Sebagai wanita punya suami yang cukup berkira memang menyesakkan dada. Apa yang mahu dibeli diteliti terlebih dahulu, wang diberi cukup-cukup malah selalunya kurang hingga menyebabkan anda tertekan apatah lagi anda hanya suri rumah tangga yang tiada pendapatan lain. Jadi bagaimana berdepan suami begini. Ini saranannya.
 
 
Yakinkan anda tidak boros
Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah menilai diri sendiri. Sebabnya anda mungkin salah faham sifat hemat pasangan kerana mungkin andalah yang terbiasa hidup berlebihan atau terlalu boros.
 
 
Bezakan antara jimat dan kedekut
Jika anda suami asyik berkira dengan anda ada baiknya anda tidak terus menilainya sebagai kedekut dan tidak menyayangi anda. Suami mungkin ada sebab untuk berkira dalam hal ini, mungkin kerana mahu membuat tabungan anak, rumah dan sebagainya demi masa depan anda berdua.
 
 
Terus terang
Jika anda merasakan bahawa suami memang seorang yang kedekut maka ada baiknya anda berterus terang dengan suami terutama pada perkara yang akan menyukarkan anda. Misalnya anda selalu tidak cukup duit membeli barang dapur atau pun belanja sekolah anak. Jangan simpan sendiri kerana kelak anda yang stres. 
 Mingguan Wanita