Cara Memutihkan Kulit
Kita semua idamkan kulit yang putih gebu dan terdapat banyak cara
untuk dapatkannya, samada secara semulajadi atau moden dengan penggunaan
ubat. Tetapi kita harus faham bahawa kulit kita tidak semuanya sama
disebabkan pelbagai faktor dan satu cara yang berkesan untuk seseorang
tidak semestinya berkesan untuk orang lain.
Oleh itu, di bawah ini disenaraikan beberapa pilihan yang ada, supaya
anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda jumpa yang terbaik untuk
anda.
1. Minum air masak
Pertama sekali iaitu merupakan perkara asas yang sepatutnya diberi
perhatian penting tetapi kita selalu ambil mudah adalah pengambilan air
yang mencukupi. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air
setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi dengan
baik. Badan kita perlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu
dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga
akan kelihatan putih jika ia diamalkan.
Perasan atau tidak, penjual water filter lebih arif tentang
ini. Mereka sudah lama tahu, dengan minum air bersih, ia satu cara
memutihkan kulit yang paling asas. Bila kandungan air cukup, kulit jadi
cantik. Jangan malas-malas minum air lagi.
2. Guna air beras
Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu
bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita, tetapi berapa ramai
yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara
semulajadi? Dengan hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit
sehari dan lakukannya dua kali sehari; anda boleh lihat kulit anda
lebih putih dalam masa beberapa minggu. Selepas ini, jangan buang terus
air berasa. Gunakan ia sebagai salah satu cara memutihkan kulit.
3. Guna limau nipis
Petua ketiga adalah dengan menggunakan limau nipis. Hiris sedikit
sebiji limau dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau
tersebut mengenai bahagian tubuh yang anda ingin putihkan dan biarkan
selama 30 minit ke 1 jam. Ia boleh diamalkan setiap hari dan perubahan
dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.
4. Guna lidah buaya
Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’. Anda
boleh cuba amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada
kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah
melicinkan kulit. Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat
kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.
5. Guna biji tomato
Nombor lima di dalam senarai adalah dengan menggunakan biji tomato.
Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meratakan air suam ke bahagian
kulit dan potong buah tomato tersebut kepada menjadi separuh atau 2
bahagian.
Ambil tomato yang telah dipotong tersebut dan cicahkan dengan gula
kemudian gosokkan ke permukaan kulit anda dan biarkannya selama 5-10
minit. Sebiji tomato boleh digunakan sebanyak 2 kali, oleh itu
lakukannya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.
Bukan sahaja mencerahkan kulit, akhbar Kosmo membawa laporan bahawa ada 11 lagi keajaiban tomato yang ramai orang tidak tahu.
Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara
semulajadi adalah dengan mengelakkan diri dari terdedah dengan sinaran
matahari. Mungkin tidak semua orang dapat melakukannya kerana ia
bergantung kepada kerjaya seseorang individu tersebut.
Tetapi jika boleh, sila kurangkan dari berjemur di tengah panas di
bawah sinaran matahari yang terik kerana sudah semestinya jika anda
selalu terdedah; kulit anda akan bertukar kehitaman secara semulajadi
kerana tindakbalas kulit anda dengan sinaran matahari tersebut.
Tidak perlu guna produk yang mahal, ubat-ubatan atau suntikan. Bahan semulajadi sudah cukup.
Selamat mencuba!
sirap limau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan