Kereta super
berjenama dunia seperti Lamborghini, Ferrari, Maseratti, Porshe dan
yang lainnya mempunyai para peminatnya yang tersendiri terutamanya dari
negara pengeluarnya sendiri..Kini, Denmark juga tidak ketinggalan dalam
mencipta kereta super pertama keluaran negara itu untuk turut bersaing
dengan jenama-jenama besar dunia..Nak tengok apa rupa kereta berkenaan,
meh usha kat bawah ni..
Orang-orang Denmark
kini boleh dilihat sebagai satu masyarakat yang gilakan kereta berkuasa
tinggi. Dengan terciptanya kereta keluaran negara mereka sendiri ini,
mereka akan pastikan jentera hebat yang bernilai lebih US$1 juta ini
mempunyai kuasa kuda yang lebih tinggi berbanding Bugatti Veyron.
Zenvo ST1 merupakan
kereta super pertama keluaran Denmark dan telah dipamerkan buat pertama
kalinya di Dubai Motor Show pada lewat 2013. Zenvo merupakan syarikat
automotif kereta super yang telah diasaskan pada tahun 2004 dan
bertujuan untuk menjadi suatu jenama terkenal dalam industri automotif
kereta super pada masa akan datang.
Model pertama
mereka, ST1 mempunyai enjin berkuasa 1,104 kuasa kuda dan 1,054 paun per
kaki tork, semuanya dari enjin V8 6.8 liter yang mempunyai kedua-dua
"supercharged dan turbocharged."
Enjin yang berkuasa
tinggi ini mampu memecut kereta dari 0-62 mph dalam masa 3 saat serta
mempunyai kelajuan tertinggi sebanyak 223 mph.
Kereta super ini
akan dilancarkan secara rasminya pada bulan hadapan di Geneva Motor Show
dan akan mempunyai tag harga sebanyak US$1 juta.
drysheet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan