SIFAT MANUSIA YANG JAHIL l SUKA BERSANGKA BURUK l
Jahiliyah yang membawa maksud bodoh atau jahil. Yang dimaksudkan di
sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu
ialah masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial.
Manusia yang jahil pula bererti manusia
yang rugi di dunia dan merana di akhirat. Ramai manusia jahil namun
tidak sedar diri mereka adalah jahil. Antara ciri manusia yang jahil
adalah suka bersangka buruk. Dalam firman Allah surah Al-Hujurat ayat
12:
” Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (Supaya kamu tidak menyangka sangkaan
yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang
lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang
telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu
jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut)
dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat,
lagi Maha Mengasihani.”
1) Orang yang suka beribadah disangka riak
2) Orang yang suka rileks disangka malas
3) Orang yang suka pakai baju baru disangka suka menunjuk-nunjuk
4) Orang yang suka pakai baju lama disangka zuhud
5) Orang yang suka makan banyak disangka lahap
6) Orang yang suka makan sedikit disangka lahap
7) Orang yang baik disangka jahat
8) Orang yang jahat disangka baik
9) Orang yang senyum disangka mengejek
10) Orang yang masam disangka merajuk
11) Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
12) Orang yang diam disangka menyendiri
13) Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
14) Orang yang ceria disangka bela hantu
Ini adalah contoh-contoh manusia yang suka bersangka buruk. Bersangka buruk adalah sifat mazmunah dan tercela.
Oleh itu, bersangka baiklah dengan semua
orang disekeliling kita kerana bersangka baik itu menguntungkan bagi
semua pihak dan juga perbuatan sedemikian adalah perbuatan mahmudah
(terpuji). Jangan sesekali bersangka yang tidak baik dengan orang
terutama saudara sesama Islam kerana merugikan semua pihak dan dosanya
juga besar. Sekirany memiliki sifat sebegini, cepatlah bertaubat dan
beristighfar.
http://mahatera.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan