Bagi anda yang bakal melangkah ke
alam perkahwinan, pastinya debaran kian terasa. Walaupun sudah lama
bercinta, namun alam rumahtangga yang bakal tiba dan berkongsi hidup
bersama sangat berbeza. Kerana dari situlah anda mengenali buruk baik
pasangan yang belum anda ketahui semasa alam percintaan. Namun, masih
belum terlambat untuk jadi yang terbaik untuk suami anda. Usah lemahkan
keyakinan dengan kekurangan anda, akan tetapi cuba ubah dan jadi yang
terbaik untuk bakal suami yang tercinta. Berikut merupakan ciri-ciri wanita dalam menambat hati sang suami sekaligus mengikat hati suami anda sehingga ke syurga. - petuaseharian.blogspot.com
Penyabar
Tidak semua wanita dilahirkan
mempunyai sikap yang sabar kerana wanita seringkali lebih emosional
dalam tindakan dan bersikap terburu-buru. Cubalah pupuk sikap sabar
dalam diri anda supaya bakal suami anda lebih menghormati anda.
Sekiranya sebelum ini anda bersikap kuat cemburu dalam perhubungan, cuba
pujuk diri anda supaya lebih positif dan bertoleransi dengan baik
sekiranya ada permasalahan yang timbul. Pastinya rumahtangga anda mekar
bahagia sekiranya anda positif dan sabar dalam setiap hal yang timbul.
Keibuan
Sikap keibuan sangat penting dalam
diri seorang wanita. Ini kerana dalam rumahtangga, anda bakal mempunyai
anak dan bertanggungjawab mendidik anak-anak tersebut menjadi seorang
yang berjaya dan berguna. Jadilah wanita yang lemah lembut dan bersikap
keibuan untuk memikat hati suami anda. Wanita yang bersikap keibuan
kelihatan lebih tenang dan juga mampu mendamaikan hati suami yang
memandang setiap kali penat pulang bekerja.
Manja
Lelaki umumnya sangat menyukai
wanita yang manja. Tidak salah anda manja dengan suami sendiri tapi
jangan terlalu manja dan mengada-ngada kerana sikap seperti ini boleh
membuatkan bakal suamimu bosan dan jemu dengan sikap anda. Sikap manja
berlaku dalam situasi yang bersesuaian dan bukanlah dibuat-buat di
hadapan orang. Jadilah wanita yang bijak dalam menambat hati si dia.
Sekali sekala jadi isteri yang manja dan nakal pastinya menyerikan lagi
rumahtangga yang dibina.
Memahami
Walaupun anda teman wanitanya, tidak
bermakna anda memahami segala kehendak hatinya. Sekiranya anda sedang
dilamun cinta, jadilah pasangan yang sentiasa memahami situasi pasangan
anda tidak kira dari segi kewangan, keluarga, persahabatan, permasalahan
atau saat dia bersenang lenang. Sekiranya si dia sedag menghadapi
masalah cuba cari jalan penyelesaiannya bersama dan usah pentingkan diri
dengan melarikan diri dari masalah tersebut.
Terima seadanya
Setiap orang mempunyai citarasa yang
berbeza dalam memilih pasangan hidup. Sekiranya anda benar-benar
menyayanginya, terimalah si dia seadanya sama ada kacak, cantik, buruk,
atau sebagainya. Jangan disebabkan dia tidak kaya atau mempunyai
kedudukan ekonomi yang tidak stabil membuatkan anda meninggalkannya.
Hargai pasangan
Hargailah pasangan anda tatkala dia
bersama anda. Jangan sesekali leka dengan telefon bimbit setiap kali
anda keluar bersama. Tumpukan perhatian anda pada si dia dan lupakan
masalah pejabat yang timbul untuk sementara. Setiap kali berjumpa,
pujilah pasangan anda dengan perkataan-perkataan indah dan manis supaya
dia merasa lebih dihargai dan disayangi.
Jaga penampilan
Penampilan yang selekeh dan tidak
terurus semestinya tidak disukai oleh mana-mana lelaki. Wanita terkenal
dengan sikap pembersih, menjaga kecantikan dan penampilan. Sikap inilah
yang menambat hati lelaki. Sekiranya anda sentiasa menjaga penampilan,
pasti si dia tidak teragak-agak untuk melayari alam rumahtangga bersama
anda kerana anda pasti menjaga rumahtangga dan kebajikannya dengan baik
dan teratur.
Tidak berkira
Sikap senang bertoleransi dan tidak
berkira akan lebih memikat hati lelaki. Anda perlu memahami tahap
kewangan si dia dan tidak terlalu mendesak dengan meminta-minta sesuatu
yang tidak mampu diberikannya. Seandainya si dia amat memerlukan bantuan
kewangan anda, bantulah dia seadanya dan ingat! Jangan terlalu memberi
sehingga anda habis segalanya sebelum sah bergelar miliknya.
Petua seharian petuaseharian.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan