Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang 9 atau 10 inci
- 3 1/2 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
- 1 1/4 cawan tepung beras.
- 1/2 cawan tepung gandum.
- 1/2 cawan gula pasir.
- Secubit garam.
- 1 cawan pisang lenyek.
- pewarna kuning-Yatie tambah
- Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
- Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
- Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
- Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
- 3 cawan santan (1 cwn santan pekat dan selebihnya tambah air)
- 3/4 cawan tepung gandum.
- 1/4 cawan tepung jagung.
- 1/4 cawan gula pasir.
- secubit garam.
- Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
- Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
- Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
- Apabila masak, buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.
**Alaskan plastik terlebih dahulu di sekeliling loyang, sapukan sedikit minyak masak dan bolehlah kukus kuih spt biasa.
yatiememories.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan