1. Para saintis
mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging
dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat
berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal
barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja
berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada
kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan
menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan
aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang
'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu
badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila
kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika
mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan
sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan
penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan
emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan
individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana
apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.
Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada
paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar
bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak
berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding
hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat
oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California
menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan
stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas,
dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan
pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua
diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10
minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah
tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik
seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan
tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa,
sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah
selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit),
sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang
menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu
merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan
ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian
terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang
diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak
langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang
yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang
sihat.
12. Senyuman dan ketawa
antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen,
sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut'
organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua
belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan
ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta
bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga
dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan
pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya
ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi
pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan
senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit
rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas
yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu
menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang
sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa
untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah
lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup
sekedar nya sahaja ok.
detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan