Lokasi roundabout ini di Swindon, England. Ia dibina pada 1972 dan dikenali sebagai The Magic Roundabout. Direka oleh Frank Blackmore, bulatan ini
mempunyai lima bulatan kecil yang disusun mengelilingi satu bulatan
besar bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut.
Bulatan ini diundi sebagai 'worst roundabout' dalam
satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah syarikat insurans UK pada
tahun 2005, dan sekali lagi dipilih menerima gelaran tersebut setelah
satu tinjauan sama dilakukan oleh sebuah majalah permotoran UK pada
tahun 2007. Pada Disember 2007, BBC News pula melaporkan bulatan
ini tersenarai sebagai salah satu '10 Scariest Junctions in the United Kingdom'.
Walaupun digelar sebagai bulatan paling mengelirukan pernah
dibina, ia sebenarnya antara persimpangan trafik paling selamat untuk
digunakan. Dalam tempoh 25 tahun pertama berkhidmat, hanya 14 kemalangan
serius dan seratus lebih kemalangan kecil berlaku di sini. Suatu kadar kemalangan yang dikatakan jauh lebih sedikit daripada jangkaan awal. Ini kerana trafik bergerak terlalu perlahan untuk menyebabkan kerosakan serius sekiranya berlaku perlanggaran.
Papan tanda The Magic Roundabout |
Orang luar yang tidak
pernah menggunakan bulatan ini semestinya akan tertanya-tanya bagaimana
ia berfungsi. Mudahnya, arah aliran trafik lima bulatan kecil mengikut
pusingan jam, manakala arah aliran trafik bulatan besar di tengah-tengah
melawan pusingan jam. Aliran sebegini memberi pilihan kepada pengguna
untuk memilih laluan keluar daripada bulatan, bergantung kepada
kesesuaian dan keselesaan pemanduan ketika itu. Bulatan besar di
tengah-tengah itu umpama jalan pintas kepada pengguna untuk masuk ke jalan lain.
Menurut sumber, bulatan
ini amat efisien bagi kebanyakan penduduk tempatan Swindon walaupun
ketika waktu puncak. Sudah lebih 40 tahun dibina, idea pada bulatan ini
masih dianggap relevan meskipun dengan pertambahan kenderaan kini.
The Magic Roundabout
atau bulatan pelik ini bukan satu-satunya di dunia. Beberapa bulatan
lain juga menggunakan konsep yang sama seperti bulatan di Swindon ini,
contohnya seperti The Plough Roundabout, Hemel Hempstead juga di England.
The Plough Roundabout |
Pautan: Amusing Planet, Wikipedia / kongsa kongsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan