIMA SEADANYA (BAH- 2)


 
LIMA

DAFFA membawa Fina ke taman di KLCC. Mereka duduk di tempat yang tidak ramai orang.

“Fina..mana Fina pergi selama ni.”tegas suara Daffa.

Fina masih berdiam diri. “Fina..along tanya ni tak tahu jawab ke. Susah sangat nak jawab pertanyaan along”marah Daffa.

“Fina..cuba cakap dengan along. Mana Fina pergi selama ini. Dan sekarang macam mana Fina boleh jadi macam ni. Cerita dengan along Fina. Bagi tahu along semuanya apa yang jadi kat Fina”lembut Daffa memujuk.

“Alonggg”Fina menyembamkan mukanya ke dada Daffa. Dia sangat rindukan Daffa. Rindukan keluarganya. Air mata diseka lembut oleh Daffa.

“Jangan nangis. Cepat bagi tahu along apa yang jadi selama ni”Daffa mengusap kepala adiknya yang ditutupi oleh tudung.
 

Fina menceritakan semuanya kepada Daffa tentang apa yang terjadi kepadanya semasa di Moscow dan sebab kenapa dia ingin membatalkannya. Fina juga memberitahu tentang apa yang terjadi di antara dia dengan Daliya.

Daffa menggeleng kepala. “Jadi Liya dah tahu Fina ada kat sini”tanya Daffa.
Fina mengangguk. “Fina pulang ke Malaysia selepas setahun duduk di Moscow. Fina tak berani nak jumpa dengan mama, papa dan along. Apa lagi selepas Fina jumpa dengan angah. Angah marah sangat dengan Fina. Dia kata Fina dah kecewakan mama, papa, along dan Adam.”

“Angah tak nak mengaku Fina ni adik dia along. Angah tampar Fina. Fina tahu angah marah sangat dekat Fina. Disebabkan inilaah Fina takut nak balik rumah jumpa dengan keluarga Fina yang lain. Fina tak boleh bayangkan reaksi mama dan papa apabila jumpa dengan Fina. Fina juga bayangkan kalau Fina jumpa dengan along, along akan belasah Fina cukup-cukup. Fina takut along” luah Fina. Dia menangis teresak-esak. Basah lencun muka Fina dengan air matanya. Mukanya disembamkan ke dada Daffa.

“Fina sudahlah tu menangis. Habis dah baju along basah. Kalau perah boleh dapat satu baldi agaknya”usik Daffa. Fina tersenyum dengan usikan Daffa.

“Agaklah..satu gelas pun tak cukup rasanya”kata Fina.

“Along..Fina nak tanya sesuatu boleh”Daffa mengangguk. Apabila dia perasan yang Fina masih berdiam diri selepas itu barulah dia perasan. Fina mana mungin dapat melihat anggukannya.

“Tanyalah”

“Along masih berkawan dengan abang Adam”teragak-agak Fina bertanya.

“Aaah..along dengan Adam masih berkawan. Keluarga kita dengan keluarga Adam masih rapat seperti dulu. Keluarga Adam tak pernah menyalahakan Fina dengan apa yang Fina lakukan. Mungkin mereka sedikit kecewa tapi mereka cakap mungkin Fina lakukan bersebab. Cuma, keluarga kita yang lagi yang masih marah dengan Fina. Mama dan papa tidak suka kalau along cakap pasal Fina. Mereka tidak suka dengar”beritahu Daffa. Dia yakin Fina pasti sedih mendengarkan apa yang dikatakannya.

Bahu adiknya dipeluk mesra. “Fina jangan risau nanti along tolong macam mana Fina boleh diterima oleh family kita semula okay.
Fina mengangguk. “Tapi buat masa sekarang Fina tak nak jumpa dengan mereka lagi. Along tolong jangan beritahu sekarang boleh” pinta Fina.

“Tapi kenapa. Lagi cepat kan lagi bagus”soal Daffa.

“Fina tak sedia lagi jumpa mereka.  Nanti bila dah sedia baru Fina bagi tahu along”


ENAM

SEUSAI solat maghrib, menghempaskan badannya ke atas katil bujang. Malam itu tidak ada aktiviti yang boleh dilakukan olehnya. Katil empuk bercadar ungu lembut yang bercorak bunga-bunga kecil berwarna ungu pekat. Cadar katil ini yang dipilih oleh Mia. Katanya cantik. Lagi pun memang Fina sukakan warna ungu. Fina berkongsi bilik dengan Mia.

Mia yang menghias bilik mereka dengan pelbagai perabot. Mia memberitahunya bahawa dia mempunyai cadar katil yang berwarna biru. Mia dengan warna biru memang tidak boleh dipisahkan. Begitu jugalah dengan Fina. Tidak boleh dipisahkan dengan warna ungu. Tetapi sekarang dia tidak kisah dengan apa sahaja warna. Bukannya boleh tengok pun tetapi Mia tetap berkeras mahukan warna ungu untuk Fina. Katanya mungkin satu hari nanti dia dapat tengok cara Mia menghias bilik mereka.

“Fina kau dah nak tidur ke”tanya Mia apabila melihat Fina yang sudah berbaring di atas katil.

“Tak adalah. Kenapa”soal Fina pula.

“Eh..hari tu kan masa along kau hantar kau balik aku perasan along kau naik kereta Ferrari. Aku rasa dia ada juga dekat Secret Recipe hari tu”Mia teringatkan kereta Ferrari yang dilihatkan di hadapan kedai Secret Receipe. Fina dihantar pulang oleh alongnya dengan menaiki kereta Ferrari berwarna putih. 

“Ye ke..mana aku tahu. Aku tak nampak”seloroh Fina. Bunyi mesej di telefon bimbit Mia membuatkan Fina dan Mia terdiam. Mia keluar bilik menuju ke pintu rumah.

Mia melihat Adam yang sedang bersandar di kereta Honda CR-Z. Dia yakin Daffa yang memberitahu nombor telefon dan alamat rumahnya kepada Adam. Adam menyatakan bahawa dia ingin membawa Fina keluar makan untuk berbincang. Mia rasa bersalah untuk menipu kepada Fina. Dengan langkah yang berat dia menaiki tangga masuk ke biliknya.

“Fina..along kau nak jumpa kau. Dia ada kat luar nak bawa kau pergi makan”kata Mia.

“Along..aku malaslah weyh. Aku takut dia bawa angah aku atau Adam masa pergi makan nanti. Macam mana eh”

“Tak adalah. Aku tengok dia seorang sahaja”kalau Fina tahu yang mengajaknya adalah Adam mesti dia kena marah.

“Dah kau siap cepat. Aku tunggu kau”

Fina bersiap ala kadar. Seluar jeans dan baju labuh dikenakan dengan tudung bawal yang sempat dirapikan oleh Mia. Ringkas sahaja pakaian pada malam itu. Mia memimpin langkah Fina turun ke bawah sehingga dia masuk ke dalam kereta Adam.

“Okay..Fina aku masuk dulu. Erm..jaga dia baik-baik tau”Mia berkata kepada Adam. Dia tidak menyebut nama Adam.

“Kita nak pergi mana along”tanya Fina setelah kereta mula bergerak.

“Abang nak bawa Sara pergi makan. Abang nak bincang dengan Sara”Fina tergamam apabila mendengar suara milik Adam. Tidak disangka bahawa dia berada di dalam kereta milik Adam. Fina menundukkan wajahnya.

Suasana di dalam kereta sunyi tanpa suara dari mereka berdua mahupun radio. Adam melihat Fina yang berada di sebelahnya kelihatan tidak selesa. Adam memberhentikan keretanya apanila sudah samapi di tempat yang ingin dituju.. Dia membukakan pintu untuk  Fina. Fina kelu tidak terkata apabila Adam memegang lengannya. Nasib baik berlapik.

Fina mengikut langkah Adam. Adam jugalah yang menarik kerusi untuknya dan Adam jugalah yang memesan air dan untuk dirinya juga. Fina tidak memesan makanan. Adam memang seorang yang baik. Layanannya tidak berubah. Sama seperti dahulu. minuman kegemarannya masih lagi diingati oleh Adam.

“Kenapa abang bawa Sara pergi sini. Along mana. Mia cakap along yang nak bawa Sara keluar tetapi kenapa abang pula yang ada di sini.”Fina bertanya selepas sesudah menyisip sedikit minuman.

“Kalau abang cakap abang yang nak jumpa dengan Sara, Sara nak ke berjumpa dan keluar dengan abang”soalan Fina tidak dijawab malah dia pula yang bertanyakan soalan kepada Fina.

Fina berdiam diri. Tidak tahu hendak berkata apa lagi.

“Mana Fina pergi selama ni”soalan yang sama ditanya oleh Daffa ditanya pula oleh Adam”

Senyap.

“Kenapa Sara batalkan perkahwinan kita”soal Adam lagi. Fina masih berdiam diri.

“Kenapa diam..abang tanya Sara kan. Macam mana boleh jadi macam ni semua kepada Sara.”masing-masing terdiam. Sesekali terdengar esakan kecil dari Fina.

“Abang dah tahu semuanya. Daffa dah ceritakan kepada abang. Abang tahu kenapa Fina batalkan perkahwinan kita dan kenapa Fina jadi macam ni” Adam berkata setelah melihat Fina yang berterusan mendiamkan diri.

“Kalau abang dah tau kenapa perlu abang tanya lagi soalan yang sama kepada Sara.”tanya Fina.

“Sebab abang nak tahu sendiri dari mulut Sara. Sekarang abang nak tahu Sara masih lagi cintakan abang. Masih lagi sayangkan abang”soal Adam.

“Apa yang abang cakap ni”

“Jawab soalan abang”tegas suara Adam.

“Kalau ye pun kenapa. Kita bukan boleh bersatu pun”Fina berani bertanya. Dia tahu tak mungkin Adam akan berkahwin dengannya.

“Sara tahu tak sejak abang mula kenal Sara, hidup abang sentiasa ceria. Sara selalu menggembirakan abang. Tetapi semenjak Sara tinggalkan abang hidup abang dah tak ceria macam dulu.  Abang sentiasa merindui dan mencintai Sara. Segala kenangan kita bersama sentiasa terbayang-bayang di mata abang. Rasa cinta abang tidak pernah sedikit pun berkurang.”

Penangan cinta Fina sangat mendalam buat Adam. Fina yang suka menjawab segala pertanyaan, Fina yang suka bergurau dan Fina yang selamba membuatkan dia jatuh hati kepada gadis sederhana tinggi. Adam makin jatuh hati terhadap Fina kerana Fina pandai memujuk. Fina jugalah penyeri di dalam keluarga Datuk Nazhan.  Setiap kali bertandang ke rumah mereka Adam sentiasa melihat Fina yang suka bergurau dengan keluarganya terutamanya Daliya.

Fina suka sangat mengusik sehingga tidak kering gusi mereka ketawa. Tetapi apabila melihat keadaan Fina yang sekarang dia sedih. Fina lebih suka berdiam diri dan dia rindu untuk melihat senyuman Fina.

“Abang nak kita teruskan semula perkahwinan kita yang batal dulu.”Adam berterus terang.

“Tak..Sara tak nak. Apa kata mama dan papa abang. Sara tak nak. Sara tak sempurna. Abang boleh jumpa perempuan yang lebih baik, lebih sempurna dan lebih cantik dari Sara”

“Sebelum abang buat keputusan nak kahwin dengan Sara abang dah ceritakan semuanya kepada mama dan papa. Mereka terima Sara menjadi menantu mereka. Mereka pun sayangkan Fina”Adam merenung Fina. Kalau Fina boleh melihat pasti muka Fina merah. Tapi sayang…

“Abang cintakan Sara. Abnag nak hidup dengan Sara. Abang akan bincang dengan mama dan papa Sara. Daffa dan abang akan ceritakan apa yang terjadi. Sara tunggu sahaja. Kita akan berkahwin juga nanti” putus Adam. Dia tidak mahu melepaskan Fina lagi. Cukuplah setahun dia ditinggalkan oleh Sara.

Selepas berkata begitu, Adam mengajak FIina pulang. Dia tidak mahu mendengar sebarang bantahan daripada Fina. Fina menceritakan semua kepada Mia  Fina menanyakan pendapat Mia. Mia tumpang gembira.  Dia bersetuju kalau Fina berkahwin dengan Adam. Adam memang seorang lelaki yang begitu baik. Sanggup menerima Fina dalam keadaan Fina yang buta.


TUJUH

FINA bersiap-siap untuk keluar. Dia memakai jubah hitam dan kepalanya ditutupi dengan selendang putih. Mia sentiasa meolong Fina untuk memakai selendang mahupun tudung. Mia memang tidak pernah merungut. Dia mahu Fina kelihatan cantik berpakaian walaupun Fina tidak dapat melihat.
Fina akan keluar bersama dengan Adam. Hubungan mereka sudah kembali seperti dahulu. Fina sudah mula bercakap dengan selamba dengan Adam tetapi untuk bergurau dan usik mengusik seperti dulu dia masih terasa kekok.

Adam memandu sambil tersenyum. Dia dan Daffa ingin membuat kejutan kepada Fina. Adam mambawa Fina pulang ke rumahnya. Rumah Datuk Nazhan. Daffa sudah pun memberitahu kepada keluarga mereka tentang keadaan Fina. Keluarga Adam juga akan berada di situ. Adam memakirkan keretanya bersebelahan dengan kereta Daffa. Dilihatnya kereta Honda Accord milik papanya juga berada di situ. Papa, mama dan adiknya pasti sudah sampai.
Adam memimpin Fina masuk ke dalam rumah. Fina masih tidak tahu bahwa dia sudah berada di rumahnya.

“Sara buka kasut tu dulu”arah Adam.

“Eh..kenapa pula. Kita kan nak pergi makan. Buat apa nak buka kasut.”soal Fina. Pelik.

“Kita nak pergi makanlah ni. Tapi Sara kena buka kasut dulu ok”kata Adam.

Fina berasa pelik apabila Adam memintanya untuk membuka kasut yang dipakainya. Adam memimpin langkah Fina masuk ke dalam rumah. Adam mendudukkan Fina di atas sofa. Suasana ketika itu begitu sunyi. Meskipun terdapat ramai di situ Adam melihat semua orang senyap memandang ke arah Fina.

Mata Datin Dahlia dan Daliya sudah mula berair. Mulut mereka bagai terkunci untuk berbicara. Daffa dilihatnya tenang sahaja. Manakala pula Datuk Nazhan menunduk. Juga tidak tahu hendak berkata apa.

“Abang”suara lembut Fina membuatkannya tersentak. Wajah Fina yang duduk disebelahnya dipandang kasih.

“Abang..kenapa senyap. Kita kat mana sebenarnya ni. Hishh..peliklah”rungut Fina. Dia tidak tahu di mana di ada sekarang ni.

“Fina”panggil Daffa.

“Eh..along. Along buat apa kat sini. Dah dekat sebulan along tak jumpa dengan Fina. Eh kejap..abang cuba bagi tahu kita ada kat mana sekarang ni”desak Fina.

“Fina ada kat rumah kita sekarang ni. Mama, papa dan angah semuanya ada depan Fina. Keluarga Adam pun ada sekali.”Daffa berterus terang. Sampai bila nak senyap.

Fina terdiam. Bibirnya sudah terketar-ketar. Risau dengan penerimaan keluarganya. Daffa duduk disebelah adiknya. Dia tahu adiknya risau. Daffa memegang tangan Fina untuk memberi sedikit kekuatan.

“Keluarga kita dah tahu semuanya Fina. Along yang bagitau. Mereka semua minta maaf dengan Fina kerana marah tanpa usul periksa.”

“Mama,  papa, angah dah maafkan Fina ke ”perlahan Fina bertanya.

Datin Dahlia berlari mendapatkan anaknya. Fina dipeluk dan dicium sepuas hati. Air mata yang mengalir dipipi Fina diseka. Fina masih lagi menangis ketika mama, papa dan angah memeluknya.

“Fina..Fina anak mama. Mama sayang Fina. Kenapa Fina tak beritahu apa yang jadi dekat Fina selama ini. Apa-apa pun kita boleh bawa berbincangkan. Mama rindu dengan anak mama”kata mama dengan suara yang bergetar.

“Adik…angah minta maaf dik. Angah marah-marah Fina masa angah jumpa Fina di butik hari tu. Angah minta maaf angah tampar adik. Angah cakap macam-macam dekat adik.” giliran Daliya pula meminta maaf.  Dia menangis .Tubuh adiknya dipeluk erat.

“Mama, angah dan papa tak salah apa pun dengan Fina. Fina gembira kalau korang semua dah maafkan Fina. Papa…papa tak nak peluk Fina ke. Fina rindu dengan papa”wajah Fina sudah lencun dengan air mata. Fina sudah teresak-esak menangis, begitu juga dengan Datuk Nazhan. Anak yang paling manja dengannya.

“Ya Allah..anak aku.. Fina anak papa. Papa minta maaf nak. Papa minta maaf sebab marah dengan Fina selama ini.  Papa sayang dengan Fina. Papa rindu anak papa yang manja ni”luah Datuk Nazhan. Buat seketika mereka sekeluarga berpelukan.
Ya Allah, begitu besar kuasa-mu . Sara sudah kembali bersama dengan keluarganya. Dia sudah mendapatkan kembali keluarganya semula. Moga pada hari-hari akan datang akan memberikan cahaya baru dalam hidup mereka semua. Aminnn…


LAPAN
SETAHUN KEMUDIAN

Bunyi kereta Adam sampai di halaman rumah telah membuatkan Fina berkejar ke muka pintu. Ingin tahu apa yang suaminya ingin memberi kepadanya. Katanya Adam mahu memberi hadiah kepadanya. Fina menyambut Adam di muka pintu. Tangan Adam dicapai dan dicium. Adam membalas dengan mencium pipi Fina. Fina tidak melihat apa pun yang dibawa oleh Adam. Dia meminta diri untuk membuatkan air untuk Adam.

“Abang..nah air”Fina menyerahkan jus oren kepada Adam. Fina melihat terdapat sebuah kotak yang berada disebelah Adam.

Adam menarik tangan Fina sehingga menyebabkan Fina terduduk di atas peha Adam. Pinggang isterinya di peluk erat sebelum pipi Fina menjadi sasarannya.

“Hishhh abang ni. Pergilah mandi dulu.Solat. Waktu maghrib dah nak habis. Ni tak. Main peluk-peluk cium orang semuanya ni kenapa” selesai habis berkata pipi Fina dicium lagi oleh Adam. Fina mencebik.

“Yang marah sangat ni kenapa. Sayang isteri abang suka hati abanglah. Ni kotak ni sayang punya. Hadiah sayang.”rajuk Adam.

“Fina punya. Nantilah Fina buka. Abang bawa masuk bilik dulu eh. Fina nak kemas dapur sekejap”Fina terus berlalu tanpa mempedulikan Adam. Dia tahu Adam merajuk. Adam masuk ke bilik tanpa membawa kotak yang di berikan kepada Fina.

Setelah selesai mengemas dapur lebih kurang 20 minit, Fina yang lalu di ruang tamu hendak naik ke bilik perasankan kotak yang diberikan Adam kepadanya. Perasaan ingin tahu membuatkan Fina membuka kotak tersebut. Alangkah terkejutnya apabila dia dapati kotak tersebut penuh dengan novel. Semuanya masih dibalut dengan plastik. Gembiranya dia. Fina membelek-belek novel tersebut. Fina berlari masuk ke dalam bilik.

Dilihatnya Adam sedang berdiri di balkoni sambil memandang ke arah langit. Fina memeluk tubuh Adam dari arah belakang. Erat tangannya di pinggang Adam. Adam masih tidak mempedulikannya.

“Abang”lembut Fina memanggil suaminya. Muka suaminya dicium sepenuhnya tetapi Adam masih berdiam diri.

“Abang tengoklah sini”Fina sudah berdiri dihadapan Adam apabila Adam tidak mempedulikan panggilannya. Merajuk macam budak kecil.

Fina menjongketkan kakinya sedikit dan dengan pantas dia mengucup bibir suaminya. Tangannya memeluk leher suami. Adam terkejut dengan tindakan Fina. Fina tersenyum manis ke arah Adam. Adam mengeratkan pelukannya.

“Pandai sayang pujuk abangkan”Adam membawa Fina ke dalam pelukannya. Adam membawa Fina duduk dibirai katil. Fina duduk di atas pangkuan suaminya. Leher suaminya dipeluk erat sambil kepalanya pula dilentokkan pada dada Adam.

“Abang..Sara nak tanya. Kenapa abang beli semua novel tu untuk Sara. Bila abang beli”

“Mia ada beritahu masa majlis perkahwinan kita hari tu  yang Sara rindu nak baca novel. Masa tu abang ada tanya apa yang perkara yang sayang memang nak buat sepanjang Sara tidak boleh melihat. Mia beritahu tu je. Itulah yang abang belikan untuk sayang. Tapi sayang boleh baca seminggu satu buku sahaja. Bukan satu hari satu buku., Faham”

“Erm..laparlah”rengek Adam. Dia  menggosok perutnya. Fina tersenyum.

“Jom makan. Sara ada masakkan lauk kegemaran abang.”

Mereka beriringan turun ke dapur sambil berpegangan tangan.


SEMBILAN

FINA perlahan-lahan membuka matanya. Kepalanya terasa pening. Fina melihat dia sedang berbaring di atas katilnya. Setahu dia tadi dia sedang mengeluarkan bahan-bahan untuk masak makan malam dan tiba-tiba matanya berpinar-pinar. Err..eh tapi macam mana aku boleh ada kat atas katil ni. Fina memandang ke arah pintu bilik yang dibuka dari luar. Adam tersenyum memandangnya.

Fina membalas senyuman Adam. “Sayang dah sedar”tanya Adam.

“Hah..”Fina bingung.

Adam duduk disebelah Fina. Adam mengusap-usap tangan Fina. Fina tersenyum. Dia bermain dengan rambut Adam yang ikal sebelum menyandar kepalanya di bahu Adam. Rasa gembira apabila Adam pula memeluk bahunya.

“Abang..macam mana Sara boleh ada kat dalam bilik ni. Setahu Sara, Sara di dapur tadi lepas tu tiba-tiba mata berpinar. Lepas tu Sara tengok-tengok ada dalam bilik”

“Sara pengsan tadi. Nasib baik abang balik. Abang pelik lah juga sebab Sara tak sambut abang balik. Abang panggil sayang pun sayang tak dengar. Abang cari kat dapur tengok sayang dah terbaring. Punyalah risau abang. Abang sempat telefon Akif suruh dia datang dengan Lina, check sayang”

“Pengsan ??? So, Lina cakap apa. Fina sakit ye”

“Bukanlah..Fina dan abang akan jadi mama dan papa” Adam memeluk isterinya. Bersyukur kerana Fina mengandungkan anaknya.

“Abang..abang serius ke”tanya Fina. Seperti tidak percaya dia bahawa Adam mengatakan bahawa dia sedang mengandung.

“Betullah..buat apa abang nak main-main.Dah sebulan” Adam tahu isterinya terkejut setelah dimaklumkan dengan berita itu oleh Lina.  

“Alhamdulillah, Ya Allah” Fina tersenyum. Dia sudah membayangkan baju-baju bayi dan peralatan bayi yang akan dibelinya. Tidak sabar rasanya saat itu.

“Mulai sekarang sayang tak boleh buat kerja rumah. Nanti abang suruh Mak Mah datang sini teman sayang di rumah. Mak Mah boleh tolong masak dan kemas rumah. Sayang duduk sahaja. Baca novel ke tengok televisyen ke. Yang penting jangan buat kerja berat. Lagi satu abang akan pastikan sayang minum susu setiap hari”Adam membebel.

“Sayang dengar tak apa yang abang cakap…mengelamun pula”

“Hah…apa yang abang cakap. Sara tak dengarlah..Sorry Sara tak dengar”Adam menggeleng kepala melihat telatah isterinya. Orang tengah bercakap boleh pula dia tak dengar.

 Fina bergerak untuk turun dari katil. “Eh..sayang nak pergi mana ni. Sayang kena hati-hati mulai sekarang tahu”pesan Adam. Dia memegang tangan isterinya.

“Abangku sayang, Sara nak pergi bilik air. Tak kan tak boleh kot”Fina tersenyum.. Risau betul suaminya itu.

“Sayang hati-hati tau”pesan Adam. Fina hanya mengangguk. Macam malah agaknya layanan Adam terhadapnya lagi lapan bulan. Mahu bertambah berganda berat badannya kalau tak buat kerja langsung.

Mata Adam tak lepas dari pintu bilik air menunggu Fina keluar. Adam menunggu Fina di hadapan pintu bilik air. Kenapalah lama sangat Fina di dalam bilik air. Pintu bilik air diketuk berkali-kali. Fina membuka pintu sambil tersenyum ke arah Adam. Dia pasti Adam risaukan dia.

“Kenapa lama sangat”soal Adam.

“Saja…bagi abang risau.hahaha”Fina ingin berlalu keluar dari bilik. Seronok dapat mengusik Adam. Lucu melihat wajah risau Adam.

Adam menarik tangan Fina. Kedua-dua pipi Fina dicubit geram. Nasiblah dapat isteri yang suka mengusik ni. Jujur Adam katakan bahawa sepanjang masa dia bersama Fina tidak pernah satu hari pun yang tidak mengembirakannnya.

“Terima kasih sayang. Terima kasih kerana ceriakan hari-hari abang. Abnag sayang Sara. Abang tak akan berhenti mencintai sayang . Abang berharap agar Allah akan terus merestui cinta kita dan merahmati rumah tangga kita. Semoga cinta kita berkekalan hingga ke akhir hayat”Adam mencium dahi isterinya penuh kasih.

“Sara pun nak ucapkan terima kasih kerana abang sanggup terima Sara walaupun keadaan Sara dulu macam tu.  Sara sayang dan cintakan abang. Cinta Sara tak akan hilang buat abang. Abang adalah cinta pertama dan cinta terakhir Sara.”

Pipi suaminya diusap penuh kasih sebelum menghadiahkan ciuman di seluruh wajah suaminya. Adam tersenyum memandang Fina. Didakap Fina seerat-eratnya. Makin hari makin membara kasih buat isterinya..



IMBAS KEMBALI

SEMASA kejadian di rumah Datuk Nazhan, setelah selesai masalah di antara Fina dan keluarganya Adam memberitahu kepada mereka semua bahawa dia ingin melamar Fina sebagai isterinya. Mereka yang berada di situ semuanya terkejut. Tidak percaya dengan apa yang di katakan oleh Adam. Adam serius dengan apa yang dikatakan.

Keluarga Adam tenang apabila mendengar keputusan Adam yang ingin berkahwin dengan Fina. Mereka sudah diberitahu terlebih dahulu oleh Adam. Puan Sri Afifah memang berkenan dengan Fina. Dia sudah menganggap Fina sebagai anaknya dari mula Fina bertandang ke rumahnya. Fina sangat rapat dengan adik Adam, Adriana Syafiqah. Sikap mereka lebih kurang sama dan itu membuatkan Fiqa mudah rapat dengan Fina.

Datin Dahlia dan Datuk Nazhan bersetuju dengan perkahwinan mereka. Daffa dan Daliya gembira apabila adik mereka akan berkahwin juga dengan orang dicintainya. Seminggu selepas itu Adam Syafiq sudah sah menjadi suami kepada Dafina Qaisara. Ahli keluarga dan para tetamu yang hadir semuanya menadah tangan mengucapkan syukur setelah pasangan pengantin itu sudah diijabkabulkan.

Meskipun Fina tidak dapat melihat wajah kacak Adam yang memakai pakaian pengantin namun dia tetap gembira kerana Adam tetap menerima dirinya yang serba kekurangan. Fina diminta Adam untuk terus tersenyum bagi sesi bergambar mereka. Pelbagai gaya Adam suruh Fina lakukan dan Fina hanya menurut. Terasa seperti bukan seorang permpuan buta sahaja yang berkahwinan. Apa yang penting dia sangat gembira pada hari itu.

Lima bulan selepas perkahwinan mereka, Daffa memberitahu bahawa semenjak dia bertemu dengan Fina di KLCC dia sudah mendaftar nama Fina sebagai penerima kornea mata. Dan Daffa menyatakan bahawa Fina akan dibedah seminggu lagi. Fina gembira tidak terkata apabila pembedahan selamat dijalankan. Fina dapat melihat kembali wajah-wajah orang yang disayanginya. Adam merupakan orang yang pertama dia lihat setelah balutan matanya dibuka.

Hidup Fina kembali seperti biasa. Dia tidal lagi menggunakan tongkat yang selama ini sentiadsa berada di tangannya. Dia sudah dapat melakukan perkara-perkara yang membataskannya untuk melakukan ketika tidak dapat melihat. Perkara pertama yang dibuatnya ialah melihat gambr-gambar perkahwinannya dengan Adam. Adam kelihatan kacak memakai baju melayu putih silver.


Setelah Fina dapat melihat semula, Fina dapat melihat Daffa Qaiser yang melangsungkan perkahwinannya dengan Hana Sufia manakala Daliya Qaisara pula bersama dengan Zarif. Sahabat baiknya pula, Damia berkahwin dengan seorang pensyarah. Afif Ikhwan. Fina gembira. Akhirnya..Fina hidup Fina kembali sempurna dengan adanya orang-orang yang disayanginya disekeliling.
shierajamal.blogspot

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...