LIMA
DAFFA membawa
Fina ke taman di KLCC. Mereka duduk di tempat yang tidak ramai orang.
“Fina..mana
Fina pergi selama ni.”tegas suara Daffa.
Fina masih
berdiam diri. “Fina..along tanya ni tak tahu jawab ke. Susah sangat nak jawab
pertanyaan along”marah Daffa.
“Fina..cuba
cakap dengan along. Mana Fina pergi selama ini. Dan sekarang macam mana Fina
boleh jadi macam ni. Cerita dengan along Fina. Bagi tahu along semuanya apa
yang jadi kat Fina”lembut Daffa memujuk.
“Alonggg”Fina
menyembamkan mukanya ke dada Daffa. Dia sangat rindukan Daffa. Rindukan keluarganya.
Air mata diseka lembut oleh Daffa.
“Jangan
nangis. Cepat bagi tahu along apa yang jadi selama ni”Daffa mengusap kepala
adiknya yang ditutupi oleh tudung.
Fina
menceritakan semuanya kepada Daffa tentang apa yang terjadi kepadanya semasa di
Moscow dan sebab kenapa dia ingin membatalkannya. Fina juga memberitahu tentang
apa yang terjadi di antara dia dengan Daliya.
Daffa
menggeleng kepala. “Jadi Liya dah tahu Fina ada kat sini”tanya Daffa.
Fina
mengangguk. “Fina pulang ke Malaysia selepas setahun duduk di Moscow. Fina tak
berani nak jumpa dengan mama, papa dan along. Apa lagi selepas Fina jumpa
dengan angah. Angah marah sangat dengan Fina. Dia kata Fina dah kecewakan mama,
papa, along dan Adam.”
“Angah tak nak
mengaku Fina ni adik dia along. Angah tampar Fina. Fina tahu angah marah sangat
dekat Fina. Disebabkan inilaah Fina takut nak balik rumah jumpa dengan keluarga
Fina yang lain. Fina tak boleh bayangkan reaksi mama dan papa apabila jumpa
dengan Fina. Fina juga bayangkan kalau Fina jumpa dengan along, along akan
belasah Fina cukup-cukup. Fina takut along” luah Fina. Dia menangis
teresak-esak. Basah lencun muka Fina dengan air matanya. Mukanya disembamkan ke
dada Daffa.
“Fina
sudahlah tu menangis. Habis dah baju along basah. Kalau perah boleh dapat satu
baldi agaknya”usik Daffa. Fina tersenyum dengan usikan Daffa.
“Agaklah..satu
gelas pun tak cukup rasanya”kata Fina.
“Along..Fina
nak tanya sesuatu boleh”Daffa mengangguk. Apabila dia perasan yang Fina masih
berdiam diri selepas itu barulah dia perasan. Fina mana mungin dapat melihat
anggukannya.
“Tanyalah”
“Along masih
berkawan dengan abang Adam”teragak-agak Fina bertanya.
“Aaah..along
dengan Adam masih berkawan. Keluarga kita dengan keluarga Adam masih rapat
seperti dulu. Keluarga Adam tak pernah menyalahakan Fina dengan apa yang Fina
lakukan. Mungkin mereka sedikit kecewa tapi mereka cakap mungkin Fina lakukan
bersebab. Cuma, keluarga kita yang lagi yang masih marah dengan Fina. Mama dan
papa tidak suka kalau along cakap pasal Fina. Mereka tidak suka dengar”beritahu
Daffa. Dia yakin Fina pasti sedih mendengarkan apa yang dikatakannya.
Bahu adiknya
dipeluk mesra. “Fina jangan risau nanti along tolong macam mana Fina boleh
diterima oleh family kita semula okay.
Fina mengangguk.
“Tapi buat masa sekarang Fina tak nak jumpa dengan mereka lagi. Along tolong
jangan beritahu sekarang boleh” pinta Fina.
“Tapi kenapa.
Lagi cepat kan lagi bagus”soal Daffa.
“Fina tak
sedia lagi jumpa mereka. Nanti bila dah
sedia baru Fina bagi tahu along”
ENAM
SEUSAI solat
maghrib, menghempaskan badannya ke atas katil bujang. Malam itu tidak ada
aktiviti yang boleh dilakukan olehnya. Katil empuk bercadar ungu lembut yang
bercorak bunga-bunga kecil berwarna ungu pekat. Cadar katil ini yang dipilih
oleh Mia. Katanya cantik. Lagi pun memang Fina sukakan warna ungu. Fina
berkongsi bilik dengan Mia.
Mia yang
menghias bilik mereka dengan pelbagai perabot. Mia memberitahunya bahawa dia
mempunyai cadar katil yang berwarna biru. Mia dengan warna biru memang tidak boleh
dipisahkan. Begitu jugalah dengan Fina. Tidak boleh dipisahkan dengan warna
ungu. Tetapi sekarang dia tidak kisah dengan apa sahaja warna. Bukannya boleh
tengok pun tetapi Mia tetap berkeras mahukan warna ungu untuk Fina. Katanya
mungkin satu hari nanti dia dapat tengok cara Mia menghias bilik mereka.
“Fina kau dah
nak tidur ke”tanya Mia apabila melihat Fina yang sudah berbaring di atas katil.
“Tak adalah.
Kenapa”soal Fina pula.
“Eh..hari tu
kan masa along kau hantar kau balik aku perasan along kau naik kereta Ferrari.
Aku rasa dia ada juga dekat Secret Recipe hari tu”Mia teringatkan kereta
Ferrari yang dilihatkan di hadapan kedai Secret Receipe. Fina dihantar pulang
oleh alongnya dengan menaiki kereta Ferrari berwarna putih.
“Ye ke..mana
aku tahu. Aku tak nampak”seloroh Fina. Bunyi mesej di telefon bimbit Mia
membuatkan Fina dan Mia terdiam. Mia keluar bilik menuju ke pintu rumah.
Mia melihat
Adam yang sedang bersandar di kereta Honda CR-Z. Dia yakin Daffa yang
memberitahu nombor telefon dan alamat rumahnya kepada Adam. Adam menyatakan
bahawa dia ingin membawa Fina keluar makan untuk berbincang. Mia rasa bersalah
untuk menipu kepada Fina. Dengan langkah yang berat dia menaiki tangga masuk ke
biliknya.
“Fina..along
kau nak jumpa kau. Dia ada kat luar nak bawa kau pergi makan”kata Mia.
“Along..aku
malaslah weyh. Aku takut dia bawa angah aku atau Adam masa pergi makan nanti.
Macam mana eh”
“Tak adalah.
Aku tengok dia seorang sahaja”kalau Fina tahu yang mengajaknya adalah Adam
mesti dia kena marah.
“Dah kau siap
cepat. Aku tunggu kau”
Fina bersiap
ala kadar. Seluar jeans dan baju labuh dikenakan dengan tudung bawal yang
sempat dirapikan oleh Mia. Ringkas sahaja pakaian pada malam itu. Mia memimpin
langkah Fina turun ke bawah sehingga dia masuk ke dalam kereta Adam.
“Okay..Fina
aku masuk dulu. Erm..jaga dia baik-baik tau”Mia berkata kepada Adam. Dia tidak
menyebut nama Adam.
“Kita nak
pergi mana along”tanya Fina setelah kereta mula bergerak.
“Abang nak
bawa Sara pergi makan. Abang nak bincang dengan Sara”Fina tergamam apabila
mendengar suara milik Adam. Tidak disangka bahawa dia berada di dalam kereta
milik Adam. Fina menundukkan wajahnya.
Suasana di
dalam kereta sunyi tanpa suara dari mereka berdua mahupun radio. Adam melihat
Fina yang berada di sebelahnya kelihatan tidak selesa. Adam memberhentikan
keretanya apanila sudah samapi di tempat yang ingin dituju.. Dia membukakan
pintu untuk Fina. Fina kelu tidak
terkata apabila Adam memegang lengannya. Nasib baik berlapik.
Fina mengikut
langkah Adam. Adam jugalah yang menarik kerusi untuknya dan Adam jugalah yang
memesan air dan untuk dirinya juga. Fina tidak memesan makanan. Adam memang
seorang yang baik. Layanannya tidak berubah. Sama seperti dahulu. minuman
kegemarannya masih lagi diingati oleh Adam.
“Kenapa abang
bawa Sara pergi sini. Along mana. Mia cakap along yang nak bawa Sara keluar
tetapi kenapa abang pula yang ada di sini.”Fina bertanya selepas sesudah
menyisip sedikit minuman.
“Kalau abang
cakap abang yang nak jumpa dengan Sara, Sara nak ke berjumpa dan keluar dengan
abang”soalan Fina tidak dijawab malah dia pula yang bertanyakan soalan kepada
Fina.
Fina berdiam
diri. Tidak tahu hendak berkata apa lagi.
“Mana Fina
pergi selama ni”soalan yang sama ditanya oleh Daffa ditanya pula oleh Adam”
Senyap.
“Kenapa Sara
batalkan perkahwinan kita”soal Adam lagi. Fina masih berdiam diri.
“Kenapa
diam..abang tanya Sara kan. Macam mana boleh jadi macam ni semua kepada
Sara.”masing-masing terdiam. Sesekali terdengar esakan kecil dari Fina.
“Abang dah
tahu semuanya. Daffa dah ceritakan kepada abang. Abang tahu kenapa Fina
batalkan perkahwinan kita dan kenapa Fina jadi macam ni” Adam berkata setelah
melihat Fina yang berterusan mendiamkan diri.
“Kalau abang
dah tau kenapa perlu abang tanya lagi soalan yang sama kepada Sara.”tanya Fina.
“Sebab abang
nak tahu sendiri dari mulut Sara. Sekarang abang nak tahu Sara masih lagi
cintakan abang. Masih lagi sayangkan abang”soal Adam.
“Apa yang
abang cakap ni”
“Jawab soalan
abang”tegas suara Adam.
“Kalau ye pun
kenapa. Kita bukan boleh bersatu pun”Fina berani bertanya. Dia tahu tak mungkin
Adam akan berkahwin dengannya.
“Sara tahu
tak sejak abang mula kenal Sara, hidup abang sentiasa ceria. Sara selalu
menggembirakan abang. Tetapi semenjak Sara tinggalkan abang hidup abang dah tak
ceria macam dulu. Abang sentiasa
merindui dan mencintai Sara. Segala kenangan kita bersama sentiasa
terbayang-bayang di mata abang. Rasa cinta abang tidak pernah sedikit pun
berkurang.”
Penangan
cinta Fina sangat mendalam buat Adam. Fina yang suka menjawab segala
pertanyaan, Fina yang suka bergurau dan Fina yang selamba membuatkan dia jatuh
hati kepada gadis sederhana tinggi. Adam makin jatuh hati terhadap Fina kerana
Fina pandai memujuk. Fina jugalah penyeri di dalam keluarga Datuk Nazhan. Setiap kali bertandang ke rumah mereka Adam
sentiasa melihat Fina yang suka bergurau dengan keluarganya terutamanya Daliya.
Fina suka
sangat mengusik sehingga tidak kering gusi mereka ketawa. Tetapi apabila
melihat keadaan Fina yang sekarang dia sedih. Fina lebih suka berdiam diri dan
dia rindu untuk melihat senyuman Fina.
“Abang nak
kita teruskan semula perkahwinan kita yang batal dulu.”Adam berterus terang.
“Tak..Sara
tak nak. Apa kata mama dan papa abang. Sara tak nak. Sara tak sempurna. Abang
boleh jumpa perempuan yang lebih baik, lebih sempurna dan lebih cantik dari
Sara”
“Sebelum
abang buat keputusan nak kahwin dengan Sara abang dah ceritakan semuanya kepada
mama dan papa. Mereka terima Sara menjadi menantu mereka. Mereka pun sayangkan
Fina”Adam merenung Fina. Kalau Fina boleh melihat pasti muka Fina merah. Tapi
sayang…
“Abang
cintakan Sara. Abnag nak hidup dengan Sara. Abang akan bincang dengan mama dan
papa Sara. Daffa dan abang akan ceritakan apa yang terjadi. Sara tunggu sahaja.
Kita akan berkahwin juga nanti” putus Adam. Dia tidak mahu melepaskan Fina
lagi. Cukuplah setahun dia ditinggalkan oleh Sara.
Selepas
berkata begitu, Adam mengajak FIina pulang. Dia tidak mahu mendengar sebarang
bantahan daripada Fina. Fina menceritakan semua kepada Mia Fina menanyakan pendapat Mia. Mia tumpang
gembira. Dia bersetuju kalau Fina
berkahwin dengan Adam. Adam memang seorang lelaki yang begitu baik. Sanggup menerima
Fina dalam keadaan Fina yang buta.
TUJUH
FINA
bersiap-siap untuk keluar. Dia memakai jubah hitam dan kepalanya ditutupi
dengan selendang putih. Mia sentiasa meolong Fina untuk memakai selendang
mahupun tudung. Mia memang tidak pernah merungut. Dia mahu Fina kelihatan
cantik berpakaian walaupun Fina tidak dapat melihat.
Fina akan keluar bersama dengan Adam. Hubungan mereka sudah kembali seperti dahulu. Fina sudah mula bercakap dengan selamba dengan Adam tetapi untuk bergurau dan usik mengusik seperti dulu dia masih terasa kekok.
Fina akan keluar bersama dengan Adam. Hubungan mereka sudah kembali seperti dahulu. Fina sudah mula bercakap dengan selamba dengan Adam tetapi untuk bergurau dan usik mengusik seperti dulu dia masih terasa kekok.
Adam memandu
sambil tersenyum. Dia dan Daffa ingin membuat kejutan kepada Fina. Adam mambawa
Fina pulang ke rumahnya. Rumah Datuk Nazhan. Daffa sudah pun memberitahu kepada
keluarga mereka tentang keadaan Fina. Keluarga Adam juga akan berada di situ.
Adam memakirkan keretanya bersebelahan dengan kereta Daffa. Dilihatnya kereta
Honda Accord milik papanya juga berada di situ. Papa, mama dan adiknya pasti
sudah sampai.
Adam memimpin
Fina masuk ke dalam rumah. Fina masih tidak tahu bahwa dia sudah berada di
rumahnya.
“Sara buka
kasut tu dulu”arah Adam.
“Eh..kenapa
pula. Kita kan nak pergi makan. Buat apa nak buka kasut.”soal Fina. Pelik.
“Kita nak
pergi makanlah ni. Tapi Sara kena buka kasut dulu ok”kata Adam.
Fina berasa
pelik apabila Adam memintanya untuk membuka kasut yang dipakainya. Adam
memimpin langkah Fina masuk ke dalam rumah. Adam mendudukkan Fina di atas sofa.
Suasana ketika itu begitu sunyi. Meskipun terdapat ramai di situ Adam melihat
semua orang senyap memandang ke arah Fina.
Mata Datin
Dahlia dan Daliya sudah mula berair. Mulut mereka bagai terkunci untuk berbicara.
Daffa dilihatnya tenang sahaja. Manakala pula Datuk Nazhan menunduk. Juga tidak
tahu hendak berkata apa.
“Abang”suara
lembut Fina membuatkannya tersentak. Wajah Fina yang duduk disebelahnya
dipandang kasih.
“Abang..kenapa
senyap. Kita kat mana sebenarnya ni. Hishh..peliklah”rungut Fina. Dia tidak
tahu di mana di ada sekarang ni.
“Fina”panggil
Daffa.
“Eh..along.
Along buat apa kat sini. Dah dekat sebulan along tak jumpa dengan Fina. Eh
kejap..abang cuba bagi tahu kita ada kat mana sekarang ni”desak Fina.
“Fina ada kat
rumah kita sekarang ni. Mama, papa dan angah semuanya ada depan Fina. Keluarga
Adam pun ada sekali.”Daffa berterus terang. Sampai bila nak senyap.
Fina terdiam.
Bibirnya sudah terketar-ketar. Risau dengan penerimaan keluarganya. Daffa duduk
disebelah adiknya. Dia tahu adiknya risau. Daffa memegang tangan Fina untuk
memberi sedikit kekuatan.
“Keluarga
kita dah tahu semuanya Fina. Along yang bagitau. Mereka semua minta maaf dengan
Fina kerana marah tanpa usul periksa.”
“Mama, papa, angah dah maafkan Fina ke ”perlahan
Fina bertanya.
Datin Dahlia
berlari mendapatkan anaknya. Fina dipeluk dan dicium sepuas hati. Air mata yang
mengalir dipipi Fina diseka. Fina masih lagi menangis ketika mama, papa dan
angah memeluknya.
“Fina..Fina
anak mama. Mama sayang Fina. Kenapa Fina tak beritahu apa yang jadi dekat Fina
selama ini. Apa-apa pun kita boleh bawa berbincangkan. Mama rindu dengan anak
mama”kata mama dengan suara yang bergetar.
“Adik…angah
minta maaf dik. Angah marah-marah Fina masa angah jumpa Fina di butik hari tu.
Angah minta maaf angah tampar adik. Angah cakap macam-macam dekat adik.” giliran
Daliya pula meminta maaf. Dia menangis .Tubuh
adiknya dipeluk erat.
“Mama, angah
dan papa tak salah apa pun dengan Fina. Fina gembira kalau korang semua dah
maafkan Fina. Papa…papa tak nak peluk Fina ke. Fina rindu dengan papa”wajah
Fina sudah lencun dengan air mata. Fina sudah teresak-esak menangis, begitu
juga dengan Datuk Nazhan. Anak yang paling manja dengannya.
“Ya
Allah..anak aku.. Fina anak papa. Papa minta maaf nak. Papa minta maaf sebab
marah dengan Fina selama ini. Papa
sayang dengan Fina. Papa rindu anak papa yang manja ni”luah Datuk Nazhan. Buat
seketika mereka sekeluarga berpelukan.
Ya Allah,
begitu besar kuasa-mu . Sara sudah kembali bersama dengan keluarganya. Dia
sudah mendapatkan kembali keluarganya semula. Moga pada hari-hari akan datang
akan memberikan cahaya baru dalam hidup mereka semua. Aminnn…
LAPAN
SETAHUN
KEMUDIAN
Bunyi kereta
Adam sampai di halaman rumah telah membuatkan Fina berkejar ke muka pintu.
Ingin tahu apa yang suaminya ingin memberi kepadanya. Katanya Adam mahu memberi
hadiah kepadanya. Fina menyambut Adam di muka pintu. Tangan Adam dicapai dan
dicium. Adam membalas dengan mencium pipi Fina. Fina tidak melihat apa pun yang
dibawa oleh Adam. Dia meminta diri untuk membuatkan air untuk Adam.
“Abang..nah
air”Fina menyerahkan jus oren kepada Adam. Fina melihat terdapat sebuah kotak
yang berada disebelah Adam.
Adam menarik
tangan Fina sehingga menyebabkan Fina terduduk di atas peha Adam. Pinggang
isterinya di peluk erat sebelum pipi Fina menjadi sasarannya.
“Hishhh abang
ni. Pergilah mandi dulu.Solat. Waktu maghrib dah nak habis. Ni tak. Main
peluk-peluk cium orang semuanya ni kenapa” selesai habis berkata pipi Fina
dicium lagi oleh Adam. Fina mencebik.
“Yang marah
sangat ni kenapa. Sayang isteri abang suka hati abanglah. Ni kotak ni sayang punya.
Hadiah sayang.”rajuk Adam.
“Fina punya.
Nantilah Fina buka. Abang bawa masuk bilik dulu eh. Fina nak kemas dapur
sekejap”Fina terus berlalu tanpa mempedulikan Adam. Dia tahu Adam merajuk. Adam
masuk ke bilik tanpa membawa kotak yang di berikan kepada Fina.
Setelah
selesai mengemas dapur lebih kurang 20 minit, Fina yang lalu di ruang tamu
hendak naik ke bilik perasankan kotak yang diberikan Adam kepadanya. Perasaan
ingin tahu membuatkan Fina membuka kotak tersebut. Alangkah terkejutnya apabila
dia dapati kotak tersebut penuh dengan novel. Semuanya masih dibalut dengan plastik.
Gembiranya dia. Fina membelek-belek novel tersebut. Fina berlari masuk ke dalam
bilik.
Dilihatnya
Adam sedang berdiri di balkoni sambil memandang ke arah langit. Fina memeluk
tubuh Adam dari arah belakang. Erat tangannya di pinggang Adam. Adam masih
tidak mempedulikannya.
“Abang”lembut
Fina memanggil suaminya. Muka suaminya dicium sepenuhnya tetapi Adam masih
berdiam diri.
“Abang
tengoklah sini”Fina sudah berdiri dihadapan Adam apabila Adam tidak
mempedulikan panggilannya. Merajuk macam budak kecil.
Fina
menjongketkan kakinya sedikit dan dengan pantas dia mengucup bibir suaminya.
Tangannya memeluk leher suami. Adam terkejut dengan tindakan Fina. Fina
tersenyum manis ke arah Adam. Adam mengeratkan pelukannya.
“Pandai
sayang pujuk abangkan”Adam membawa Fina ke dalam pelukannya. Adam membawa Fina
duduk dibirai katil. Fina duduk di atas pangkuan suaminya. Leher suaminya
dipeluk erat sambil kepalanya pula dilentokkan pada dada Adam.
“Abang..Sara
nak tanya. Kenapa abang beli semua novel tu untuk Sara. Bila abang beli”
“Mia ada
beritahu masa majlis perkahwinan kita hari tu yang Sara rindu nak baca novel. Masa tu abang
ada tanya apa yang perkara yang sayang memang nak buat sepanjang Sara tidak
boleh melihat. Mia beritahu tu je. Itulah yang abang belikan untuk sayang. Tapi
sayang boleh baca seminggu satu buku sahaja. Bukan satu hari satu buku., Faham”
“Erm..laparlah”rengek
Adam. Dia menggosok perutnya. Fina
tersenyum.
“Jom makan.
Sara ada masakkan lauk kegemaran abang.”
Mereka
beriringan turun ke dapur sambil berpegangan tangan.
SEMBILAN
FINA perlahan-lahan membuka matanya. Kepalanya terasa pening. Fina melihat dia
sedang berbaring di atas katilnya. Setahu dia tadi dia sedang mengeluarkan
bahan-bahan untuk masak makan malam dan tiba-tiba matanya berpinar-pinar. Err..eh
tapi macam mana aku boleh ada kat atas katil ni. Fina memandang ke arah pintu
bilik yang dibuka dari luar. Adam tersenyum memandangnya.
Fina membalas
senyuman Adam. “Sayang dah sedar”tanya Adam.
“Hah..”Fina
bingung.
Adam duduk
disebelah Fina. Adam mengusap-usap tangan Fina. Fina tersenyum. Dia bermain
dengan rambut Adam yang ikal sebelum menyandar kepalanya di bahu Adam. Rasa
gembira apabila Adam pula memeluk bahunya.
“Abang..macam
mana Sara boleh ada kat dalam bilik ni. Setahu Sara, Sara di dapur tadi lepas
tu tiba-tiba mata berpinar. Lepas tu Sara tengok-tengok ada dalam bilik”
“Sara pengsan
tadi. Nasib baik abang balik. Abang pelik lah juga sebab Sara tak sambut abang
balik. Abang panggil sayang pun sayang tak dengar. Abang cari kat dapur tengok
sayang dah terbaring. Punyalah risau abang. Abang sempat telefon Akif suruh dia
datang dengan Lina, check sayang”
“Pengsan ???
So, Lina cakap apa. Fina sakit ye”
“Bukanlah..Fina
dan abang akan jadi mama dan papa” Adam memeluk isterinya. Bersyukur kerana
Fina mengandungkan anaknya.
“Abang..abang
serius ke”tanya Fina. Seperti tidak percaya dia bahawa Adam mengatakan bahawa
dia sedang mengandung.
“Betullah..buat
apa abang nak main-main.Dah sebulan” Adam tahu isterinya terkejut setelah
dimaklumkan dengan berita itu oleh Lina.
“Alhamdulillah,
Ya Allah” Fina tersenyum. Dia sudah membayangkan baju-baju bayi dan peralatan
bayi yang akan dibelinya. Tidak sabar rasanya saat itu.
“Mulai
sekarang sayang tak boleh buat kerja rumah. Nanti abang suruh Mak Mah datang
sini teman sayang di rumah. Mak Mah boleh tolong masak dan kemas rumah. Sayang
duduk sahaja. Baca novel ke tengok televisyen ke. Yang penting jangan buat
kerja berat. Lagi satu abang akan pastikan sayang minum susu setiap hari”Adam
membebel.
“Sayang
dengar tak apa yang abang cakap…mengelamun pula”
“Hah…apa yang
abang cakap. Sara tak dengarlah..Sorry Sara tak dengar”Adam menggeleng kepala
melihat telatah isterinya. Orang tengah bercakap boleh pula dia tak dengar.
Fina bergerak untuk turun dari katil. “Eh..sayang
nak pergi mana ni. Sayang kena hati-hati mulai sekarang tahu”pesan Adam. Dia
memegang tangan isterinya.
“Abangku
sayang, Sara nak pergi bilik air. Tak kan tak boleh kot”Fina tersenyum.. Risau
betul suaminya itu.
“Sayang
hati-hati tau”pesan Adam. Fina hanya mengangguk. Macam malah agaknya layanan
Adam terhadapnya lagi lapan bulan. Mahu bertambah berganda berat badannya kalau
tak buat kerja langsung.
Mata Adam tak
lepas dari pintu bilik air menunggu Fina keluar. Adam menunggu Fina di hadapan
pintu bilik air. Kenapalah lama sangat Fina di dalam bilik air. Pintu bilik air
diketuk berkali-kali. Fina membuka pintu sambil tersenyum ke arah Adam. Dia
pasti Adam risaukan dia.
“Kenapa lama
sangat”soal Adam.
“Saja…bagi
abang risau.hahaha”Fina ingin berlalu keluar dari bilik. Seronok dapat mengusik
Adam. Lucu melihat wajah risau Adam.
Adam menarik
tangan Fina. Kedua-dua pipi Fina dicubit geram. Nasiblah dapat isteri yang suka
mengusik ni. Jujur Adam katakan bahawa sepanjang masa dia bersama Fina tidak
pernah satu hari pun yang tidak mengembirakannnya.
“Terima kasih
sayang. Terima kasih kerana ceriakan hari-hari abang. Abnag sayang Sara. Abang
tak akan berhenti mencintai sayang . Abang berharap agar Allah akan terus
merestui cinta kita dan merahmati rumah tangga kita. Semoga cinta kita berkekalan
hingga ke akhir hayat”Adam mencium dahi isterinya penuh kasih.
“Sara pun nak
ucapkan terima kasih kerana abang sanggup terima Sara walaupun keadaan Sara
dulu macam tu. Sara sayang dan cintakan
abang. Cinta Sara tak akan hilang buat abang. Abang adalah cinta pertama dan
cinta terakhir Sara.”
Pipi suaminya
diusap penuh kasih sebelum menghadiahkan ciuman di seluruh wajah suaminya. Adam
tersenyum memandang Fina. Didakap Fina seerat-eratnya. Makin hari makin membara
kasih buat isterinya..
IMBAS KEMBALI
SEMASA
kejadian di rumah Datuk Nazhan, setelah selesai masalah di antara Fina dan
keluarganya Adam memberitahu kepada mereka semua bahawa dia ingin melamar Fina
sebagai isterinya. Mereka yang berada di situ semuanya terkejut. Tidak percaya
dengan apa yang di katakan oleh Adam. Adam serius dengan apa yang dikatakan.
Keluarga Adam
tenang apabila mendengar keputusan Adam yang ingin berkahwin dengan Fina.
Mereka sudah diberitahu terlebih dahulu oleh Adam. Puan Sri Afifah memang
berkenan dengan Fina. Dia sudah menganggap Fina sebagai anaknya dari mula Fina
bertandang ke rumahnya. Fina sangat rapat dengan adik Adam, Adriana Syafiqah.
Sikap mereka lebih kurang sama dan itu membuatkan Fiqa mudah rapat dengan Fina.
Datin Dahlia
dan Datuk Nazhan bersetuju dengan perkahwinan mereka. Daffa dan Daliya gembira
apabila adik mereka akan berkahwin juga dengan orang dicintainya. Seminggu
selepas itu Adam Syafiq sudah sah menjadi suami kepada Dafina Qaisara. Ahli
keluarga dan para tetamu yang hadir semuanya menadah tangan mengucapkan syukur
setelah pasangan pengantin itu sudah diijabkabulkan.
Meskipun Fina
tidak dapat melihat wajah kacak Adam yang memakai pakaian pengantin namun dia tetap
gembira kerana Adam tetap menerima dirinya yang serba kekurangan. Fina diminta
Adam untuk terus tersenyum bagi sesi bergambar mereka. Pelbagai gaya Adam suruh
Fina lakukan dan Fina hanya menurut. Terasa seperti bukan seorang permpuan buta
sahaja yang berkahwinan. Apa yang penting dia sangat gembira pada hari itu.
Lima bulan selepas
perkahwinan mereka, Daffa memberitahu bahawa semenjak dia bertemu dengan Fina
di KLCC dia sudah mendaftar nama Fina sebagai penerima kornea mata. Dan Daffa
menyatakan bahawa Fina akan dibedah seminggu lagi. Fina gembira tidak terkata
apabila pembedahan selamat dijalankan. Fina dapat melihat kembali wajah-wajah
orang yang disayanginya. Adam merupakan orang yang pertama dia lihat setelah
balutan matanya dibuka.
Hidup Fina
kembali seperti biasa. Dia tidal lagi menggunakan tongkat yang selama ini
sentiadsa berada di tangannya. Dia sudah dapat melakukan perkara-perkara yang
membataskannya untuk melakukan ketika tidak dapat melihat. Perkara pertama yang
dibuatnya ialah melihat gambr-gambar perkahwinannya dengan Adam. Adam kelihatan
kacak memakai baju melayu putih silver.
Setelah Fina
dapat melihat semula, Fina dapat melihat Daffa Qaiser yang melangsungkan
perkahwinannya dengan Hana Sufia manakala Daliya Qaisara pula bersama dengan
Zarif. Sahabat baiknya pula, Damia berkahwin dengan seorang pensyarah. Afif
Ikhwan. Fina gembira. Akhirnya..Fina hidup Fina kembali sempurna dengan adanya
orang-orang yang disayanginya disekeliling.
shierajamal.blogspot
Seronok baca cerita di atas....
BalasPadamthanks sudi baca :)
Padam