Sejarah Kota Melayu Melaka Yang Disembunyikan | Semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka untuk
mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan, masyarakat dan kerajaan
Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh Portugis yang datang ke
Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan
Melaka.
Lakaran
menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah Portugis.
Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam
ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam
lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan
oleh tentera Acheh.
Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan
kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran
tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan
binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara
tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De
Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.
Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut.
Pembangunan
fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara
Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka
mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan
sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan
bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang
erat diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek
pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum
Islam.
Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu jugamenunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal Portugis. Berdasarkan
lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati
asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta
diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama dilihat di
Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup membanggakan orang melayu
khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini menjadi bukti nyata
tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna bahawa lakaran
tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam
hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang
Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada
ketika itu.
Lakaran Portugis juga turut merakamkan peristiwa peperangan yang
berlaku diantara armada Portugis dengan Melaka. Dari lakaran tersebut
diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada kapal Portugis dapat
merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-kapal
yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat
dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di
pelabuhan Melaka. Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya
sebuah bangunan yang mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan
adalah masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa
buah lagi bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada
batu atau konkrit dan mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan
ini berkemungkinan adalah istana sultan atau sebuah bangunan yang
terpadat di dalam kompleks kota pelabuhan Melaka.
Lakaran diatas adalah menunjukkan serangan armada Portugis terhadap Kota Melaka. Banyaknya bilangan kapal dalam lakaran menunjukkan bukan sahaja askar Portugis yang terlibat dalam penyerangan tersebut, malahan mungkin juga askar upahan.
Jika anda semua perhatikan betul-betul lakaran penyerangan armada Portugis ini, anda akan dapat melihat dari kejauhan di pelabuhan Melaka deretan bangunan-bangunan yang besar, bertingkat-tingkat dan juga berkubah serta mempunyai beberapa menara. Mungkinkah ini bentuk Istana atau masjid Melaka yang sebenar?
Peristiwa peperangan Melaka juga ada dirakam dengan lakaran yang
dibuat oleh orang Portugis. Lakaran tersebut menunjukkan strategi
serangan orang Portugis terhadap Bandar Melaka dan juga bagaimana
strategi orang Melaka mempertahankan bandar mereka yang memperlihatkan barisan pejuang dan hulubalang malahan gajah-gajah perang. Dalam
konteks ini, suatu alat berupa carriage diikat pada gajah-gajah
tersebut dan ditempatkan hulubalang-hulubalang untuk melakukan serangan
terhadap askar-askar Portugis yang sedang bersedia untuk menghadapi
serangan orang Melaka. Lakaran ini juga memperlihatkan bagaimana
perbezaan strategi serangan yang digunakan oleh Portugis dan orang
Melaka. Pihak Portugis kelihatan menggunakan taktik serangan manakala orang Melayu lebih bersifat bertahan.
Berdasarkan
lakaran tersebut juga kita dapat lihat persenjataan yang digunakan oleh
kedua-dua pihak. Portugis menggunakan lebing panjang yang lazimnya
digunakan di Eropah, manakala orang Melayu mengunakan lembing atau
tombak yang lebih pendek. Apa yang menarik ialah kelihatan
tembok kota Melaka yang telah dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti
batu bata dan laterit. Reka bentuk tembok tersebut juga menunjukkan
struktur pembinaan yang dilengkapi dengan tempat-tempat peninjau pada
sudut-sudut tertentu. Manakala bahagian dalam kota kelihatan senibina rumah-rumah Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan saudagar.
Lakaran menunjukkan peristiwa penyerangan tentera Portugis keatas kota Melaka. Lakaran sebegini adalah julung-julung kalinya ditemui oleh sejarawan kita. Selama ini kebanyakan lakaran yang kita dapati hanyalah gambaran pelukis. Namun lakaran ini dipercayai adalah lakaran sezaman dengan peristiwa sebenar. Oleh itu kita dapat mengandaikan bahawa lakaran ini adalah gambaran seorang pelukis yang berada diwaktu tersebut.
Terdapat sebuah lagi lakaran yang berjaya diperolehi oleh mahaguru
saya dari arkib dan peprustakaan di Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil
pedagang Portugis iaitu Lopez De Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka
disambut menurut adat kebesaran tetamu kenamaan dari negeri luar ada
dilakarkan. Dalam lakaran ini beliau telah diberi penghormatan
untuk menunggang gajah yang menjadi salah satu pengangkutan resmi
kerajaan Melayu. Dalam perarakan menuju ke istana Melaka, De Sequera
diiringi rombongan Portugis. Lakaran ini juga memperlihatkan
senibina tembok kota dan pintu gerbang istana sultan Melaka yang
diperbuat daripada bahan-bahan binaan yang kukuh. Berdasarkan kepada
lakaran ini, bahan binaan tembok adalah daripada batu putih
tempatan.
Manakala Istana Sultan Melaka juga diperbuat daripada bahan
binaan yang sama. Oleh itu istana Melaka yang terdapat di
Melaka sekarang tidak menepati senibina istana asal yang diperbuat
hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan tersebut menarik perhatian
sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan kedatangan Portugis. Dalam
lakaran tersebut juga memperlihatkan pengawal-pengawal dan hulubalang yang berada di luar pagar Melaka membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka juga memakai pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang dengan lain bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom. Istana
Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah yang
menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas
balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri
dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang
dikatakan dalam Sejarah Melayu.
Lakaran menunjukkan perarakan utusan Portugis ke Istana Melaka dengan disaksikan oleh penduduk Melaka. Apa yang menariknya keadaan penduduk melaka yang hairan melihat Benggali Putih ini turut dicatatkan dalam Sejarah Melayu. Yang lebih menarik perhatian ialah binaan Istana Sultan Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan