Kelebihan Vitamin D
Vitamin D merupakan salah satu vitamin yang penting dalam tumbesaran
kanak-kanak. Vitamin D membantu dalam pertumbuhan tulang membesar dengan
baik serta memastikan tulang kanak-kanak dalam keadaan kuat. Lazimnya
manusia mendapat sumber vitamin ini daripada cahaya matahari. Selain itu, vitamin D juga boleh diperolehi daripada sumber makanan daripada jenis tenusu.
Kenapa Vitamin D sangat penting?
Vitamin D adalah salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai
sifat-sifat sebagai vitamin dan hormon. Ia diperlukan untuk penyerapan
dan penggunaan kalsium serta phosphorus. Di samping itu, ia juga
berperanan membantu tumbesaran terutamanya untuk tumbesaran tulang dan
gigi yang normal kepada kanak-kanak.
Vitamin D yang cukup juga boleh mencegah daripada otot menjadi lemah,
kanser kolon,osteoarthritis,osteoporosis dan hypocalcemia. Pada masa
yang sama ianya mengatur denyutan jantung, serta meningkatkan imuniti
dan penting untuk fungsi tiroid pembekuan darah yang normal.
Terdapat beberapa bentuk vitamin D, termasuk vitamin D2 yang datang
daripada sumber makanan,vitamin D3 yang disintesis dalam kulit kesan
daripada tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraungu matahari, dan yang
terakhir sekali iaitu vitamin D5 adalah vitamin dalam bentuk tiruan. Di
antara kesemua vitaman ini, viatamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam
bentuk semulajadi dan bertindak lebih aktif berbanding dengan
vitamin-vitamin yang sedia ada.
Kepentingan Vitamin D – kenapa kanak-kanak perlukan Vitamin D?
Kanak-kanak memerlukan vitamin D bagi membantu tulang untuk tumbuh
dan membesar. Vitamin D juga membantu kanak-kanak untuk menyerap kalsium
yang diambil bagi keperluan badan mereka. Kekurangan vitamain D yang
serius boleh menyebabkan Ricket iaitu kecacatan tulang, terutamanya
tulang belakang, kaki dan tengkorak,tulang mudah patah, bengkak
sendi,dan lemah otot.
Selain itu, kekurangan vitamin D juga boleh menyebabkan
penyakit-penyakit seperti osteoporosis, beberapa jenis barah, penyakit
jantung dan juga kencing manis. Selain kanak-kanak, bayi dalam kandungan
juga memerlukan vitamin D. Jika ibu yang mengandung tidak mengambil
sumber vitamin D yang cukup ketika hamil, anak yang dilahirkan
kemungkinan akan mengalami ketidak cukupan kalsium dalam darah.
Kepentingan Vitamin D kepada ibu mengandung
Oleh itu, vitamin D penting kepada ibu-ibu yang hamil bagi memastikan
kandungan mereka dalam keadaan yang sihat. Secara umumnya doktor
sentiasa menasihati ibu-ibu hamil supaya menjaga pemakanan mereka,
kerana segala nutrisi yang diambil secara tidak langsung akan memberikan
kesan kepada kandungan mereka
Bagaimana kanak-kanak mendapat Vitamin D?
Kanak-kanak memdapat sumber bekalan vitamin D melalaui dua cara iaitu
daripada cahaya matahari dan daripada sumber makanan. Sumber vitamin D
daripada cahaya matahari terjadi apabila kulit kanak-kanak terkena
sinaran cahaya matahari mengenai badan dan secara tidak langsung
tercetusnya vitamin D ekoran tindak balas cahaya matahari kepada kulit
manusia.
Terlalu lama berada di bawah sinaran cahaya matahari boleh
menyebabkan kulit terbakar dan terjadinya infeksi kulit. Waktu terbaik
bagi kanak-kanak mendapatkan vitamin D daripada cahaya matahari adalah
pada waktu pagi. Walau bagaimana pun, pada hari-hari yang panas terik,
digalakkan mendapat perlindungan daripada cahaya matahari kerana ianya
tidak sesuai untuk kulit mereka.
Sumber lain Vitamin D
Manakala sumber bekalan vitamin D daripada makanan pula kebanyakannya
boleh diperolehi daripada pelbagai jenis makanan. Makanan protein yang
kaya dengan vitamin D seperti ikan salmon,mackerel dan sardin dan putih
telur.
Ubi kentang dan oat juga merupakan makanan yang kaya dengan vitamin
D. Terdapat juga beberapa jenis makanan yang tidak mengandungi vitamin
tersebut tetapi telah diubah suai dan ditambah dengan vitamin D seperti
mentega,beberapa produk tenusu dan beberapa jenis susu. Selain itu, susu
formula untuk bayi juga mengandungi vitamin D.
Cukup atau tidak?
Cara terbaik untuk mengetahui adakah anak-anak mendapat sumber vitamin D cukup atau tidak adalah melalui ujian darah.
Ibu bapa perlu berjumpa doktor dan dapatkan nasihat daripada mereka.
Jika anak anda mempunyai kulit yang agak gelap dan tidak mendapat cahaya
matahari yang secukupnya atau lain-lain masalah berkaitan kekurangan
vitamin D, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan suplemen yang
betul. Ketahuilah kepentingan Vitamin D. Kanak-kanak mungkin akan
terdedah kepada risiko kekurangan vitamin D jika mereka :
1) Perlu menutup seluruh badan mereka untuk keluar daripada rumah
2) Mempunyai penyakit dan tidak boleh berada di tempat terbuka
3) Mempunyai kecacatan fizikal yang menyebabkan mereka kurang membuat aktiviti di luar rumah.
4) Mempunyai kulit yang agak gelap. Kanak-kanak yang agak gelap memerlukan lebih banyak vitamin D berbanding kanak-kanak yang berkulit cerah
5) Terlalu lama minum susu ibu daripada ibu yang kurang mendapat sumber vitamin D.
2) Mempunyai penyakit dan tidak boleh berada di tempat terbuka
3) Mempunyai kecacatan fizikal yang menyebabkan mereka kurang membuat aktiviti di luar rumah.
4) Mempunyai kulit yang agak gelap. Kanak-kanak yang agak gelap memerlukan lebih banyak vitamin D berbanding kanak-kanak yang berkulit cerah
5) Terlalu lama minum susu ibu daripada ibu yang kurang mendapat sumber vitamin D.
Oleh itu, kepentingan vitamin D tidak boleh dipandang remeh untuk
pertumbuhan pembesaran bagi kanak-kanak. Terdapat satu kajian yang telah
dijalankan oleh South East Asian Nutrion Surveys (SEANUTS) yang
menyatakan bahawa satu daripada dua orang kanak-kanak di Malaysia
mengalami masalah kekurangan vitamin D dan tidak mengambil kalsium yang
cukup dalam hidangan harian mereka.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan sumber bekalan
vitamin D bagi anak-anak mereka. Jadilah kita sebagai ibu bapa yang
terbaik dalam memastikan anak-anak mendapat sumber bekalan vitamin D
yang cukup sama ada melalui cahaya matahari atau pun daripada sumber
makanan.
limaunipis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan