Assalamua'laikum wbt
Pada
zaman Rasulullah ada seorang wanita kulit hitam yang bernama Ummu
Mahjan. Dia selalu melapangkan masa untuk kerja membersihkan masjid.
Ummu Mahjan
kemudiannya meninggal dunia dan dikebumikan. Selang beberapa hari,
apabila Rasulullah lalu di kuburnya, barulah dikhabarkan bahawa kubur
tersebut ialah kubur Ummu Mahjan. Rasulullah menegur para sahabat yang
tidak memaklumkan kepadanya tentang kematian Ummu Mahjan. Lalu
Rasulullah berdiri dan solat jenazah di atas kuburnya. Sesudah itu
Rasulullah menyeru Ummu Mahjan dari atas kuburnya. Sabdanya
"Assalaamu'alaikum, ya Ummu Mahjan! Pekerjaan apakah yang paling
bernilai dalam amalanmu?"
Rasulullah diam sejenak. Kemudian baginda bersabda, "Dia menjawab bahawa
pekerjaan membersihkan masjid adalah pekerjaan yang paling bernilai di
sisi Allah. Allah berkenan mendirikan rumah untuknya di syurga dan dia
kini beristirehat di dalamnya."
*********************
Kita semua bercita-cita tinggi seperti doktor, peguam, cikgu dan
macam-macam lagi. Tapi ketahuilah bahawasanya pekerjaan yang paling
mulia di sisi Allah ialah membersihkan masjid. Sesungguhnya pekerjaan
membersih, mengemas, mengurus dan mengimarah masjid adalah suatu
pekerjaan mulia dan mempunyai jaminan ganjaran yang tinggi di sisi
Allah. Dikesempatan hidup yang masih ada, hulurkanlah budi & jasa
membersihkan rumah Allah. Semoga setiap ibadah & pekerjaan kita pada
hari ni dapat membantu kita diakhirat kelak.
Sumber : http://kisahkehidupan.webs.com/kisahteladan.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan