Jambatan titian sirat
yang lebarnya hanya sehelai rambut yang dibelah tujuh dan tajamnya lebih
daripada mata pedang. Dibawahnya terbentang NERAKA dan disebelahnya
terbentang SYURGA yang luas.
Diceritakan bahawa,
untuk merentasi titian mengambil masa 15000 tahun. 5 ribu tahun menaik, 5
ribu tahun mendatar dan 5 ribu tahun menurun.
Al-Siraṭ al-Mustaqim (Bahasa Arab: الصراط المستقيم), atau Al-Sirath
(Bahasa Arab: الصراط) sahaja, ialah satu istilah dalam agama Islam yang
berasal dari bahasa Arab yang secara harfiahnya bererti "jalan yang
lurus". Frasa ini tercantum pada Surah Al-Fatihah ayat 6-7 yang
berbunyi:
Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah
Engkau (Allah) beri Nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula jalan
orang-orang yang sesat. (Al-Fatihah / Pembukaan : 6-7 )
Dalam konteks Islam Sirat-al-Mustaqim adalah jambatan/titian yang
terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki
kait, cakar dan duri. Setelah melepasi masa di Padang Mahsyar, kaum
Muslim akan dibentangkan sirath bagi mereka di atas neraka jahannam
sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai berdasarkan
kadar keimanan mereka.
Orang yang pertama kali melintasi titian Sirath itu adalah Nabi Muhammad
s.a.w., kemudian Nabi Muhammad berdiri di tepi Sirath seraya berdoa,
“Rabbi, selamatkan, selamatkan!”
Jika ada umat-Nya yang pernah menyekutukan Allah dengan kesyirikan besar
dan belum bertaubat sebelum kematiannya, akan mengakibatkan kekekalan
di dalam neraka.
Adapun orang-orang kafir dengan berbagai jenisnya, musyrikin, penyembah
berhala, atheis dan yang lainnya, mereka itu akan dimasukkan ke dalam
neraka dan akan dibukakan ketujuh pintu neraka jahannam bagi mereka.
Sesuai dengan Surah Az-Zumar: 71, “Orang-orang kafir dibawa ke neraka
Jahanam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka
itu dibukakanlah pintu-pintunya. - Surah Az-Zumar, Ayat 71.” dan Surah Al-Hijr, 15,44. “Jahanam
itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk
golongan yang tertentu dari mereka. - Surah Al-Hijr, 15,44.”
*Sumber dari ms.wikipedia.org/wiki/Sirat-al-Mustaqim dan
peribadirasulullah.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan