1. Nama “Muhammad”
adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat
pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber
2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini
diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy,
Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab,
Al-Kuhl. Sumber
4. Beberapa ayat di
dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan
wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di
dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
6. Islam merupakan agama
yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber.
Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat
berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3%
setahun.
7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”
8. Jikalau sekarang
Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan
segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah
menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan
akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan
manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.
9. Berdasarkan data dari
Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika,
lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.
10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.
11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.
12. Jasad Firaun (Ramses
II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni
Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah
dan pasir. Aku yakin, ramai yang tak tahu nama sebenar firaun. Betul
tak?
Click Here
13. Solat yang pertama
dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar
bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis
selama enam belas bulan.
14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.
15. Kata-kata terakhir
Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii”
yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.
16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.
17. Musa A.S adalah nama
yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah
satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.
18. Semua anak lelaki
Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang
lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil
mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi
rasul yang baru.
19. Al Khawarizmi
(matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan
sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni
(fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan
cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
Aku pasti, ramai yang tak tahu fakta nih..
20. Makam Ibrahim
bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat
sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda
semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.
detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan