Rabu, 28 Januari 2015

Istighfar

Kita hendaklah banyak beristighfar dengan mengingatkan Allah subhanahua ta'ala sambil mengingatkan dosa-dosa kita yang begitu banyak. Begitu banyak dosa-dosa yang kita buat siang dan malam, jadi kita kena beristighfar dengan penuh menyesal, sentiasa merendah diri kepada Allah, penuh menyesal dan bertaubat kepada Allah ta'ala.

Sesiapa yang melazimi istighfar kepada Allah ta'ala, sentiasa beristighfar kepada Allah ta'ala, Allah s.w.t. akan bagi jalan keluar kepadanya dari segala masalah, dan Allah akan hilangkan segala kesusahan-kesusahannya, segala perkara yang menyebabkannya susah hati Allah ta'ala akan hilangkannya.
 
 

Dan Allah ta'ala akan memberi rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak sangka-sangka. Dan dosa yang lebih besar yang bukan saja bercakap bohong, mencuri bahkan dosa yang menyebabkan dosa-dosa lain berlaku ialah dosa meninggalkan kerja dakwah. Kerja dakwah ini bukan bermakna beri ceramah sana-sini atau tazkirah dalam masjid itu atau ini. Kerja dakwah yang paling mudah ialah menyeru manusia kepada kebaikan, mengajak manusia supaya datang berjemaah dalam masjid. Mementingkan diri sendiri bermakna pergi-balik kemasjid tanpa menghiraukan orang lain yang tidak datang bke masjid. Kerja ini jikalau ditinggalkan bermakna kita melakukan dosa besar juga kata ulamak.

Dengan dosa meninggalkan kerja dakwah ini akan menyebabkan dosa-dosa lain mudah berlaku. Dosa ini pun kita perlu beristighfar dan banyak bertaubat kepada Allah ta'ala. Allah Maha Pengampun dan Allah pasti akan ampunkan dosa kita.

KIsah istighfar ini disini Tok Wan nak cedok sikit dari sejarah silam yakni kisah Imam Ahmad ibni Hambar rah.a. pada suatu hari dia telah sasar dan telah singgah pada suatu tempat dan berhasrat untuk pergi ke sebuah masjid. Oleh kerana hari telah lewat malam maka Mutawalim (Pengerusi atau orang bertanggung jawab keatas masjid) Masjid tidak membenarkan dia tidur dalam masjid, kalau nak sembahyang atau lain-lain ibadat yang lain dibenarkan.

 Lalu Imam Ahmad dihalau keluar dari masjid. Ketika Imam Ahmad keluar dari masjid lalu seorang lelaki yang rumahnya berhampiran dengan masjid melihat Mutawalim menyuruh orang itu keluar dari masjid dan orang lelaki itu nampak orang yang dihalau keluar dari masjid itu seperti seorang yang solleh yang sudah pasti tak dapat beribadah dalam masjid dan tak dapat tidur di masjid lalu orang itu telah menemui Imam Ahmad dan mempersilakan Imam Ahmad datang beribadah dalam rumahnya dan tidur di rumahnya.

Imam Ahmad memerhatikan amalan tuan rumah ini yang sentiasa beristighfar kepada Allah s.w.t. Sambil nak bangun dia beristighfar, waktu nak duduk dia beristighfar, waktu berjalan pun dia beristighfar kepada Allah. Sewaktu melakukan sesuatu pekerjaan pun tuan rumah ini sentiasa beristighfar kepada Allah s.w.t.

Maka Imam Ahmad rah.a. bertanya kepada lelaki tuan rumah tempat dia menumpang itu.'Kamu banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. cuba kamu bagitahu kepada saya apakah faedah-faedah yang kamu dapat.' Kata Imam Ahmad rah.a. kepada lelaki itu.

Dengan rendah-hati lelaki itu menjawaa bahawa dengan banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. maka segala permohonan aku Allah perkenankan. Aku minta apapun Allah bagi. Cuma satu saja lagi yang aku minta kepada Allah dan Allah ta'ala belum bagi.

'Apakah perkara yang Allah belum bagi itu?' Tanya Imam Ahmad rah.a. kepada lelaki tuan rumah itu. 'Aku dengar ada seorang Alim Besar dan terkenal. Aku berhasrat nak berjumpa dengannya, nak ziarah dia. Sudah lama aku berdoa kepada Allah 'Wahai Allah temukanlah aku dengan Imam Ahmad ibni Hambar rah.a.' namun sehingga sekarang aku belum dapat berjumpa dengan ortang itu.

Lalu Imam Ahmad rah.a. berkata kepada lelaki itu. 'Dengan berkat doa kamu itulah aku berada dalam rumah kamu dan akulah Iman Ahmad yang kamu nak jumpa itu, Allah telah hantar aku kedalam rumah kamu.'

La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...