Khamis, 1 Januari 2015

Tips - Cara Kenal Pasti Power Bank Pineng yang Asli



Pembukusan

Kesemua kotak power bank PINENG yang asli mesti mempunyai label. Ianya ada pada kesemua model. Anda perlu gores cop tersebut dan dua baris nombor akan kelihatan yang mana jumlahnya adalah 16 digit. Masukkan nombor tersebut pada ruangan Security check di http://en.pineng.cn   untuk pengesahan.

Sekiranya kotak tersebut tidak mempunyai label sekuriti itu, ia adalah bukan produk yang asli.
 


Cara untuk kenal pasti produk PINENG yang tiruan

1. Cop pada kotak



Pusingkan tersebut dan warna cop tersebut akan bertukar. Anda boleh melihat cop asli mempunyai tulisan 3D dan mempunyai kesan warna warni. Manakala yang tiruan pula hanya bewarna kuning.

2. Keputusan pengesahan kod

Gores cop pada kotak dan masukkan 16 digit kod pengesahan itu pada ruangan Security check di http://en.pineng.cn  

i) Kesemua kod pengesahan adalah unik, anda mesti adalah orang yang pertama mengesahkan kod pada cop tersebut,
ii) Power bank PINENG yang palsu menggunakan kod yang sama pada kesemua produk mereka jadi anda akan tahu sekiranya kod tersebut sudah berkali-kali disemak dan disahkan.
iii) Sekiranya kod pengesahan anda tidak dapat dikesan oleh sistem ia bermakna produk yang anda beli itu adalah PINENG yang tiruan.



3. Bahagian belakang power bank

  

Power bank PINENG yang palsu menggunakan tulisan yang tebal.

4. Harga produk

Sila berpandukan harga di http://www.pineng.com.my   sekiranya anda sedar yang harga dijual terlalu murah anda harus berwaspada.

5. Tempoh Waranti

Power bank PINENG yang asli menyediakan polisi waranti 1 tahun pertukaran 1 kepada 1 power bank yang baru. ─ Siakapkeli.com.my  

Sumber: http://pineng.com.my/Beware-Of-Fakes/siakapkeli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...