Makanan ringan samada snek (snack
foods) ataupun snek kurang zat (junk foods) adalah makanan mudah guna
yang termasuk dalam kategori makanan segera. Ia hanya memerlukan masa
dan usaha yang sedikit untuk disediakan samada sejuk ataupun panas.
Walaubagaimanapun, makanan ringan sering dikaitkan dengan makanan yang
tidak berkhasiat dan memudaratkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis
makanan dan cara penyediaannya. Berikut disenaraikan beberapa jenis
makanan ringan yang menyihatkan:
1. Kacang
Segenggam
kacang tanah rebus, badam atau pelbagai jenis kacang lain dalam sehari
tidak akan menggemukkan. Kacang tanah mengandungi zat besi, vitamin E,
kalsium, vitamin B kompleks, fosforus dan kandungan protein yang tinggi.
Ia bukan sahaja dapat mengalas perut yang sedang berkeroncong, malah
makan segenggam kacang tanah setiap hari terutama bagi pesakit kencing
manis akan dapat membantu kekurangan zat di dalam badan.
2. Telur
Telur
sering dikaitkan dengan kegemukkan kerana mempunyai kandungan kolestrol
yang tinggi. Walaubagaimanapun, jika kita bijak mengolah hidangan yang
berasaskan telur, ia akan menjadi hidangan yang sihat kerana manfaat
telur lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya. Ia bukan sahaja
kaya dengan vitamin serta mineral malah mengandungi sumber protein yang
tinggi dan boleh membuat kita berasa kenyang dengan lebih lama.
3. Avokado
Avokado
adalah buah sihat yang kaya dengan lemak tidak tepu dan boleh
mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Mengambil avokado
setiap hari selama sebulan boleh membantu menurunkan berat badan dan
mencapai tahap kolesterol yang rendah. Selain disediakan dalam bentuk
jus atau salad, avokado juga enak dijadikan inti sandwich atau dimakan
bersama sushi.
4. Ayam goreng
Ayam
goreng mengandungi protein yang tinggi iaitu sebanyak 16% dan lemak
sebanyak 15%. Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B1,
B2, niasin, kalsium dan zat besi. Sekiranya minyak yang digunakan semasa
menggoreng berkualiti, ayam goreng boleh menjadi sumber makanan yang
baik.
5. Yogurt
Susu
yang berasa masam ini bukan sahaja sedap malah mempunyai khasiat yang
pelbagai. Selain kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium ia juga
mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan
riboflavin yang dapat meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah
osteoporosis.
6. Cendawan
Cendawan
adalah makanan yang rendah kalori dan mengandungi banyak serat yang
boleh membuat kita berasa lebih kenyang dengan lebih lama. Ia bukan
sahaja mampu merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah, malah dapat
meningkatkan sistem ketahanan badan. Makan semangkuk sup cendawan lebih
elok berbanding mengunyah sepotong pizza atau sepinggan mee segera.
7. Roti Gandum
Bagi
yang sedang mengamalkan diet, pengambilan nasi sebagai makanan ruji
boleh diganti dengan roti gandum kerana roti mempunyai kelebihannya yang
tersendiri. Roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole
grain) adalah hidangan ringan yang kaya dengan vitamin B kompleks,
serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan yang
memberikan rasa kenyang dengan lebih lama.
http://www.trymasak.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan