Khamis, 30 Oktober 2014

Resepi - Kek Span Vanilla

 
Tips akhirnya saya cuba bermain dengan bahannya pulak tapi bahan cecair sebab dari kelas baking yang pernah saya hadiri, bahan cecair harus kurang dari bahan kering (tepung dsbnya) supaya kek tak mendap. Itulah yang saya buat, akhirnya hari ini dapatlah tekstur kek yang saya nakkan sangat selama ni. Suka sangat-sangat. Apa lagi jom semak resepinya. Memang tak banyak perubahan cuma yang saya ubah pada kandungan minyaknya saja. 
 
 

Span Vanilla
Print Recipe


Bahan:

6 biji telur (gred A) - buang 2 putih telurnya
1/2 cwn gula kastor
2/3 cwn tepung kek
1/2 cwn tepung jagung
50 g air sejuk peti ais
1 sdt baking powder
2 sb ovellete
60g minyak sayuran - resepi asal 75 g
1st essen vanilla

Cara:

Panaskan oven pada 150 C selama 20 minit. Griskan loyang dan alaskan kertas minyak. Griskan juga kertas minyak. Tak perlu griskan bahagian tepi loyang. Ayak bersama tepung kek, tepung jagung dan baking powder, ketepikan.

Masukkan semua bahan ( kecuali minyak sayuran). Pastikan bahan cecair termasuk telur di bawah sekali dalam bekas mixer dan bahan kering di atas. Gaulkan sekejap dengan spatula kesemua bahan-bahan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga adunan menjadi likat dan pada tahap "ribbon stage".
Perlahan kan mixer , masukkan minyak sayuran, putar pada kelajuan paling perlahan lebih kurang seminit. Matikan mixer. Kaup balik sebentar dengan spatula hingga minyak sebati dengan adunan.
Bakar pada selama 40-45 minit atau ikut kepanasan dan jenis oven masing-masing. Bila dah masak keluarkan dan terlangkupkan selama 5 minit di atas redai. Selepas 5 minit terus keluarkan dari loyang.

Nota: Saya bakar  pada rak tengah, pada suhu 150 C guna api bawah pada setengah jam pertama dan guna api atas-bawah pada 10-15 minit terakhir.
  my-mintroom.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...