Dalam kajian baru-baru
ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) saintis
mendapati bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi
harus tidur pada siang hari untuk masa yang singkat (satu setengah jam,
misalnya). Para saintis telah mendapati bahawa otak merasa letih di
siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang
berkesan dan oleh kerana itu otak memerlukan rehat sejenak. Rehat bagi
otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun
gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di
siang hari.
Oleh kerana itu, saintis
menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar siang hari
dan memberi masa rehat kepada otak dapat menguatkan memori. Saintis
mendapati orang yang biasa tidur sebentar di siang hari menunjukkan
prestasi akademik mereka lebih baik dan kemampuan mengingat sesuatu
adalah lebih cepat.
Para ilmuwan mengatakan:
Fenomena tidur adalah sebuah kelebihan yang perlu direnungkan dan
dikaji lebih mendalam kerana ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci
Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci Nya Al-Quran tentang
pentingnya tidur di malam dan siang dan menegaskan bahawa tidur adalah
salah satu tanda kebesaran Allah dan kelebihan yang harus kita
renungkan. Allah berfirman:
(وَمِنْ
آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ
فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ) [الروم: 23].
"Dan di antara
tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari
dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar,
"(Surah Al-Rum 23).
*DIterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com / menerusi detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan