5 KESALAHAN APABILA MEMBASUH SELUAR JEANS
Ada beberapa pemakai/pengguna yang mengatakan korang sepatutnya tidak boleh membasuh seluar jeans
menggunakan mesin basuh ataupun tidak seharusnya mencuci seluar jeans
tersebut. Tetapi kebanyakan daripada kita, jika pakaian tersebut kotor
(dalam kes ni, seluar jeans), lemparkannya ke dalam mesin basuh bersama
pakaian kotor yang lain. Untuk menjaga denim/seluar jeans warna asas
biru dan hitam nampak seperti baru yang mungkin, elakkan seluar jeans
kesayangan korang rosak dengan mengikuti beberapa tips dibawah.
1. Mencuci dengan keluarkan bahagian dalam ke luar.
Kaedah ini
membantu mengurangkan kehilangan warna asas seluar jeans/denim. Sebelum
itu, pastikan anda zip atau butang semua dulu ye sebelum letakkan dalam
mesin basuh.
2. Padatkan mesin basuh dan yang lain dengan banyak
Sebenarnya
ramai yang membasuh dengan penuhkan mesin basuh dengan banyak. Lebih
banyak yang dibasuh, lebih rileks kerja korang kan? Tahu tak korang
dengan membasuh sebegini akan membuatkan pakaian anda lusuh, zip mudah
rosak dan juga jahitan benang akan tertanggal kerana tiada ruang untuk
berpusing dalam mesin tersebut. Ini juga menyebabkan pakaian akan
bersimpul sesudah mesin dihentikan.
3. Memilih kitaran mesin basuh yang salah.
Jika mahukan seluar jeans
kelihatan baru, korang perlu membasuh dan mengeringkannya dengan
kitaran mesin basuh yang lembut. Sementara itu, mencuci dengan tangan
adalah kaedah paling selamat dan murah tetapi mahal dari segi masa dan
usaha. Kecuali seluar jeans anda sangat kotor, adalah lebih baik untuk
mencuci mereka dalam air sejuk, memilih salah satu daripada kitaran
lembut, dan keringkan pada suhu yang rendah.\
4. Katakan tidak kepada pencuci memelihara warna (colour-preserving detergent).
Detergen
khas dirumuskan untuk mengekalkan warna gelap adakalanya menjadi. Ia
mempunyai bahan-bahan untuk membantu kain memegang atau memelihara warna
dan menyahaktifkan klorin di dalam air yang boleh pudarkan warna. Jika
anda mahu menyimpan seluar jeans anda menjadi warna gelap, adakalanya
bagus juga untuk melabur dalam detergen khas.
5. Tinggalkan denim atau seluar jeans dalam pengering terlalu lama.
Di
Malaysia, jarang menggunakan alat pengering kerana mempunyai matahari
yang membantu untuk mengeringkan baju korang. Tetapi ada juga yang
menggunakannya seperti yang tinggal di apartment atau kondominium. Kain
mengecut apabila ditinggalkan di dalam pengering terlalu lama untuk
mendapatkan lebih-kering dan “goreng.” Semua kain dan seluar jeans
apabila anda membawa ia keluar dari pengering, ianya lembap.
Hanya kibaskan sedikit dan biarkan kering rata pada ampaian.
Sumber : Suria fm/ terbakor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan