Isnin, 24 Mac 2014

Bercinta Sebelum Kahwin Membazir!


bercinta sebelum berkahwin

Cinta adalah anugerah yang paling berharga kurniaan Allah kepada insan yang terpilih. Hanya insan terpilih sahaja akan merasai nikmat cinta. Cinta susah untuk diluahkan dengan kata-kata. Hanya hati tahu apa itu cinta. Kerana cinta manusia merasa bahagia. Kerana cinta manusia merasa gembira. Kerana cinta manusia merasa disayangi. Tetapi ingat! Cinta pada yang belum pasti sudah tentu akan ada buruknya.




Memandangkan keadaan dunia sekarang semakin moden, konsep cinta juga berubah mengikut arus perdana. Jika dahulunya bercinta selepas nikah selalu dipraktiskan dalam kalangan orang melayu tetapi “cinta itu” semakin hari semakin hilang ditelan zaman.

Ramai anak muda sekarang suka bercinta sebelum nikah. Mereka merasakan cinta sebelum nikah itu dapat menjamin kebahagiaan mereka setelah berkahwin nanti. Tetapi mereka silap, kerana bercinta sebelum nikah mempunyai banyak keburukan daripada kebaikan. Sebagai contoh, bercinta sebelum nikah boleh mendekatkan diri kepada dosa seperti maksiat, zina, masalah sosial dan sebagainya. Jika ditidak dibendung perkara ini boleh menjadi lebih serius.

Ada juga pihak yang mengatakan bercinta sebelum kahwin adalah membazir. Membazir dari segi apakah? Banyak aspek yang boleh diketengahkan dalam konteks membazir ini. Sebagai contoh adalah seperti berikut:
  1. Membazir masa kerana selalu keluar berdating.
  2. Membazir wang.
  3. Membazir kasih sayang(kasih sayang diluahkan kepada yang belum sah sebagai suami isteri)
  4. Membazir airmata.
ammar blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...