Rabu, 22 Oktober 2014

Cara Memujuk Supaya Lelaki Masuk Meminang


gambar cincin tunang 
Cara Memujuk Supaya Lelaki Masuk Meminang

Membina sebuah perhubungan cinta mungkin sesuatu yang mudah tetapi membawa hubungan cinta itu ke sebuah perkahwinan mungkin sesuatu perkara yang agak susah. Ramai di antara kita mempunyai teman hidup atau erti kata lain “kekasih hati” namun tidak ramai diantara kita dapat membina sebuah mahligai rumah tangga dari sebuah percintaan itu.

Kepada wanita yang lanjut usianya mungkin fobia dengan keadaan seperti ini. Umur sudah meningkat, hubungan cinta sudah bertahun-tahun tetapi si dia masih tidak memberikan “lampu hijau” untuk meminang. Mungkin tips kali ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah seperti “Si Dia Lambat Meminang”.

Antara tips untuk memujuk lelaki masuk meminang adalah:

 
1. Solat Hajat 2 Rakaat dan Berdoa
Lakukan solat hajat dua rakaat untuk memohon kepada Allah supaya dibukakan hati si dia untuk melamar. Dalam sujud rakaat terakhir pohon kepada Allah(doa dalam hati) segala hajat yang dikehendaki. Selesai solat berdoalah kepada-Nya supaya makburkan segala hajat.

2. Ajak Jumpa Keluarga
 Tunjukkan anda betul-betul serius dalam perhubungan. Jika si dia belum pernah berjumpa dengan keluarga ajak si dia berjumpa dengan keluarga. Ini akan membuatkan si di merasakan bahawa kita begitu serius untuk berkahwin.

3. Berterus Terang
Tiada jalan terbaik untuk memujuk si dia masuk meminang iaitu dengan berterus-terang. Berterus terang dengan si dia dan nyatakan hajat di hati supaya si dia tahu apa sebenarnya niat di hati kita. Berterus-terang ini penting untuk mengetahui si dia betul-betul serius dalam perhubungan atau sekadar main-main
ammar blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...