1
Adakah anda ingin menimang cahaya mata sendiri tetapi anda tidak
tahu sejauh mana tahap kesuburan anda? Jika begitu mulakan dengan
pengambilan vitamin yang betul. Terdapat 10 vitamin utama yang boleh
meningkatkan kesuburan dan menyediakan tubuh kita untuk kehamilan.
1. Asid Folik
Asid folik adalah penting untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kecacatan saraf (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Selalunya doktor akan menasihatkan anda mula memakan 400 mikrogram
asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum anda merancang
untuk hamil.
Selain daripada pil, anda boleh mendapatkan asid folik dengan memakan buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran berdaun.
2. Zink
Zink mempengaruhi proses ovulasi wanita dan penghasilan semen serta hormon testosteron lelaki. Menurut American Pregnancy Association kekurangan zink boleh mengakibatkan kekurangan penghasilan semen lelaki.

Oleh itu, pastikan anda mengambil 8mg zink setiap hari. Manakala
suami anda perlu mengambil 11 mg zink setiap hari. Makanan seperti
bijirin, makanan laut dan produk tenusu adalah sumber makanan yang kaya
dengan zink.
3. Multivitamin
Terdapat banyak kajian yang mengatakan bahawa multivitamin boleh meningkatkan tahap kesuburan seseorang. Sudah tentulah badan yang sihat menandakan tahap kesuburan yang tinggi.

4. Coenzyme Q10 (CoQ10)
Menurut Mayo Clinic, tubuh ada menghasilkan CoQ10 yang penting untuk sel badan kita berfungsi. Ia mampu membina sel-sel telur yang berkualiti.

Kita yang dewasa memerlukan antara 30-100 mg dos CoQ10 setiap hari.
5. Omega 3 Fatty Acid
Omega 3 boleh didapati daripada minyak ikan, minyak kacang dan tumbuhan tertentu. Lemak baik ini tidak dihasilkan oleh tubuh badan kita. Oleh itu kita perlu mendapatkannya daripada makanan ataupun pil.

Dalam satu kajian di Netherlands, Omega 3 membantu meningkatkan
kualiti embrio. Selain daripada itu, Omega 3 juga mengurangkan
keradangan dalam badan dan memastikan keseimbangan hormon dan
perkembangan otak bayi.
5. Zat Besi
Seorang wanita normal memerlukan 17mg zat besi sehari. Wanita yang hamil pula memerlukan 27mg setiap hari.

Zat besi adalah penting untuk pembinaan komponen penting dalam darah
iaitu hemoglobin. Hemoglobin berfungsi sebagai pembawa oksigen dalam
darah.
Selalunya zat ini sudah termasuk di antara zat-zat di dalam
multivitamin. Tetapi anda juga boleh mendapatkan zat besi daripada
daging merah dan sayuran berdaun hijau gelap.
6. Kalsium
Pakar nutrisi akan menasihatkan anda meningkatkan pengambilan kalsium seharian anda apabila anda merancang untuk hamil iaitu 1000mg sehari. Ini kerana apabila anda sedang mengandung, bayi anda memerlukan kalsium untuk tumbesaran.

Malah setiap orang yang telah dewasa juga dinasihatkan mengambil
kalsium tambahan untuk tulang yang sihat dan menghindari dari penyakit
osteoporosis.
Kita juga boleh mendapatkan zat ini daripada susu dan sayuran berdaun hijau.
7. Vitamin B6
Vitamin ini boleh mengurangkan simptom-simptom alahan ketika hamil. Oleh itu, amalkan pengambilan vitamin B6 sekurang-kurangnya 10mg sebelum mengandung.

8. Antioxidan
Pastikan suami anda mengambil banyak makanan sumber vitamin C dan E seperti buah oren, strawberi, kacang badam dan biji bunga matahari. Ini kerana vitamin C dan E menolong menghasilkan semen yang berkualiti.

9. L-carnitine
Ini adalah bahan yang berfungsi sebagai sumber tenaga bagi sperma dan memainkan peranan penting dalam mematangkan sperma serta metabolisma. Anda boleh membeli pil L-carnitine di farmasi yang berdekatan.

http://www.lovebaby.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan