Penyakit gout berlaku disebabkan oleh
urik asid yang berlebihan dalam darah. Mendapan kristal urik asid
(monosodium urate) pada persekitaran sendi ataupun di dalam sendi
menimbulkan keradangan yang boleh menyebabkan sakit sendi.
Metabolisma dan pengendalian urik asid
yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan
buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang
berlebihan.
Selain menggunakan rawatan sakit gout
yang bersesuaian, perkara lain yang penting untuk penghidap sakit gout
ialah untuk mengelakkan atau mengurangkan makanan yang biasa dikaitkan
dengan penyakit gout.
- KEKAPIS (KERANGAN)
Perlu mengurangkan pengambilan makanan
laut sewaktu mengalami serangan. Cukup sekadar pengambilan setakat 4-6
auns sehari. Ini adalah kerana sumber makanan ini kaya dengan purin,
yang mana akan diuraikan menjadi asid urik.
- DAGING MERAH
Tidak semua daging mengandungi kandungan
purin yang sama. Sebagaimana diketahui daging putih lebih baik
berbanding daging merah. Seperti mana yang kita semua tahu, daging putih
lebih baik daripada merah. Akan tetapi, sesekali menikmati daging merah
tidak mengapa. Jika anda ingin makan, pilihlah daging lembu berbanding
ayam belanda dan kambing.
- AYAM BELANDA
Ayam Belanda dan angsa mengandungi
kandungan purin yang lebih tinggi berbanding lain-lain jenis makanan.
Jadi, ELAKKANNYA! Ayam (selain ayam Belanda) dan itik merupakan pilihan
paling selamat. Daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding dada dan kulit.
- MINUMAN MANIS
Elakkan meminum minuman manis dengan
sirap jagung yang kaya dengan fruktosa seperti soda atau minuman
buah-buahan. Ini kerana pemanis merangsang tubuh menghasilkan lebih
banyak asid urik.
- HERRING
ELAKKAN sama sekali herring, begitu juga
dengan tuna dan ikan bilis. Sebaliknya udang, udang kara, belut dan
ketam agak selamat untuk dimakan oleh anda.
- BIR
Bagi penghidap GOUT, anda akan
menghadapi dua kali ganda masalah. Ini kerana, bukan meningkatkan paras
asid urik, malah menyukarkan sistem perkumuhan menyingkirkannya dari
tubuh.
- ASPARAGUS
Asparagus, bunga kubis, bayam dan
cendawan kaya dengan purin jika dibandingkan dengan lain-lain jenis
sayuran. Namun, anda masih boleh mengambilnya dengan kadar sepatutnya.
- HATI
Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan pankreas PATUT DIELAKKAN sama sekali.
Semoga dengan mengurangkan atau
mengelakkan dari makanan-makanan di atas dapat mengurangkan atau
mengawal masalah sakit gout yang dihadapi. Selain itu teruskan
mengamalkan ubat penyakit gout yang sesuai samada secara moden atau ubat tradisional penyakit gout
klik4sihat.com .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan