Home Klik Di Bawah

Isnin, 17 Mac 2014

Tips - Makanan ringan yang sihat

Makanan ringan samada snek (snack foods) ataupun snek kurang zat (junk foods) adalah makanan mudah guna yang termasuk dalam kategori makanan segera. Ia hanya memerlukan masa dan usaha yang sedikit untuk disediakan samada sejuk ataupun panas. Walaubagaimanapun, makanan ringan sering dikaitkan dengan makanan yang tidak berkhasiat dan memudaratkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis makanan dan cara penyediaannya. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan ringan yang menyihatkan:

1. Kacang
 

Segenggam kacang tanah rebus, badam atau pelbagai jenis kacang lain dalam sehari tidak akan menggemukkan. Kacang tanah mengandungi zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, fosforus dan kandungan protein yang tinggi. Ia bukan sahaja dapat mengalas perut yang sedang berkeroncong, malah makan segenggam kacang tanah setiap hari terutama bagi pesakit kencing manis akan dapat membantu kekurangan zat di dalam badan.
 

2. Telur
 

Telur sering dikaitkan dengan kegemukkan kerana mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Walaubagaimanapun, jika kita bijak mengolah hidangan yang berasaskan telur, ia akan menjadi hidangan yang sihat kerana manfaat telur lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya. Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin serta mineral malah mengandungi sumber protein yang tinggi  dan boleh membuat kita berasa kenyang dengan lebih lama.

3. Avokado
 

Avokado adalah buah sihat yang kaya dengan lemak tidak tepu dan boleh mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Mengambil avokado setiap hari selama sebulan boleh membantu menurunkan berat badan dan mencapai tahap kolesterol yang rendah. Selain disediakan dalam bentuk jus atau salad, avokado juga enak dijadikan inti sandwich atau dimakan bersama sushi.
4. Ayam goreng
 

Ayam goreng mengandungi protein yang tinggi iaitu sebanyak 16% dan lemak sebanyak 15%. Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B1, B2, niasin, kalsium dan zat besi. Sekiranya minyak yang digunakan semasa menggoreng berkualiti, ayam goreng boleh menjadi sumber makanan yang baik.

5. Yogurt
 
Susu yang berasa masam ini bukan sahaja sedap malah mempunyai khasiat yang pelbagai. Selain kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium ia juga mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin yang dapat meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis.

6. Cendawan
 

Cendawan adalah makanan yang rendah kalori dan mengandungi banyak serat yang boleh membuat kita berasa lebih kenyang dengan lebih lama. Ia bukan sahaja mampu merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah, malah dapat meningkatkan sistem ketahanan badan. Makan semangkuk sup cendawan lebih elok berbanding mengunyah sepotong pizza atau sepinggan mee segera.
 
7. Roti Gandum
 
Bagi yang sedang mengamalkan diet, pengambilan nasi sebagai makanan ruji boleh diganti dengan roti gandum kerana roti mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole grain) adalah hidangan ringan yang kaya dengan vitamin B kompleks, serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan yang memberikan rasa kenyang dengan lebih lama.
http://www.trymasak.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan