Memiliki
hobi atau suka penuhkan masa terluang dengan aktiviti memang ‘best’
walaupun perlu melabur wang banyak untuk capai kepuasan. SHUHADA MANSOR
senaraikan antara hobi mahal kegemaran individu berbeza-beza.
Tunggang Kuda
Terletak
di tangga teratas senarai adalah hobi menunggang kuda. Logiknya, wang
banyak perlu dilaburkan untuk disalur kepada sesi latihan menunggang,
bayaran kuda, teknik, peralatan dan barang lain berkaitan.
Kumpul Hasil Seni
Lukisan
antara karya seni yang agung dan mempunyai nilainya tersendiri apatah
lagi ia hasil sentuhan pelukis ternama. Sebagai pengumpul karya seni,
anda perlu wang yang banyak dalam bank untuk menambah koleksi sedia ada.
Setiap hasil seni dijual atau dilelong pasti dibida dengan harga
tinggi. Sebagai contoh, lukisan pelukis Jackson Pollock yang dilelong
terjual dengan nilai lebih AS$140 juta (RM420 juta). Begitu juga dengan
koleksi barangan lain seperti jam, kasut dan sebagainya.
Terbang
Sesiapa pun pasti sukakan pemandangan
dari atas langit. Hobi terbang dengan menaiki pesawat disewa pastinya
perlukan perbelanjaan besar. Dianggarkan kos sewa pesawat dan
keseluruhannya membabitkan AS$20,000 (RM60,000). Perlu mempunyai lesen
juruterbang, tahu teknik dan kemahiran lain pastinya memakan belanja
tinggi. Hal ini turut membabitkan sukan paragliding dan seumpamanya. Lumba Kereta
Belon Udara
Hobi ini mungkin lebih tenang berbanding lumba kereta tetapi modal perlu dikeluarkan tidak jauh berbeza. Dianggarkan untuk mendapatkan sebiji belon udara bernilai AS$45,000 (RM135,000) kerana lebih puas hati jika terbang menggunakan belon sendiri. Walaupun tidak serumit kapal terbang namun hobi ini memerlukan peminatnya belajar terlebih dulu cara menerbangkan belon dan mengawalnya. Sebanyak AS$35,000 (RM105,000) diperlukan lagi untuk pembiayaan terbabit.
Panjat Gunung
Mendaki gunung boleh dikategorikan hobi mahal kerana peralatannya bukan murah. Untuk memiliki kasut, beg dan perkakas lain, ia perlulah berkualiti demi keselamatan ketika mendaki. Perlu tahu, tidak semua gunung boleh didaki secara percuma. Gunung Everest contohnya perlu dibayar sebanyak AS$60,000 (RM180,000) bagi sesiapa yang ingin menawannya.
Berlayar
Menyusuri laut dengan keluarga dan orang tersayang memang suasana mendamaikan tetapi kocek perlukan tebal dengan duit terlebih dulu. Peruntukkan perlu untuk menyewa perahu atau bot kecil, mengisi bahan bakar, makanan dan mengupah pemandu. Jika kekurangan modal, menaiki kapal besar mengelilingi pulau sudah memadai.
Berburu
Memburu bukanlah aktiviti orang kebanyakan tetapi bagi sesiapa yang sukakannya pasti kecapi kepuasan berbeza. Berburu untuk mendapatkan kulit atau bulu binatang lebih mahal modal berbanding berburu biasa. Hal ini dapat dibuktikan dengan barangan kulit dijual di pasaran tersenarai antara barangan kelas tinggi. Setidak-tidaknya anda memerlukan AS$30,000 (RM90,000) dalam poket untuk kos membeli peluru, lesen, senapang dan perkakas lain.
Sumber : Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan