Home Klik Di Bawah

Isnin, 13 Oktober 2014

Tips - Penyelesaian Bagi Masalah Jantung

fruit-and-veg 
Selepas kanser, penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia adalah penyakit jantung. Bertentangan dengan kepercayaan ramai, plak lembut atau baru di dalam arteri adalah lebih cenderung untuk pecah daripada yang telah stabil. Ini seolah-olah benar walaupun plak yang stabil menyempitkan arteri lebih daripada plak lembut baru.

Sementara rawatan konvesional tertumpu kepada menurunkan paras kolesterol dan/atau mengurangkan ketebalan darah, kardiologi komplementari menangani aterosklerosis dengan cara yang berbeza.

Keadaan ini dianggap sebagai satu gangguan metabolik kronik berbalik berserta dengan keadaan lain seperti darah tinggi, kencing manis, alahan, dan juga beberapa jenis kanser.

Kenaikan dalam jumlah kolesterol bukan teroksida  boleh dianggap sebagai tanda aterosklerosis, tetapi ia mungkin bukan puncanya.

Sepuluh penanda darah yang memandu terapi komplimentari untuk menterbalikkan perkembangan penyakit jantung termasuk:
 


Protein C-Reaktif
Seperti kebanyakan masalah kesihatan kronik yang lain, aterosklerosis mungkin akan dikaitkan dengan keradangan kronik, yang diukur oleh penanda ini.

Selain memulakan plak daripada kecederaan (lesi) akibat keradangan, secara meluas diketahui bahawa untuk plak pecah, perlu juga ada keradangan. Mereka yang mempunyai penyakit gusi atau imuniti yang lemah dan mengalami jangkitan yang kerap juga cenderung mempunyai skor protein C-reaktif yang tinggi.

Makan makanan yang rendah omega-6 dan tinggi dalam omega-3 atau lemak mono-tak tepu. Ingat bahawa daging dan produk sampingan daripada ternakan yang diberi makan jagung dan malah ikan (salmon oren) boleh menyebabkan keradangan kerana ia tinggi dalam omega-6.

Homosistein

Selain memendekkan telomere pada akhir kromosom, produk sampingan metabolisme protein ini secara meluas diakui sebagai lebih berbahaya daripada jumlah kolesterol sebagai penanda untuk penyakit jantung sejak ia dikenal pasti pada tahun 1969 oleh Kilmer McCully daripada Universiti Harvard.

Ianya sedang ditangani dalam perubatan anti-penuaan kerana hiperhomosistinemia juga mengaitkan strok dan penyakit Alzheimer. Keadaan ini semakin meningkat disebabkan oleh pengambilan tinggi makanan terproses dan bijirin tanpa vitamin B.

Pengambilan terselia suplemen vitamin B12, B6, folat, dan magnesium sitrat dapat membantu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai gen varian ApoE-4.

Ferritin
Zat besi adalah mineral penting. Berlebihan, zat besi yang disimpan (ferritin), yang merupakan agen pengoksidaan yang kuat, dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik. Penanda ini dilihat sebagai lebih merbahaya daripada jumlah kolesterol. Pengoksidaan menyebabkan kolesterol melekat pada arteri. Jangan ambil suplemen zat besi kecuali serum ferritin anda diuji.

Daging, organ dalaman, belut, kerang, kuning telor, dan cashew nut adalah kaya dengan zat besi. Pengkelat nutraseutikal untuk ferritin termasuk dedak padi IP-6 dan kuersetin.

Kortisol
Bagi mereka yang adrenal sihat, skor kortisol yang tinggi menandakan stres tinggi. Walau bagaimanapun, mereka dengan sindrom keletihan kronik (kekurangan adrenal), skor kortisol luar biasa rendah mungkin akibatnya.

Stres yang berpanjangan bukan sahaja menjejaskan keadaan mental seseorang, tetapi juga jantung. Tahap kebimbangan yang tinggi mungkin meningkatkan risiko sebanyak 700%. Stres yang tidak ditangani akan menyebabkan kemurungan, yang akan meningkatkan risiko sakit jantung sehingga 400%.

Kajian menunjukkan kerunsingan kronik adalah petunjuk bagi penyakit jantung maut. Kajian lain menunjukkan marah boleh meningkatkan risiko berlaku sakit jantung kedua sebanyak 700%.
Tidur yang cukup dan adatogen digunakan untuk menurunkan tahap kortisol seseorang.

Fibrinogen
Darah yang pekat kemungkinan menunjukkan keradangan kronik. Keadaan ini menggalakan darah beku, gangren bagi pengidap diabetes, keletihan, dan stres mekanikal pada organ seperti jantung dan buah pinggang.
Pengurangan pengambilan kanji atau gula terproses dan minuman mengandungi kafein, dan meningkatkan pengambilan cecair dan sayur-sayuran segar boleh membantu mencairkan darah.

HbA1c
Pengidap diabetes mempunyai risiko tinggi mendapat sakit jantung kerana arteri cenderung tersumbat lebih cepat daripada bukan pengidap diabetes. Diabetes boleh diterbalikkan melalui pengubahsuaian gaya hidup atau pemakanan dengan atau tanpa nutraseutikal.

Tekanan Darah
Manusia yang paling panjang umur mempunyai tekanan darah sekitar 115/75. Secara umum, darah tinggi boleh diterbalikkan melalui pengubahsuaian gaya hidup atau pemakanan dengan nutrien seperti L-arginin, magnesium sitrat, potasium sitrat, CoQ10, dan EPA/DHA.

Hormon Rangsangan Tiroid
Jika anda mengidap hipotiroidisme (metabolisme rendah), anda boleh meningkatkannya dengan pengubahsuaian gaya hidup atau pemakanan dan nutrien.
Secara umum, pengambilan kanji atau gula terproses yang berlebihan merendahkan metabolisme seseorang manakala pengambilan protein yang tinggi akan meningkatkannya. Senaman yang kerap juga membantu melanjutkan peningkatan metabolisme.

Lipoprotein [a]
Kolesterol yang sangat kecil dan melekit ini sangat mudah melekatkan dirinya ke arteri. Dikeluarkan oleh hati sebagai tindak balas kepada penuaan sistem vascular kita, peningkatannya dianggap sebagai faktor risiko bebas untuk sakit jantung. Dapatkan nasihat pakar pemakanan untuk menangani keadaan ini.

Lipoprotein Berketumpatan Tinggi (HDL)
Kolesterol HDL yang tinggi menggalakkan arteri yang bersih dan kita adalah sama tua dengan arteri kita. Kebanyakan rempah ratus dan nutraseutikal dapat membantu meningkatkan paras HDL.
Nota: Dato’ Steve Yap adalah Presiden Persekutuan Persatuan Perubatan Komplimentari dan Semula Jadi

Artikel asal: http://www.thesundaily.my/news/627541/ menerusi http://kesihatan.biz/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan